Part 3

24 1 0
                                    

Farzana sebagai aku.

Hari ni hari Ahad. Maknanya, aku kena pergi sekolah. Seingat aku hari ni ada ujian segak. Ya Allah. Sumpah aku tak suka ujian segak. Lepas naik turun bangku tu, kaki aku rasa macam nak patah! Tapi, yang aku paling tak suka pasal ujian segak ni ialah,

Budak form 3 akan buat ujian segak serentak dengan form 5.

Aku tak tahu macam mana nak cakap tapi budak lelaki sekolah aku ni, pervert dia lain macam. Kalau kau sama sekolah dengan aku, maybe kau akan faham macam mana perasaan aku waktu buat ujian segak.

Masa aku nak turun ke dewan sukan, ada orang cuit bahu aku.

"Weh, berat kau berapa?"

Dia tanya berat aku berapa. Pantang betul aku bila orang tanya pasal berat ni.

"Manalah aku tahu, aku belum timbang lagi." Aku dengan dia jalan sama-sama. Budak kelas aku yang lain dah pergi dulu. Mana reti tunggu diorang tu.

"Weh, semalam kan, aku jumpa Nazrin kat rumah nenek aku." Qistina membuka cerita. Yang pasti, Nazrin tu takde kena mengena dengan aku. Rasanyalah.

"Nazrin tu siapa?"

Qistina mengeluh. Eh dia ni, aku tanya je.

"Yang terjah kau masa hari Khamis tulah. Dia datang rumah nenek aku. Nazrin."

Aku nampak beberapa pasang mata memandang ke arah kitorang. Hish, Qistina ni. Dia pergi cakap kuat-kuat pulak. Aku tarik dia untuk duduk dekat kerusi yang disediakan. Kat situ adalah jugak budak perempuan kelas aku dengan budak perempuan kelas lain. Kitorang sukan asing lelaki perempuan. Tapi, ujian segak dekat tempat dan waktu yang sama. Itu yang aku tak suka tu. Lagi-lagi bila ada form 5.

"Apa dia buat kat rumah kau?" Aku tanya.

"Rumah nenek aku."

"Haa, rumah nenek kau." Aku tergelak sebab tersalah cakap.

Qistina merapatkan sedikit jarak antara kitorang. Nak bagitahu rahsialah tu.

"Dia abang sedara aku."

Aku terpaku. Satu, dua, tiga.

"HAH?!"

Dan sekali lagi, kawan-kawan aku terus pandang aku. Aku just tersenyum malu. (Bukan senyum malu-malu kucing tapi senyum bila kau dah buat salah and kau nak cover salah tu. Ala, macam kau terpelecok lepas tu, kau ketawa.)

BenciWhere stories live. Discover now