21- Lipas Plastik

245 8 0
                                    

Berkerut kening Khyla tahkala melihat sesuatu benda yang ada di sisa muntahnya itu. Ia kelihatan seperti seekor haiwan. Beberapa saat kemudian, Khyla tergemam setelah dapat mengesan binatang tersebut. Ianya adalah lipas plastik.

"Uwergh!"lari Emma setelah melihat air cincau yang telah dicampur dengan lipas plastik tersebut.

"Wey,kau okay tak?"tanya Hannah sambil menepuk dan mengusap belakang dada Emma.

Suasana di kantin itu huru hara dengan pergaduhan mereka. Pelajar - pelajar lain tidak berani untuk masuk campur hal mereka. Bala yang akan diterima oleh mereka sekiranya masuk campur hal itu.

Khyla seakan tahu siapakah dalang yang letakkan lipas plastik dalam tin minuman itu. Khyla menoleh kepalanya memandang kumpulan Bad Boys.

Aiden menahan ketawanya sehingga bahunya bergetar - getar. Tanpa sebarang kata, Khyla terus bangun dah berjalan ke kawasan kantin lelaki.

"Apa masalah kau sekarang ni? Huh? " Kata Khayla sambil bergerak melangkah ke arah kumpulan Bad Boys tersebut.

"Relaks la, tak mau gaduh -gaduh!"kata Icad dengan nada suara seakan mengejek.

"Sekarang ni , Korang yang cari pasal. Tak ada orang lain lah yang buat benda bodoh ni selain korang!"khyla yang cuba menahan marahnya daripada meletus.

"Eh,kita orang tak buat la. Elok je dari tadi kami duduk sembang, kan?"kata Qalish sambil meminta persetujuan dari rakan rakannya.

Icad, Aiden dan Ian laju mengangguk kepala tanda setuju."Betul, betul, betul"kata Aiden dengan mulut yang di penuh dengan roti sardin itu.

"Dah tu siapa je lagi yang nak buat? Malik ni ke?"soal Khyla sambil menunjuk seorang budak lelaki tingkatan 3 yang memakai cermin mata yang berkanta tebal itu.

"Tak mustahil"kata Ian pula dengan selamba.

"Siapa yang nampak mamat mamat ni letak lipas plastik dalam air minuman aku?"soal Khyla dengan suara lantar kepada semua pelajar - pelajar di kantin itu.

Pelajar yang lain hanya diam terkaku. Tiada yang berani bersuara walaupun sepatah.

"Aku tanya sekali lagi. Siapa yang nampak mereka ni letak lipas dalam air minuman aku!"jerit Khyla dengan kuat. Kesabarannya di tahap maksimum sudah. Perasaan yang marah semakin membuak buak.

Tiba tiba seorang budak perempuan dari tingkatan 4 bangun dari duduknya lalu bersuara.

"Akak,saya nampak abang Aisy yang letak lipas tu dalam minuman akak  waktu akak pergi tadi"kata budak perempuan itu dengan takut dan tergetar getar.

"So, kau la yang buatkan ?"

"Ha ah! memang aku yang buat. Kenapa? Nak ajak aku bergaduh dekat tengah tengah kantin ni?"jawap Aisy tanpa menoleh ke arah Khyla.

"Kau memang cari pasal la dengan aku. Kalau aku mati tercekik tadi macam mana? kau nak tanggung ke?"Khyla sambil menghentak di atas meja itu.

"Lah, Kalau mati tanam je la bukan susah pun." kata Aiden dengan tersengih sengih.

"Tak lawak eh? Hehe, maaf maaf!"

Khyla mencerlung memandang Aiden. Besar kecil besar kecil je dia melihat Aiden ni. Tak pernah serius.

"Apa masalah kau? Fikir lawak ke huh?"

Hany lari menghampiri Khyla"Khyla,sabar weyy. Jangan gaduh dekat sini. Mati kita kalau Mr Danny nampak ni"bisik Hany di telinga Khyla.

Tanpa berkata apa apa, Khyla mula mengatur langkah ke meja makannya kembali. Malas nak memperbesarkan masalah yang kecil ini. Terbantut langkah Khyla pabila terdengar suara sumbang berkata kata.

"Aik,tak akan dah mengalah kut."ujar Aisy sambil menoleh Khyla.

"APA SALAH KAU ? APA YANG KAU TAK PUAS HATI DENGAN AKU?"jerit Khyla dengan lantang. Kesabarannya itu bagaikan nipis kulit bawang. Hampir meletus.

"Masalah aku sekarang adalah kau!"Aisy sambil menunjukkan jari telunjuknya kepada Khyla.

"Apa yang aku dah buat sam-" kata kata Khyla terbantut pabila Mr Danny datang dengan keadaan yang kelam kabut.

"Khyla ,kenapa ni? Dari jauh saya dah dengar suara kamu menjerit jerit. Kamu tu ketua pengawas. Ketua pengawas harus tunjuk contoh yang baik kepada rakan rakan awak." kata Mr Danny yang berdiri di antara Aisy dan Khyla.

"Saya nak jumpa kamu ,Khyla dan Aisy di bilik saya. Sekarang!"ujar Mr Danny tegas.

End Flashback

Sejak dari itu, Khyla diberi amaran pertama atas kelakuan yang kurang baik dan mencontohkan contoh yang buruk kepada pelajar pelajar lain.

"Tak pasal pasal nama aku buruk sebab kau. Tunggu kau nanti aku balas balik apa yang kau buat dekat aku"bisik hati Khyla. Terasa dendam mula mekar dalam hatinya.


Hye guyss, Finally sis update 😂..
Sis ada buat grup ws.. Sape yg berminta boleh join sekali aku💪🏻
Check kat conversations, okay
SAYA MENGHARAPKAN KORANG JOIN GRUP TU😊..

Love You Mr Bad BoyWhere stories live. Discover now