"Khyla, kau busy tak sekarang? Aku ada perkara mahu berbincang dengan kau."tanya Hany kepada Khyla sambil menarik kerusi di hadapannya dan melabuhkan punggungnya di atas kerusi."Tak, cakap la apa yang perlu dibincangkan itu."balas Khyla dengan nada lemah. Penat sebab displin sekolah semakin meleset.
Hany mengeluarkan beberapa kertas dari fail berwarna merah itu. Kertas aduan .
"Tadi aku check dekat peti adunan"hulur Hany kertas kertas itu kepada Ketua Pengawas Displin
"Again Hany"kata Khyla dengan suara yang agak tinggi.
Hany mengangguk kepala. Pening sebab setiap hari ada saja surat surat di setiap peti aduan tersebut.
"Ni mesti kerja Mr bad boy and the geng!"tutur Khyla. Sejak mereka berdua masuk ke sekolah ni, banyak masalah yang telah mereka timbulkan.
Khyla mengeluh kasar. Pening mahu atasi masalah displin ini.
"Apa kita mahu cakap dengan Sir Danny nanti, Hany? Displin sekolah semakin meleset dari hari ke hari."adu Khyla dengan lemah. Sir Danny ialah Ketua guru dan juga guru displin.Setiap hari pasti saja ada aduan serta masalah displin yang berlaku. Bilik ini bagaikan hotel kerana hari hari ada saja yang datang untuk di soal siasat.
"Aku rasa kita kena buat satu peraturan baru, Khyla."kata Hany.
Khyla mengangkat kepala memandang Hany.
"Apa?"
"Kita kena buat 'something' yang boleh buat dorang menyesal sebab langgar peraturan sekolah."kata Hany dengan aura tegas dan kejahatan.
"Sound like fun" tutur Khyla dengan sinis. Pelbagai idea yang terpahat dalam fikiran untuk kenakan orang yang buat onar dengan dia.
"So when we start?"soal Hany sambil mengetuk permukaan meja kaca itu dengan jari runcingnya itu.
"Now. Aku nak kau inform dalam web sekolah yang aku nak jumpa semua form 4 & 5 lepas rehat." Balas Khyla. Hany hanya angguk tanda mengerti maksud Khyla.
Hany on ipadnya dan memaklumkan bahawa ketua pengawas displin mahu jumpa mereka waktu rehat.
********
Aisy dan gengnya melepak di belakang blok B yang menjadi kawasan mereka melepak dan memonteng class.
"So jadi tak nak keluar this weekend ni?"tanya Qalish
"Jadi ah, aku bosan asyik terperap dalam rumah je."rungut Aiden sambil mengunyah keropok. Tersembur sembur makanan yang dikunyah oleh Aiden itu dan terkena Qalish.
"Oii, makan la elok elok. Ada yang lebam biji mata ni karang"marah Qalish sambil mengelap mukanya yang tersembur makanan dari mulut Aiden dengan tisu.
"Entah kau ni.Kalau nak cakap pun habiskan makanan dalam mulut dulu. Tak senonoh harap muka je hensem otak cetek." Kutuk Icad yang bengang dengan member dia sorang. Sampaikan dia terkena tempias dari semburan itu yang kini duduk di hadapan Aiden.
Aisy mengabaikan kekecohan dari mulut mulut membernya itu. Asalkan tidak kacau dia yang tengah main games mobile legend yang kini famous dalam kalangan remaja.
"Hihihi, sorry la bro. Tak sengaja."sengih Aiden sambil menayangkan gigi yang putih berkilat itu. Wow, sangat mata sebab kilat sangat. Hihi
"Kepala kau tak sengaja. Hish, aku hempuk jugak mamat ni"marah Qalish yang masih bengang dengan Aiden itu.
"Korang boleh diam tak? Aku nak main games pun tak senang bila dengar korang bergaduh macam budak tadika."ujar Aisy serta jelingan maut kepada rakan rakannya.
Aiden,Qalish dan Icad hanya sengih saja tak berani nak melawan sebab mood Aisy ni tak menentu karang tak pasal pasal baran dia keluar. Lebam pipi.
Suasana yang riuh tadi senyap seketika masing masing menghadap handphone.
"Ni asal krik krik? Kalau tak riuh semacam je"kata Ian yang baru munculkan diri yang tadi pergi ke tandas. Ian menghempaskan punggung di sebelah Aisy yang sedang main games tersebut.
"Nothing"balas ringkas Aisy.
Ian terus menyambar makanan yang ade di atas meja batu itu sambil mengeluarkan handphone di poket seluar.
"Weyy, korang cuba tengok ni."tunjuk Ian sebuah video yang dimana video Aisy simbah air dekat Khyla . Tontonan sudah hampir 2K bermakna hampir seluruh warga sekolah sudah tengok video itu. Video itu hanya di paparkan di web sekolah saja.
"Banyak juga view. "Kata Qalish
"Ye la, video ni tengah viral dalam web sekolah sejak 2 minggu lepas."
Aisy hanya senyum sinis. Puas dapat kenakan minah sengal tu. Sebenarnya dia dah tahu lama pasal video yang tengah viral tu. Just tak ambil peduli.
"Aisy tengah famous sekarang ni. Jejaka pilihan wanita katakan."kata Icad sambil menjeling Aisy yang diam dari tadi. Ni adalah salah satu perangai Aisy. Orang tengah cakap pasal dia, dia boleh diam je. Heartless.
"Wow, dah famous dah member aku sorang ni. Kena panggil Abang famous la ni"ujar Aiden yang senyap dari tadi.
Aisy mengangkat botol lalu baling kepada Aiden dan terkena kepalanya
"Otak kau abang famous"kata Aisy dengan suara kasar.
"Aduhh,sakit la."adu Aiden lalu mengosok tempat yang kena baling itu .
"Kau ni pun satu dah tahu mamat tu tak de mood jangan kacau dia."marah Qalish. Ian mengeleng kepala melihat telatah kawan kawannya.
"Wey, bila kita boleh start our next plan?"tanya Ian kepada Aisy.
"Tunggu viral video tu reda dulu baru kita terus dengan plan seterusnya."jawap Aisy sambil pandang Ian sekilas.
Beep Beep
Tiba tiba empat empat handphone tu mengeluarkan bunyi dari notifications. Mereka membuka notifocations tersebut.
"Khyla nak jumpa kita semua dekat dewan lepas rehat?"kata Icad sambil memandang rakan rakannya.
"Asal dia nak jumpa kita?"soal Aiden pelik. Ye la kenapa nak jumpa? Sebab minggu ni kita orang tak buat onar pun lagi.
"Mana la kita orang tahu! "Balas Ian
"Jum la, waktu rehat nak habis dah!"kata Aisy lalu bangun dari duduknya. Ian, Aiden, Icad dan Qalish angguk saja lalu mengikut langkah Aisy yang sudah berjalan untuk pergi ke dewan sekolah.
******
KEEP READ! 31 MARCH
YOU ARE READING
Love You Mr Bad Boy
Teen FictionTugas Putri Zahra Mikhyla hanya mengawal displin sekolah dan dia ialah seorang ketua pengawas dispiln. Hidupnya tenang kerana semua pelajar mematuhi arahannya tapi keadaan jadi huru hara apabila datang dua orang pelajar yang annoying dan tidak mema...