BAB 7

380 15 0
                                    



" Amazing, Reeza! Aku love sangat design gaun ni. Fabrik nampak mahal dan elegan. Pandai mummy kau buat pilihan." Komen Miranda memuji gaun perkahwinanku.

" Mummy memang suka membazir." Omelku selamba. Dah namanya kahwin tak rela, lebih baik tempah yang biasa-biasa aje!

Sejujurnya aku juga jatuh hati dengan gaun pilihan mummy. Fabriknya daripada duchess satin, tulle dan lace. Rekaan pula tidak mencolok mata. Bahagian leher tidak luas, sekadar mendedahkan leherku yang putih dan tulang selangka. Lengan pula panjang melepasi siku. Kalau aku yang buat pilihan tentu kontra. Maklumlah jiwa muda tentu kehendakku lebih daring.

Miranda buntangkan mata. " Apa pulak membazir? Ini sebab sayangkan anak so, dia pilihlah gaun yang paling gorgeous. Biar nampak macam princess. Aku berani kerat jarilah banyak mulut yang bakal melopong tengok kau."

Aku memicingkan mata. " Jari yang mana, Mira? Meh, aku tolong keratkan siap-siap. Biar orang dekat luar tu melongo tengok bridesmaid aku kudung jari."

Tergelak-gelak Miranda dengan aksiku yang terkial-kial mencapai gunting di atas meja solek. Dia terlebih dulu mendapatkan gunting tersebut bila mana aku agak payah bergerak tangkas dengan gaun yang labuh ke buku lali.

" No way, Reeza. Kuranglah hantaran aku kalau hilang satu jari. Nanti dah tak ada jari nak pakai cincin." Miranda segera memeluk tubuh. Konon mahu melindungi jari-jemarinya.

Aku senyum sekilas. Mujur tinggal kami berdua dalam bilik persalinan itu. Bolehlah kami bersenda gurau. Terasa relaks sekejap tekanan perasaan yang aku hadapi. Maklumlah malam ini aku perlu senyum untuk semua hadirin. Berlakon bahagia demi menjaga air muka Amirul, orang tuaku dan satu kerabat.

" Itulah buat lagi penawaran melebihi tahap logik akal." Sindirku.

Miranda tersengih. Nakal. " By the way, wanna share your feelings and thoughts?"

Aku mengecilkan mata. Kabur dengan pertanyaan Miranda. " About what? "

" Tonight..." meleret gedik suara Miranda. " Cuba ceritakan sikit perasaan kau. Aku syak mesti kau cuak gila. Maklumlah first time berkongsi katil dengan makhluk asing yang namanya lelaki."

Melihat riak Miranda tampak galak semacam, aku segera faham." Are you curious? Wanna share my bed tonight? "

Terbelalak mata Miranda. " Gila! Tak kuasa aku nak mengacau pengantin baru."

" Habis, kau yang nak tahu sangat! So, aku bagilah cadangan." Tempelakku.

" Aku tanya apa perasaan kaulah. Bukannya aku nak tengok apa yang berlaku. "

" Apa perasaan aku? Tentu semua brides alami perasaan yang sama dengan aku. Of course, nervous." Aku tidak berbohong. Perasaan itu yang aku alami sejak bangkit dari tidur. Rasa cemas, gelisah dan berdebar-debar untuk menerima sentuhan daripada seseorang yang asing. Tanpa hadirnya cinta, mampukah kami menempuhinya?

" Ada rasa excited tak? " Miranda tayang sengih miang. Aku jegilkan mata seraya membaling bunga tangan yang perlu aku pegang sewaktu menuju ke pelamin. Cekap tangan Miranda menyambut. Terkejut riak mukanya.

" Oit, rosaklah bunga ni kang! "

" Siapa suruh cakap tak senonoh. Kau tahu tak betapa aku nak tukar tempat dengan sesiapa. Tak pun suruh orang lain ganti posisi aku atas pelamin. I just wanna go far away and leave him." Luahku tanpa mampu dibendung. Keresahan yang kusimpan jauh dalam hati akhirnya terbongkar.

Drive-Thru Mr. SatayWhere stories live. Discover now