Taufan memandang rumah tersebut. Rumah yang sudah lama dan cat nya berwarna kelabu pudar. Memang nampak lama dan menyeramkan.
"Ehem!"
"Game start, Taufan!"
PANG!
"Ampun mak!" Taufan melutut , ketakutan. Kelihatan seorang remaja berpakaian tuskedo berwarna coklat berjalur emas. Eh... Gempa?
"Ge...Gempa? Apa kau buat kat sini? " Tanya Taufan. Pelik juga. Macam mana kembarnya tahu dia berada di sini?
"Aku ikut kau tadi. Takkanlah nak biar kau pergi sorang - sorang," kata Gempa . Taufan mengetap bibirnya.
"Kenapa Taufan?"
Taufan memeluk Gempa. Gempa tersenyum dan memeluknya kembali.
"Tak da papa.. Jom kita ' belasah ' mereka semua cukup - cukup!" Kata Gempa sambil mengacah penumbuknya. Taufan tersengih.
"Emyra Mirak, game start now!"
...
Pada masa yang sama , kelihatan Kapten Kaizo dan Smirth sedang membahagi - bahagikan wang keuntungan dari hasil jualan organ - organ masa yang dibunuh oleh Smirth .
P/s : Ko ingat sekadar bunuh je ke, ambil organ juga~
"RM 100 untuk kau, RM 200 untuk aku. RM300 untuk kau, RM400 untuk aku," Kaizo selaku setiausaha Amyra Mirak membahagi - bahagi wang yang ada.
"Mengapa duit kau banyak... duit aku sedikit?" Smirth mula mempersoalkan jumlah wang pembahagian yang tidak sama banyak.
"Aku pangkat setiausaha, mesti dapat lebih banyak daripada pekerja," Kaizo seolah - olah menggunakan kuasa sebagai setiausaha majikan bagi menentukan jumlah wang yang diterima.
"Ini tidak adil.. tidak adil bagiku!" Smirth seakan tidak dapat menerima jawapan yang diberikan oleh Kaizo itu.
DANG!
Pintu rumah usang itu tiba - tiba terkopak. Kelihatan tangan batu Gempa menembusi daun pintu tersebut.
"Opocot, pintu meletup!" Kaizo terperanjat sehingga berterabur wang kertas yang berada di tangannya.
Sebaik pintu dibuka, kelihatan Gempa dan Taufan sedang berdiri dengan penuh bergaya sambil bercekak pinggang.
"Jangan bergerak! Kamu berdua disyaki melakukan pembunuhan dan penculikan bersiri di Pulau Rintis . Lebih baik menyerah diri sekarang juga!" Taufan berkata dengan penuh ketegasan. Lagaknya seperti seorang inspektor polis yang membuat serbuan.
"Kami tidak akan menyerah! Hei, budak - budak mentah... jika berani marilah tangkap! " Kaizo dengan berani mencabar Gempa dan Taufan . Malang betul kerana penjahat - penjahat itu tidak tahu dengan siapa yang mereka berhadapan sekarang.
"Baiklah, jangan menyesal ya?" Gempa tanpa gentar mula masuk ke dalam rumah usang itu.
"Inilah padahnya berani - berani menyerbu rumah majikan kami. Haa... ambil ini hadiah buat tetamu yang dihormati!" Smirth cuba menyerang Gempa dengan pisau. Walaupun sempat dielak, ia mampu mencalarkan muka suci Gempa itu.
"Hahaha.. Sakit?"
Gempa tanpa berlengah, terus meluru dan menyerang Smirth. Dengan sekali tumbukan tanah , lelaki itu terus rebah sambil menahan senak.
YOU ARE READING
Dark Side In My Watch (Sambungan Penjenayah Bersiri Taufan)
Action🍃SAMBUNGAN BUKU PENJENAYAH BERSIRI TAUFAN🍃 Taufan : Penculikan kanak kanak berlaku! Tetapi aku bukan kena tuduh en..Macam ni..Right to the story..Aku tengah beli barang..Lepas tu , ada lelaki ni telah culik Daun...Ketika itu aku ah..biarlah author...