9- Hany or Honey?!

293 19 0
                                    

Hany membawa beberapa buah buku rujukan yang baru pinjam di perpustakaan sekolah study. Peperiksaan awal tahun lagi 3 minggu akan berlangsung.

Hany digelarkan sebagai ulat buku kerana dia rajin membaca buku. Tak kisah buku apa apa pun dia akan baca. Hany lebih suka membaca dari menulis kerana hanya guna mata dan otak untuk membaca.

Dalam perjalanan dia hendak pergi ke bilik pengawas displin di mana tempat dia dan Khyla ada seorang lelaki menegurnya.

"Sopfiea"kata seorang lelaki yang berada di belakangnya.

Setelah mendengar orang menegurnya secara automatik Hany berhenti mengejut menyebabkan buku buku yang dibawa jatuh di lantai koridor.

Lelaki itu melangkah di hadapan Hany dan merendahkan diri untuk menolong Hany mengutip buku buku yang telah jatuh itu. Lelaki itu menghulur buku dan Hany mengangkat wajahnya untuk melihat siapa yang membantunya itu.

Ian?!

Hany agak sedikit terkejut serta menyambut huluran buku tersebut. Ingat siapakah tadi yang memanggilnya tadi rupa rupanya Ian iaitu ahli geng badboys. Hanya ahli keluarganya saja memanggil dia Sopfiea.

"Thanks"ringkas Hany.

Selepas mengucapkan terima kasih, Hany berlalu begitu saja tanpa mendengar balasan ucapannya dari Ian. Malas hendak melayan perangai tak semengah Ian itu.

Belum sempat Hany berjalan jauh Ian memanggil dan berlari anak anak menuju ke arah Hany.

"Wait,Honey"kata Ian serta senyum manisnya. Ian murah dengan senyum manis .

"Apa awak hendak Ian? Btw my name is HANY not HONEY!"tegas Hany menegur Ian dalam nada suara yang lembut.

"But i prefer like to call you HONEY than HANY"kata Ian. Ian menyelup tangan kanannya dalam soket seluar dan tangan kiri bebas serta sebaris senyum kecik.

"Whatever"

Hany mengatur langkah dan mengabaikan Ian di hadapannya. Hany melekapkan buku buku itu di dada dan memeluknya sambil melangkah berjalan.

"Tunggu Sopfiea. I just want talk to you"

" Ish, menyusahkan betul la mamat ni. Aku dah la ada kerja nak buat"gumam Hany

Hany memusing tubuh badannya dan terus berdiri di hadapan Ian. Malas sebenarnya nak layan tapi fikirkan classmate tu yang ikut je cakap dia. Mungkin ada kerja sekolah yang hendak tanya.

"Yes, what do you want to say?"tanya Hany sambil menjungkit kening kanannya. Ian tersenyum pabila Hany berdiri di hadapannya.

"Gila ke? Tersenyum sorang"desis Hany

"Awak nak cakap apa? Kalau setakat hendak senyum je baik tak payah panggil saya. Banyak lagi benda yang saya nak buat daripada layan awak ni"kata Hany. Buat lenguh kaki je tunggu dia cakap tapi tak cakap cakap pun. Senyum je dari tadi.

"Kes pasal geng awak pun tak selesai selesai lagi. Boleh tak stop buat masalah? Baik buat kerja kebajikan dari buat masalah. Menyusahkan je! Ishh!!"sambung Hany membebel.

"Bukan saya yang buat tapi Aisy. Saya hanya ikut je plan dia."balas Ian

"Kenapa nak ikut plan dia? Apa yang dia tak puas hati sebenarnya? Hmm.."

"Mikhyla. Aisy tak puas hati dengan khyla. Well, awak pun tahu yang dia tak suka ditindas."kata Ian. Ye betul, Aisy tak suka ditindas tak kira lelaki ataupun perempuan. Lagi lagi dengan sikap dia yang tak mudah menyalah dengan sesiapa.

"Kenapa dia tak puas hati dengan Khyla nye?"soal Hany. Setahu dia Khyla tak suka cari pasal dengan orang . Jadi kenapa Aisy nak cari masalah dengan Khyla.

Pertanyaan Hany tidak dibalas malah Ian hanya senyum senyum dan menilik nilik raup wajah Hany.

"Kau cantik la"kata Ian perlahan dan agak kurang didengari oleh Hany.

Ia tak boleh dinafikan yang Hany seorang yang cantik, rajin dan lemah lembut berbanding dengan Khyla yang agak tegas,garang dan sedikit kasar.

"Huh? Awak cakap apa?"soal Hany pelik.

"Nothing just saya cakap awak cantik."jujur Ian beserta sebaris senyum. Ya,benar Ian seorang yang jujur dan tak pandai untuk menipu perasaannya kepada orang yang disukai.

"Saya tanya kenapa Aisy tak puas hati dengan Khyla ? Bukan suruh tilik muka saya dan beri komen tentang muka saya."ujar Hany.

Orang tanya dia boleh pula pergi tilik tilik muka aku orang cantik ke tak. Nak cakap bodoh tapi sama kelas. Ish! Sabar je la ada classmate macam ni.

"Dah la, saya pergi dulu ada kerja nak buat. Ni saya nak pesan jangan nak selalu buat masalah je. Study yang penting. Spm tahun ni."pesan Hany.Ian hanya angguk dan ketawa kecik dengan kata kata Hany tadi. Ada ada je.

Lantas Hany bergerak kerana sebentar lagi dia ada kelas dan tinggalkan Ian seorang diri di koridor itu.

"Hany Hany, kau buat aku bertambah sayang dengan kau." Ian sambil mengeleng gelang kepala.

Ya, sebenarnya Ian sudah lama sukakan Hany sejak hari pertama dia datang lewat ke sekolah itu. Bak kata orang cinta pandang pertama.





****

KEEP READ! VOTE & COMMENT.                                                                                                   5 MAY 2018

Love You Mr Bad BoyWhere stories live. Discover now