BAB 10

688 18 0
                                    


Aku turun ke tingkat bawah untuk bersarapan dengan yang lain. Pagi itu aku mengenakan t-shirt tanpa lengan bersama harem pants. Rambut pula kuikat tocang satu macam ekor kuda.

Tatkala turun dari anak tangga, mataku mula meliar mencari kelibat Amirul. Kali terakhir aku bercakap dengannya selepas Solat Subuh. Kemudian Amirul mengajak aku bertadarus sampailah tubuhku terlentang atas katil bila aku bangkit pagi tadi. Aku kurang pasti bila masanya aku terlelap. Yang pasti Amirul yang baringkan aku di katil sekali dengan tanggalkan telekung.

Perut yang berbunyi memaksa aku segera menapak ke ruang makan. Aku lihat semua orang sedang berkumpul di meja makan termasuklah suami yang baru aku dapat kelmarin.

" Hah, Reeza! Baru sekarang nak muncul. Patutnya isteri turun dulu sebelum suami. Ini dibiarkan Amirul tercongok seorang diri dekat bawah."

Pedih telingaku menerima bebelan pertama daripada mummy. Selera makan terus merudum. Kecil hati ditegur secara langsung depan Amirul. Tapi aku tak sanggup mengalihkan mata ke muka Amirul yang aku perasan merenungku bagaikan mahu tembus dinding.

" Sara, kenapa nak bising-bising depan rezeki? Reeza dah jadi isteri orang. Kalau ada perkara yang tak betul, biarlah teguran tu datang daripada Amirul. Patutnya Sara bersyukur. Lepas ni kuranglah penat Sara membebel sebab dah hilang seorang pendengar setia."

Teguran daddy menaikkan selera aku semula. Terasa lapang dada bila daddy membela biarpun aku nyata bersalah mengikut pendapat mummy. Mulut hampir tersengih dengan sokongan daddy tapi aku tahan risau mummy makin naik angin.

Mummy mencebik tak puas hati. " Apa lagi tercegat, Reeza? Pergi layan suami tu."

Lekas aku menarik kerusi dan duduk di sisi Amirul. Namun tak sekalipun aku menoleh kepadanya sehinggalah aku terasa ada tangan menjalar ke belakang badanku. Amirul nyata sedang menuntut perhatian yang aku cuba nafikan. Sementelah aku tidak betah dengan sentuhannya yang mengusik perasaan dalamanku.

Aku lantas pusing seraya menayang senyum. " Awak nak makan apa, Amirul? " lembut layanan yang aku cipta demi memenuhi kehendak mummy.

" Amirul? No way, Reeza. Bukan begitu panggil suami. Adat Melayu tak panggil suami dengan nama. Lagipun Amirul tujuh tahun lebih tua daripada Reeza. Panggil 'abang' lain kali." Selar mummy hingga aku tercengang.

Oh, god! Not again? Apa saja yang tak kena mesti mummy mula membebel. Mungkinkah aku akan jadi isteri dan ibu yang kuat membebel seperti mummy kelak? Harapnya tak.

" Thank you mummy untuk cadangan tu. Reeza akan pertimbangkan." Aku balas versi gurauan. Geram sebenarnya tapi aku tahan mulut agar tak menjawab lebih dari sekadar sepatutnya. Maklumlah sekarang aku ada seorang penonton setia yang asyik pandang setiap perbuatanku.

Mummy jegilkan mata. Tentu mummy bengang dengan balasan aku yang selamba.

" Sara kena faham yang anak-anak kita semua perempuan. Dia orang tak biasa ada abang. Mestilah Reeza sedang sesuaikan diri dengan perubahan sekarang." Sekali lagi daddy bagi muka dekat aku.

" Alah, dengan Diyad boleh aje Reeza panggil abang." Mummy menyangkal fakta daddy.

" Itu lain, Sara. Diyad tu abang yang dah lama Reeza kenal dari kecil. Tentulah tak janggal. Amirul pula 'abang' yang baru Reeza dapat dua hari lepas." Daddy sengaja berlawak tapi mummy menjeling.

" Thank you daddy for always understanding me! Lagipun Amirul tak kisah Reeza panggil begitu. Betulkan awak tak kisah? " Mataku mengerdip beberapa kali agar Amirul ikut sokong.

Drive-Thru Mr. SatayWhere stories live. Discover now