14- Bola

252 19 0
                                    

Qalish dan Icad berjalan menuju ke arah Aisy serta rakan rakannya duduk di bawah pondok.

"Wey,lepak mamak malam ni jum?"soal Qalish yang duduk di bangku yang kosong.

"Malas la"balas ringkas dari Aisy yang sedang menyalin kerja sekolahnya.

"Jum la,malam ni ada bola la."kata Icad pula yang duduk bersebelahan dengan Qalish.

"Mana?"soal Aisy tanpa memandang Icad.

"Tempat biasa la"

"Tempat lain tak ada ke? Aku boring asyik lepak mamak tu je?"soal Aiden yang dari tadi senyap.

Ian masih lagi khusyuk membuat latihan kerja sekolahnya tanpa menghiraukan rakan rakannya. Kerja sekolah itu harus dihantar hari ini sebagai denda mereka tidak membuat latihan semalam.

"Nanti aku cari mamak lain. Setuju?"soalan Qalish sambil memandang wajah rakan rakannya.

"Aku on je"balas Icad

"Okay,nanti share location."balas Aisy. Walaupun malas nk keluar tapi kalau duduk rumah pun bosan. Baik dia keluar.

"Beres!"Balas Aiden sambil pandang Qalish sekilas dan sambung kerjanya.

"Ian, macam mana on tak?"soalan Icad kepada Ian yang dari tadi khusyuk membuat kerja tanpa menghiraukan mereka.

Ian tidak memberi respon kerana masih khusyuk membuat kerjanya. Kalau dia tidak buat pasti dendanya makin bertambah atau diberi denda yang lebih berat daripada kerja ini.

"Woi,aku cakap dengan kau ni?"kata Icad yang membaling sebatang pen ke kepala Ian.

"Wooii! Apa ni? Main baling baling pen."marah Ian.

"Dahtu, aku cakap kau tak bagi respon dari tadi."

"Aku tak dengar la kau cakap apa tadi."

"Memang tak dengar la sebab kau tu khusyuk sangat buat kerja math tu."

"Lantak aku la. Kau nak cakap ape tadi?"soal Ian. Serabut la mamat ni. Kerja math dah la tak siap lagi. Stress hadap math lagi.

"Kau on tengok bola dekat mamak?" celah Aisy supaya pergaduhan mereka tidak melarat. Kalau melarat terbalik la pondok ni nampaknya.

"Bila?"

"Malam ni."

"Datang rumah aku la tengok bola malam ni. Lagi pun aku tinggal sorang malam ni."

"Parents kau mana?"soal Qalish

"Dorang outstation la. Datang rumah aku je la. Malas nak keluar la"balas Ian.

"Ye ke? Ke kau takut nak duduk rumah sorang sorang?"soal Aiden dengan senyuman yang mengejek.

"Hotak kau. Mana ada aku takut"carut Ian kepada Aiden. Mamat ni kalau tak menyakitkan hati tak sah.

"Aku cuma boring duduk rumah sorang sorang. Kalau tidur rumah aku lagi bagus. Tak la sunyi" sambung Ian.

Ian adalah anak tunggal. Kalau parents nya outstation pasti dia akan duduk rumah sorang sorang. Orang gajinya habis kerja sampai jam 6 petang saja. Lepastu, tinggal dia sorang saja di rumah.

"Okay juga tu. Aku setuju. Aku pun dah lama tak lepak rumah kau"balas Aisy.

"Okay"balas Icad dan Aiden serentak.

"Okay on je" balas Qalish.

"Ok bagus tak payah aku susah susah nak keluar rumah."kata Ian.

******

"Khyla, esok teman angah tengok bola dekat stadium,boleh?"soal Zayyad yang baru turun dari kamar tidur dan terus duduk di sebelah Khyla.

"Ajak la along."balas Khyla yang pandang Zayyad sekilas.

"Esok along ada class sampai petang la. Mana sempat dia nak datang stadium"kata Zayyad sambil tumpukan perhatiannya ke arah Khyla.

"Ada apa kat stadium?"

"Esok malam ada perlawanan selangor lawan pahang. Final pulak tu."

"Ajak Kelly la"kata Khyla

"Tak nak la ajak. Angah beli 3 tiket je. Jum laa"rengek Zayyad yang mengada mengada. Gediks la Zayyad ni.

"Sapa lagi yang angah ajak?"soal Khyla yang memandang Zayyad. Gedik, nak merengak bagai.

"Khyla la sape lagi!"balas Zayyad

"Kalau ajak Khyla, satu lagi tiket untuk siapa?"soal Khyla sambil menjongket kening ala ala ziana zain.

"1 tiket untuk Khyla,1 tiket untuk angah and 1 lagi tiket untuk ermm.."belum sempat Zayyad menghabiskan kata kata Khyla terus menyampuk.

"Kak mia,kan?"soal Khyla sambil mempamarkan senyuman nakal.

"Ya"

"Hah,kan dah ada teman tu."kata Khyla yang kini terus menumpukan perhatian ke arah televisyen.

"Alah, nak ajak Khyla juga."kata Zayyad yang mula mengeluarkan suara mengada plus gediknya.

"Mengada betul angah ni. Ada yang kena debik dengan aku ni"desis Khyla.

"Hishh, yela yela. Esok kita pergi."putus Khyla sambil menekankan perkataan 'Kita'.

"Yahoo, thanks my lovely sister"sorak Zayyad sambil mengosok rambut Khyla.

"Ishh,rosak la rambut orang."marah Khyla yang mengusap rambutnya yang serabai itu.

"Bye bye. Nak calling calling dengan my girlfriend"tutur Zayyad dan lantas naik ke kamar tidurnya.

"Dah buat salah tak reti nak minta maaf. Teruk punya abang."kutuk Khyla.


*********

PENDEK? Kan?

Keep reading..

VOTE Plss.. Just tekan bintang!                                                                                                 8th JULY 2018

Love You Mr Bad BoyWhere stories live. Discover now