BAB 5

466 19 5
                                    



" Tall, dark and handsome! Mana kau kenal lelaki macam tu, Kak Reeza? " Izz Zulaikha tanya soalan cepumas padaku yang berbaju pengantin. Muka bujurnya kelihatan teruja.

Aku senyap. Langsung tidak tertarik dengan komen positifnya tentang lelaki yang bakal menjadi abang iparnya. Atau lebih tepat bakal suamiku dalam tempoh beberapa minit lagi memandangkan sebentar tadi tok kadi sudah mengambil tandatangan persetujuan dariku.

Selepas tok kadi keluar, aku pula halau semua hadirin yang berada dalam kamar pengantin termasuk mak andam. Aku perlukan tempoh bertenang sekejap. Namun ketenangan yang aku harapkan tergendala disebabkan Izz Zulaikha menerjah masuk.

" Aku ingatkan kau akan kahwin dengan Daniel Mirza yang putih melepak tu. Alih-alih dapat yang hitam manis. Warna kulit yang rare dalam keturunan kita. But I like it. Nampak ciri-ciri lelaki Melayu sejati."

" Lekha please...bukan sekarang masanya kau nak merepek. Plus, jangan sebut pun nama Daniel Mirza." Tegasku.

" For your information, aku tengah puji suami pilihan kau, Kak Reeza." Izz Zulaikha menempelak. Geram dengan responku yang dingin.

Aku merengus kecil. Lelaki itu bukan pilihan aku! Kalau bukan sebab aib yang aku coret dalam dada akhbar tiga bulan lalu, peristiwa hari ini mungkin dapat dielakkan. Hakikatnya aku terheret dalam perkahwinan paksa tanpa rela.

" Apasal Kak Reeza ni nampak beremosi sangat? Today is your wedding day, you should be happy. Bukannya marah-marah macam orang kena kahwin paksa." Gerutu Izz Zulaikha yang tidak tahu dasar perkahwinan ini berlangsung.

Namun tiba-tiba adikku itu tersenyum. Nakal. " Ohhh...ini mesti kes datang bulan, kan? Patutlah marah-marah. Rupanya sedih sebab tak dapat nak entertain suami malam ni, betul tak? First night, malam yang tak boleh ditunda tapi kesian dekat abang ipar Lekha."

Oh, god! Aku buntangkan mata. Merenung tajam si adik yang terlebih hormon 'testosterone'. Telahan Izz Zulaikha meleset sama sekali. Malangnya aku terpaksa menempuh malam ini dengan seribu satu ketidakpastian.

" Give me some space. Lekha nak keluar dari bilik ni atau nak suruh bride-to-be yang keluar? " pintaku secara diplomasi.

" Okay, Lekha give up untuk naikkan mood ceria Kak Reeza. Tapi tolonglah jangan buat muka macam orang mati laki. Ini bukannya majlis berkabung. Senyumlah sikit." Izz Zulaikha angkat punggung dari birai katil yang dihias indah.

" By the way, you're looking perfect Kak Reeza." Ucapnya sebelum menghilangkan diri.

Aku renung figura dalam cermin meja solek. Kesempurnaan yang Izz Zulaikha nyatakan hanyalah palsu belaka. Mataku tidak mengesan sebarang keindahan lantaran perasaan yang kosong saat ini. Kemeriahan baju nikah yang dihiasi lace dan manik-manik labuci tidak mampu menghidupkan semangatku. Hatta ukiran inai di jemari tampak seperti contengan kaku tanpa pengertian. Jiwaku seolah mati untuk menikmati erti bahagia sebenar.

Ketukan di pintu bilik membantutkan emosi pilu yang aku alami. Tanpa menunggu kebenaranku, Miranda menerjah masuk dengan senyuman lebar. Di belakangnya turut serta adik-adikku, Izz Batrisya dan Izz Raihana. Mak andam juga ada.

" Akad nikah dah nak mula. Jom turun bawah, Reeza."

AKU ditempatkan atas singgahsana mewah. Segala kelengkapan dan pemilihan warna peach adalah keputusan mummy. Aku hanya memberi ukuran tubuh untuk pakaian pengantin. Malah aku tidak mengambil tahu sedikit pun soal pihak 'sebelah sana'.

Drive-Thru Mr. SatayWhere stories live. Discover now