13-Jealous

276 21 1
                                    

Kelly dengan perasaan yang marah membuak buak terus terjah masuk ke dalam bilik Khyla. Dia berasa sangat cemburu dengan Khyla.

Khyla yang sedang menyisir rambut terkejut dengan terjahan yang dibuat oleh Kelly. Rasa mahu tamparan saja muka Kelly. Tak hormat privacy orang.

"Woi, kau tak reti nak ketuk pintu bilik aku dulu ke?"marah Khyla kepada Kelly. Kelly hanya diam dan mencerlung anak matanya ke arah Khyla.

"Pekak ke?"sindir pedas dari Khyla. Geram bila orang tanya tapi tiada suara yang keluar.

"Apa hubungan kau dengan Aisy?"jerit Kelly kasar. Tak kisah jika orang gaji dengar suara dia menjerit asalkan dapat puaskan hatinya itu.

"Aisy?Nothing just he is my classmate"jawap Khyla pelik.

"Asal tanya pasal mamat tu? Memang tak la aku nak ada hubungan 'special' dengan dia."gumam Khyla.

"Lie!"kata Kelly dengan perasaan tak puas hati. Tak mungkin dengan tak ada hubungan apa apa sedangkan tadi dia lihat dengan matanya yang Aisy letak hadiah bawah meja Khyla.

"Betul la! Kau ni kenapa tiba tiba tak puas hati dengan aku?"soal Khyla pula.

"Kenapa aku nak ada hubungan dengan Aisy? And kenapa sebut pasal Aisy?"soal Khyla kepada dirinya sendiri.

"Kalau kau tiada hubungan dengan dia kenapa dia bagi hadiah dekat kau ?"

"Hadiah? Hadiah ape ni? Masa bila Aisy bagi hadiah dekat aku?"soal bertubi tubi oleh Khyla kepada Kelly. Nak bagi hadiah macam mana kalau setiap kali jumpa mesti nak gaduh.

"Mana la aku tahu hadiah apa. Yang pasti dia bagi kau hadiah"

"Kalau dia bagi aku hadiah sekalipun. Kau kenapa? Jeles?"soal Khyla serta senyuman sinis.

"Ma..mana ada. Aku tanya je"balas Kelly yang tergagap gagap.

"Dah tu kenapa kau nak ke kecoh kecoh? Lantak dia la nak bagi hadiah ke apa apa pada aku. Kalau jeles cakap je la. Tak perlu nak marah marah aku." Khyla sambil menjeling Kelly.

"Aku cakap aku tak jeles tak jeles la. Tak faham ke?"nafi Kelly sambil melontarkan kata kata dengan kasar.

Setelah berkata begitu, Kelly terus keluar dari kamar tidur Khyla dan menyusun langkah ke kamar tidurnya.

"Eh? Aku tanya je tu pun nak marah. Macam nenek kebayan."kutuk Khyla sambil menjongketkan bahunya.

"I heard,Khyla"jerit Kelly dari arah kamar tidurnya.

"Eh,boleh dengar pulak aku kutuk minah ni"desis Khyla dan terus menyambung menyikat rambutnya.

Sememangnya, Kelly boleh dengar suara kutukan Khyla kerana bilik tidur mereka bertentangan sahaja. No wonder la Kelly boleh dengar suara Khyla.

Tiba tiba seorang lelaki pula yang terjah bilik Khyla. Akibat terkejut, terpelanting sikat rambut yang berada di tangan Khyla.

"Oh,mak kau"melatah Khyla setelah sikat itu terbang jatuh ke karpet di bilik tidurnya.

"Mak aku mak kau juga!"balas suara lelaki itu berselang dengan ketawa kecik. Sejak bila Khyla melatah pun dia tak tahu.

"Kau ni angah, bagi salam la dulu. Ni tak, suka hati je terjah bilik orang"marah Khyla sambil berdiri untuk mengambil sikat yang terpelanting tadi.

"Assalammulaikum wahai adikku yang comot" perli Zayyad iaitu abang kembarnya.

"Waalaikummusalam wahai abangku yang sengal"balas perli Khyla.

"Khyla jum teman angah makan KFC.. Tengah craving KFC ni"ajak Zayyad beserta dengan muka kesian.

"Malas ah!"

"Jum lah"

"Tak nakk"

"Jum lah. Angah belanja"

"Okay cun. Khyla siap kejap"kata Khyla dengan gembira

"Bila orang ajak belanja laju je dia"jeling Zayyad lalu keluar dari bilik Khyla.

"Cepat sikit. Kalau lambat angah tinggal"jerit Zayyad dari arah tangga.

"Okay ngah!"balas Khyla yang berada di dalam bilik air.





*********

HAMBAR kan? Hahaha, author x de idea

Sorry,author tak update before raya..busy

KEEP READING.. Vote&comment.                                                                 1st JULY 2018

Love You Mr Bad BoyWhere stories live. Discover now