"Bro, kau bawak tak barang yang aku suruh bawak tu?"soal Aisy ketika kelihatan Ian yang baru sampai di kawasan lepak nya."Of course."balas Ian. Ian menyelup tangan dalam poket di jaket nya. Sebungkus plastik dikeluarkan oleh nya.
Ian menghulur bungkusan itu kepada Aisy. Aisy menyambut pek plastik itu beserta senyuman sinis. Aisy membuka pek plastik tersebut dan isinya di letak dalam sebuah kotak hadiah.
"Kau nak buat apa dengan katak tu?"soal Aiden polos. Pelik! Nak buat dengan anak katak tu. Tak kan nak buat eksperimen kut.
"Just want to give a special gift to her"
"Her? Sape" soal Aiden lagi. Memang nak kena penampar mamat ni.
Buk!
"Asal kau bangang sangat ni? Comfirm la untuk Khyla. Sape je lagi musuh ketat kita."marah Qalish setelah hempuk kepala Aiden dengan menggunakan kamus.
"Sakit la. Mane la aku ingat. Ish!"adu Aiden sambil mengusap kepala nya. Tak pasal pasal benjol kepala.
"Tapi Khyla bukan takut katak ke?"desis Aiden. Tak berani nak tanya lagi takut kena hempuk dengan kasut Qalish pula.
Tapi memang Khyla takutkan katak kerana semasa mereka tingkatan 2. Ketika Khyla dan rakan rakannya bergotong royong untuk bersihkan kolam ikan. Daim iaitu rakan sekelasnya telah memegang seekor katak yang berwarna hijau dan terus memberinya kepada Khyla.
Apabila Khyla ternampak katak tersebut terus dia lari sambil menangis. Mungkin terkejut kerana tiba tiba katak itu terlompat dari tangan Daim setelah Daim menghulurkan tangannya.
"Tapi mana kau tahu yang Khyla takut katak?"soal Aiden. Mulutnya tidak pernah diam. Ada saja yang dia mahu tanya.
"Well, semua kelemahan dia aku tahu"tutur Aisy dengan angkuhnya. Memang Aisy tahu yang Khyla gelikan katak. Kalau tak takkan dia nak buat.
"Dah jom sebelum rehat habis baik kita pergi."Aisy bangun dari duduknya dan terus melangkah kaki ke kelasnya. Mereka yang lain pun mengikut langkah Aisy.
Sesampai di dalam kelas, Aisy serta yang lain melangkah kaki ke tempat duduk Khyla.
"Aiden, jaga dekat pintu. Kalau ada orang bagi tahu aku."suruh Aisy kepada Aiden sambil menoleh ke arahnya.
Aiden angguk faham. Tanpa berkata Aiden terus berdiri di pintu kelas tersebut.
"Kau sure ke yang plan ni menjadi?"soal Icad.
"Very sure."jawap Aisy dengan yakin tanpa ragu ragu.
"Qalish tutup cctv dekat hujung tu! Nanti kantoi pula" arah Aisy kepada Qalish sambil menunjuk ke arah hujung kelas yang terdapat sebuat cctv.
Tanpa banyak bicara, Qalish akur dengan arah Aisy. Qalish berdiri di atas kerusi dan menutup cctv tersebut dengan menggunakan selotep.
Aisy membuka laci meja Khyla serta meletakkan sebuah kotak hadiah yang telah bersertakan reben yang berwarna purple. Aisy meletakkan secara perlahan lahan kerana berhati hati takut katak tersebut akan melompat.
Manakala Icad, membelek belek buku buku di laci meja Khyla. Semua kerja sekolah yang cikgu bagi semua telah siap oleh Khyla. Lengkap dengan jawap sekali.
"Ussh, dia dah siap semua essay yang Madam Serena Ho bagi. Cepatnya dia siapkan. Aku pun tak sentuh sehabuk lagi."
Khyla tidak suka menangguh kerja kerja sekolah kerana lagi cepat dibuat lagi banyak masa boleh digunakan dengan perkara yang lain.
"Diakan memang rajin. Tu yang boleh siapkan awal. Tak macam kau. Kerja sekolah selalu tak siap"menyampuk Aiden yang berada di depan pintu kelas.
"Eh eleh, cakap dekat orang. Kau tu yang tak sedar diri kerja sekolah selalu tak siap. Selepas tiru jawap orang. Matematik kau dah siap ke?"soal Qalish pula sambil menjongket kening. Aiden tersengih seperti kerang busuk kerana dia pun tak siap jugak.
"Shhy, korang kalau bercakap je mesti nak bertekak. Ke korang ni memang nak terajang dari aku kan?"tegur Ian yang diam dari tadi. Geram dengan dorang berdua. Bila bercakap je pasti bertekak.
"Dah jum, kerja aku dah selesai" kata Aisy. Mereka yang lain angguk.
Mereka keluar dari kelas tersebut selepas selesai kerjanya.
Tanpa mereka sedar, disebalik luar kelas. Kelly melihat segala tindak tanduk mereka sehingga salah sangka dengan kelakuan Kelly.
"Apa yang ada dengan Khyla tu? Cantik sangat ke dia tu sampai Aisy bagi dia hadiah?"soal Kelly kepada diri sendiri.. Cemburu?
Ya memang Kelly cemburu dengan Khyla.
**************
Pendekkan? Ya author kekurangan idea.. Before Raya, author update next chapter.
Keep reading...
Dont forget to comment & vote. 8 JUNE 2018
YOU ARE READING
Love You Mr Bad Boy
Teen FictionTugas Putri Zahra Mikhyla hanya mengawal displin sekolah dan dia ialah seorang ketua pengawas dispiln. Hidupnya tenang kerana semua pelajar mematuhi arahannya tapi keadaan jadi huru hara apabila datang dua orang pelajar yang annoying dan tidak mema...