BAB 1

678 20 0
                                    


Sejak turun dari kereta, langkah aku jadi terhuyung-hayang. Sekejap ke kanan, sekejap ke kiri. Tapi tangan lelaki yang sedang memimpinku sangat kejap berada di pinggang. Aku tak pasti arah mana dia mahu membawa aku pergi. Cuma yang pasti ini bukan jalan menuju ke rumah. Minda sungguh tidak mampu menafsirkan kejadian alam yang berlaku di sekeliling.

Mulut tidak mampu memprotes kerana kelopak mata terasa berat. Aku bukan mengantuk tetapi otakku yang mendesak. Sudahnya mata ini terus terkatup. Kelam sekejap.

Aku tersedar bila ada sesuatu menghimpit atas tubuh. Leherku seperti dikucup seseorang. Aku menggelisah dan cuba menolak perbuatan itu. Namun tanganku ditangkap dan dikunci dalam pegangan erat.

Tiba-tiba aku terasa zip belakang bajuku cuba dibuka. Aku mula panik walaupun otakku antara kelam dan bingung. " Danny...you nak buat apa ni? I nak balik."

" Syuhh....baby, keep calm." Suara Daniel mencecah cuping telinga. Nafasnya mendesah lain macam.

" No...don't Danny...don't." Aku terasa mahu menjerit tapi suaraku kedengaran mendayu-dayu. Sedang tangan Daniel pula makin liar di belakang tubuhku.

Tiba-tiba telinga menangkap bunyi loceng yang bertalu-talu. Sentuhan Daniel turut berhenti. Kami kaku sekejap. Sejurus itu, badanku terasa ringan setelah Daniel melompat turun dari katil.

" Baby, bangun sekarang." Daniel menggesaku. Padahal aku masih kabur dengan kejadian yang terjadi. Kepala berpinar-pinar. Mata sekejap celik sekejap pejam. " Hantar I balik, Danny. I tak mahu nenda marah." Pintaku.

" Yes, I will. But now we got a big problem, baby."

Aku terdiam lama. Tidak faham dengan maksud Daniel. Tapi ketukan bertali arus di pintu seakan membingitkan telinga. " Pergilah bukak pintu, Danny. Bising tau tak?! " Aku separuh bengang dengan gangguan itu. Terasa sakit di kepala sangat berbisa seolah mencucuk ke saraf otak.

" No way, I can't! I rasa yang ketuk tu orang-orang dari jabatan agama Islam."

Aku senyap sekejap demi memahami ucapan Daniel. Tidak sampai seminit aku buntangkan mata. " What? Damn it! "

BUAT sekian kalinya pipiku makan penampar. Perit. Belum pernah mana-mana tangan mampu hinggap ke tubuhku selama aku hidup. Daddy dan mummy juga tidak pernah. Namun tiada siapa yang berani melawan nenda, Raja Sufiah yang berperwatakan diktator. Pemeritahannya selalu bersifat kuku besi.

Sungguhpun ramai dalam kerabat tidak sukakan Nenda Sufiah tapi aku sayangkan nenda sepenuh hati. Aku merupakan cucu emas dan sering menjadi kebanggaan Nenda Sufiah. Dalam kalangan cucu-cucu nenda, hanya aku yang terpilih di matanya. Sejak kecil, diriku bagai ditimang dalam dulang emas. Tanganku tidak pernah berenggang daripada nenda. Sehingga cucu-cucu lain berdengki dan berkecil hati dengan perhatian yang aku terima.

Mulanya aku sendiri tidak faham mengapa Nenda Sufiah memilih aku. Cucu-cucu lain langsung tidak diendahnya. Pernah juga aku ajukan pertanyaan pada mummy dan daddy. Mengikut cerita mummy, setelah kemangkatan Allahyarham Nenda Raja Ahmad dan Allahyarham anak sulung nenda pada tahun yang sama, hidup Nenda Sufiah begitu sunyi. Ketika itu umur aku baru mencapai setahun. Mummy cakap lagi hanya aku seorang cucu yang mampu membuatkan nenda tersenyum di saat semua orang sedang berduka.

Sejak itu, Nenda Sufiah ambil peduli soalku. Segala kasih sayangnya dicurahkan kepadaku tanpa batasan. Semua permintaanku ditunaikan tanpa bantahan. Namun hari ini tercipta sebuah sejarah pahit. Pedih pipiku menerima tamparan Nenda Sufiah. Akhirnya aku menangis sambil dipeluk oleh mummy.

Drive-Thru Mr. SatayWhere stories live. Discover now