BAB 4

397 13 0
                                    


Tapi aku memang bodoh! Air mataku tumpah juga di bawah curahan air shower. Bukan kerana aku menyesal dengan kehilangan Danny. Sebaliknya aku menangisi nasib malang yang menimpa gara-gara percayakan cinta Danny yang konon suci dan tulus.

Setengah jam aku duduk berteleku. Merintih dalam hiba. Kini tiada lagi tempat untukku berpaut. Dahan yang aku harapkan telah patah. Yang tinggal cuma diriku seorang tanpa arah tuju.

Dalam pilu aku tetap bersyukur. Tindakan nenda yang mengongkong sebenarnya menyelamatkan aku daripada menjadi alat permainan si buaya, Danny. Sekurang-kurangnya maruah aku masih terjamin.

Setelah puas melampiaskan tangisan, aku bangkit lalu keringkan tubuh dengan tuala. Bath robe kupakai sebelum keluar dari kamar mandi. Tanpa menyikat rambut aku terus memanjat katil seraya rebahkan kepala di batal.

Nenda...Reeza dah menyesal. Ampunkanlah salah Reeza. Reeza janji lepas ni Reeza akan jaga tingkah laku. Reeza takkan kecewakan nenda lagi. But please nenda...tolong jangan paksa Reeza kahwin. Jangan buang Reeza dari hidup nenda. Forgive me, nenda.

Hatiku merintih sayu lantaran risau mengenangkan hari esok yang aku sendiri tidak pasti. Aku berharap hati nenda akan lebih berlembut denganku, cucu kesayangannya. Sekejap kemudian aku pejamkan mata sehingga lena menjemputku.

Lenaku terasa singkat bila pintu kamar diketuk bertalu-talu dari luar. Aku buat tak peduli dengan gerangan yang hadir. Masih awal pagi untuk aku bangun melihat alam sekeliling.

" Woi, Kak Reeza bangunlah! " tempik sebuah suara. Gemanya seakan memukul deras gegendang telinga. Aku terpisat-pisat sambil menggenyeh-genyeh mata. Seraut wajah adikku, Izz Zulaikha menyapa pandangan.

" Lekha, jangan kacau orang tidurlah." Dengusku, geram.

Lekha selak selimut gebu yang menyelebungi badanku. " Baik kau bangun cepat Kak Reeza. Miss Su datang serang mummy dengan daddy sebab kau."

" What? " Aku celikkan mata seluas yang mungkin. " Buat apa anak dara tua tu datang? Dia nak apa? "

" Entah. Masuk rumah aje mulut dia terus berbunyi. Kau ada buat masalah lagi, kan? Tak habis-habis kau ni, Kak Reeza. Tahulah cucu kesayangan nenda tapi janganlah sampai masalah kau tu melibatkan satu institusi keluarga kita." Perli si adik yang bermulut laser.

Berdengung telingaku di pagi hari. " Kau tak tahu apa-apa, Lekha. Just shut your mouth."

Lekha mencebikkan mulut. " Whatever, Kak Reeza. Aku cuma bagi nasihat yang berguna. Suka hati kau nak ikut atau tak. Sekarang lebih baik kau turun bawah selesaikan kekecohan Miss Su. Aku bingit dengar suara dia menempik tak tentu pasal." Gesa Lekha separuh bengang. Dia terus berlalu tanpa menoleh lagi.

Aku termangu sekejap atas katil. Bila minda mulai stabil, aku melangkah ke bilik air untuk membilas wajah dan menggosok gigi. Bath robe yang kusarung sejak malam tadi aku gantikan dengan spaghetti strap t-shirt bersama track suit.

Entah kenapa tiba saja di anak tangga, aku jadi berdebar semacam. Seolah ada perkara besar bakal menanti aku. Lagi-lagi dengan kehadiran Miss Su yang gemar mencari salah dan dosaku. Semenjak dulu itulah hobi Miss Su. Namun setiap kali aku nyata bersalah, nenda pula sentiasa memaafkan aku dengan mudah berbanding anak-anak dan cucu-cucunya yang lain.

Walaupun hati berlagu risau, aku tetap gagahkan diri menuruni anak tangga. Aku tercengang melihat kelibat Miss Su bertandang dengan Uncle Sharif dan Uncle Shahir. Kedua-dua lelaki itu merupakan abang kandung mummy dan Miss Su. Uncle Sharif anak kedua Nenda Sufiah manakala Uncle Shahir, anak ketiga.

Drive-Thru Mr. SatayWhere stories live. Discover now