15- FootBall

262 13 0
                                    

Ting tong!

Ian berlari anak menuruni tangga setelah terdengar loceng rumahnya.

Sebaik saja pintu dibuka terpampang susuk tubuh Aiden yang memeluk helmet motornya.

"Assalammulaikum"ucap Aiden.

"Walaikummusalam. Jum la masuk. Semua dah ada kecuali kau" kata Ian setelah menjawap salam yang diberi oleh Aiden.

"Oh yeke?"

"Yela, dorang semua ada dekat atas. Main game"tutur Ian sambil menutup pintu utama serta kunci.

"Main tak tunggu aku "kata Aiden yang mengikut langkah Ian naik tangga untuk pergi ke ruang tamu tingkat 2.

"Dah kau lambat sangat tu yang dorang main dulu"balas Ian

Setelah sampai di ruang tamu tingkat 2 itu, Aiden lihat Qalish dan Icad sedang bermain PS4. Aisy pula baring di atas sofa sambil main game di teleponnya.

"Oii,main tak ajak."tukas Aiden setelah meletakkan helmetnya di atas almari sebelah televisyen.

"Dah kau tu lambat sangat."balas Qalish sambil melihat Aiden sekilas.

"Alah, tadi Pak long aku datang rumah la. Tu yang lambat sikit."kata Aiden yang masih berdiri di sebelah almari televisyen.

"Wey,Qalish janganla langgar kereta aku. Aku baru cat . Calar la"marah Icad yang masih tertumpu pada game itu.

"Dah kau langgar kereta aku. Aku balas balik"kata Qalish sambil menjelir lidah.

"Yeahh! Aku menang."sorak Qalish setelah menang dalam perlumbaan keretanya.

Icad hanya menjeling tajam kepada Qalish .

"Lek la. Hahaha ."kata Qalish berselang dengan ketawa kecil

Ting tong!

Sekali lagi loceng rumah Ian berbunyi. Suasana yang riuh tadi bertukar menjadi senyap sunyi.

Ian bangun dan terus turun ke tingkat bawah untuk membuka pintu setelah bunyi loceng rumahnya.

"Ian ada jemput orang lain ke selain kita?"soal Aiden sambil berhenti mengunyah gula gula getah.

"Entah. Dia tak ade bagitahu pun"balas Aisy yang senyap daripada tadi.

Selang beberapa minit, Ian muncul dengan 3 buah kotak pizza di kedua dua belah tangannya.

"Pizzaa!"jerit Aiden serta berlari mengambil pizza di tangan Ian.

"Aku ingat kau order makanan dari restoran mak kau"kata Aisy lalu bangun dari baringnya tadi.

"Restoran mak aku bukak sampai pukul 1 pagi je. Sekarang ni dah pukul 1:55."kata Ian dan terus melabuhkan punggung di sebelah Aisy.

"Alah, aku craving nak makan makanan dekat restoran mak kau. Sedap sangat."merungut Qalish kerana tidak dapat makan makanan dari Restoran The Bluess iaitu milik keluarga Ian.

Restoran Bluess juga terkenal di Kuala Lumpur kerana terdapat pelbagai jenis makanan dari semua jenis negara di dunia ini.

"Esok waktu breakfast aku bawak korang makan dekat restoran mak aku."

"Oi,Aiden. Makan tu senonoh sikit ni tak gelojoh je."tegur Icad sambil ketuk kepala Aiden menggunakan remote televisyen.

"Hish,Lantak aku la. Aku lapar ni."balas Aiden tanpa memandang Icad kerana tertumpa pada pizzanya saje.

"Hye, diam la. Bola dah nak start"kata Qalish

********

"Khyla,cepat sikit. Nanti jem la dekat stadium."jerit Zayyad dari tingkat bawah.

"Yea,on the way."balas jerit Khyla sambil melari anak turun tangga.

"Cepat sikit. Kak Mia dah tunggu dekat sana la"kata Zayyad setelah terlihat adiknya berada di pintu utama rumahnya.

"Yela, nak pakai kasut kejap"Khyla menyarung kasut Vans nya dan terus melari dan masuk ke dalam kereta Honda Civic milik abangnya itu.

Kereta Honda Civic itu mula bergerak dan menyusul ke lebuh raya.

Setelah hampir sejam, mereka sampai di stadium Bukit jalil. Zayyad mula mencari parking di hujung jalan kerana sudah ramai orang mula berkumpul.

"Dah,jum keluar."kata Zayyad setelah mematikan enjin kereta dan terus keluar dari kereta.

"Kak Mia mane?"soal Khyla setelah mengeluarkan tubuh badannya dari perut kereta abang keduannya itu.

"Kejap,angah call Kak Mia."

Zayyad mula membuat panggilan untuk teman wanitanya,Mia.

"Hello sayang,awak dekat mana?"

"Oh,kalau macam tu saya tunggu dekat depan pintu stadium"

"Okay,bye"

Zayyad menamatkan panggilan dari teman wanitanya dan terus melangkah ke arah Khyla yang duduk di bangku bas stop.

"Kak Mia mana? "Soal Khyla sekali lagi.

"On the way."

"Eh leh, tadi cakap Kak Mia dah sampai tapi sebenarnya dia yang melebih"sindir Khyla sambil menjeling tajam Zayyad.

"Jum la, Kak Mia dah ada dekat depan stadium"kata Zayyad yang menghiraukan kata kata adiknya itu.

Mereka mula melangkah ke pintu masuk stadium itu. Khyla mula ternampak bayang tubuh teman wanita abangnya itu.

"Hai,sapa hantar awak ni?"sapa Zayyad setelah sampai di hadapan teman wanitanya.

"Abang alif. Eh, Khyla. Lama kak Mia tak jumpa Khyla"sapa Kak Mia kepada Khyla sikit.

"Hihihi,busy."kata Khyla sambil bersalam dengan gadis yang bertudung tulip itu.

"Dah dah, jum masuk"

Mereka bertiga mula masuk ke dalam Stadium itu dan mula mengambil tempat masing masing.

Setelah hampir sejam menunggu, perlawanan bola sepak diantara Selangor dan Pahang itu bermula.

Sungguh tangkas pemain pemain Tok Gajah itu. Pada minit pertama sudah hampir 2 goal telah Tok Gajak jaringkan.

Manakala,pesorak pesorak negeri Pahang tidak putus putus menjerit untuk berikan semangat. Pasukan pesorak negeri Selangor hanya senyap sahaja.

"Huh, bosannya. Dari tadi tak goal goal pun lagi."mengeluh Khyla

"Menyesal ikut cadang angah tadi"sambung Khyla lagi.

Khyla menoleh sebelah kanan. Dimana Zayyad dan Kak Mia duduk. Mereka hanya berbual bual sahaja.

"Kalau aku tahu nak kalah tadi baik aku duduk dekat kawasan penyokong negeri Pahang."kata Khyla seorang diri.

"Hrm, mengantuk la. Bila nak habis ni"keluh Khyla sambil melentokkan kepalanya di bahu Zayyad.

"Eh, tidur pula budak ni"kata Zayyad yang mengusap kepala Khyla yang berlapik dengan tudung.





*******

                                                                                                                                                              21th JULY 2018

Love You Mr Bad BoyWhere stories live. Discover now