BAB 3

382 19 0
                                    


Impossible! Otak aku mengasak bengang. Nenda dah hilang akal ke? Tergamak nenda suruh aku kahwin dengan lelaki tu? He's totally unexpected in this whole life!

Kaki melangkah buntu seperti akalku. Dari penjuru setiap kamar tidur aku ukur. Sudah dua minggu aku bermalam di rumah daddy dan mummy setelah dihalau keluar dari rumah agam Nenda Sufiah. Penat berdiri, aku lantas campakkan tubuh ke atas katil. Muka aku benamkan ke bantal lalu menjerit sekuat hati.

Oh my god! It was so irritating me. Jerit hati kecilku. Apa yang sebenarnya yang aku perlu buat? Pilihan apa yang aku ada lagi? Patuh atau ingkar? Siapa yang boleh tolong aku?

Danny! Mungkin aku patut kembali saja pada Danny walaupun tanpa restu nenda. He loves me and I love him too. Definitely we will be happy. He would cherish me with all the love. Dan yang paling penting Danny layak bersama aku berbanding lelaki 'asing' itu.

TAPI apa akan terjadi pada daddy dan mummy kalau aku menolak perintah nenda? Apa tindakan nenda pada dia orang? Tentu Nenda Sufiah lebih marah dengan mummy dan daddy. Adakah aku akan jadi anak derhaka setelah mengecewakan mummy dan daddy? Itukah yang patut aku balas setelah mereka lahirkan aku ke dunia? Hati mummy tentu sakit dengan perbuatan aku kelak!

" You have to think thoroughly. Semua kebahagiaan kami bergantung atas pilihan Reeza. Renung muka daddy, mummy dan adik-adik sebelum buat keputusan. Don't let me disappointed, sweetheart."

Arghhhh! Hatiku menjerit lagi tatkala kata-kata mummy timbul di benak. Bisikan yang berbentuk ancaman. Terasa parah situasi yang melanda kali ini. Daniel yang bertindak tapi kenapa aku yang perlu menanggung dosanya? Adil ke takdir ini? Bentak jiwaku.

I need to see him! Kami perlu berbincang tentang perkara ini. Mungkin dengan berjumpa Danny semuanya boleh jernih semula. Dia tentu tak rela melepaskan aku ke tangan lelaki lain. He's totally crazy in love with me.

PUB di Bukit Bintang aku jejaki. Kelab malam ini selalu aku kunjung bila bersama Daniel. Boleh dikira sebagai tempat kami melepak di hujung minggu.

Sejak aku buat kemunculan, rata-rata pelanggan dalam kelab malam itu memandang aku dari atas bawah. Ada yang tersenyum-senyum mahupun tersengih mengejek dengan penampilanku malam itu.

Demi mengelak konco-konco Nenda Sufiah mengecam aku, malam itu aku mengenakan jeans, t-shirt tank top dengan jacket, bertopi dan memakai sunglasses. Nampak pelik tapi aku perlu berwaspada. Sejak peristiwa ditangkap dalam bilik hotel, aku tak berani bertindak liar lagi. Sekejap tadi aku berjaya menipu daddy dan mummy untuk keluar rumah. Kononnya hendak lepak bersama Miranda, teman baikku. Mereka jadi percaya disebabkan pakaian aku yang ringkas dan tidak mencurigakan.

Dengan pakaian kasual, ramai pengunjung kelab tidak mengenaliku. Selalunya aku hadir bersama Danny dengan mengenakan dress tanpa lengan dan separas lutut.

Tanpa pedulikan pandangan sekeliling, mata menebar luas mencari kelibat Danny. Demi melihat wajah kacak itu sedang bergelak ketawa, aku segera menghampirinya. Serasa tidak sabar untuk bersamanya. Aku rindu dengan senyuman, renungan dan kata-kata romantisnya.

Namun langkahku mati. Pegun tatkala melihat Danny mengucup pipi perempuan seksi di sebelahnya. Bibirku lantas memecat senyum. Lenyap bahagia sekejap tadi. Jiwa terbakar hangus. Baru dua minggu kami tidak bertemu, dia sudah mencari perempuan lain. I hate you, Danny.

Aku lega dengan penampilanku malam ini. Sekurang-kurangnya Danny mahupun Zack tidak perasan kehadiranku. Sengaja aku mendekati bar di mana tempat Danny dan Zack minum-minum. Aku mahu melihat sejauh mana kecurangan Danny malam ini. Biarpun hatiku cedera parah, aku tetap ingin menyaksikan kegembiraan Danny di saat aku dalam kesulitan.

Drive-Thru Mr. SatayWhere stories live. Discover now