"Macam mana dia boleh jadi abang sedara kau?"
Qistina mengerutkan keningnya. "Mak dia dengan mak aku adik beradik?"
Dush. Soalan apa yang aku tanya ni. Kalau dah namanya sedara mestilah ada pertalian darah kan? Apa lah aku ni.
"Tak, apasal kau tak pernah cerita kat aku?" Tanya aku.
Belum sempat Qistina jawab soalan aku, Cikgu Haridza memanggil kelas kami.
"3 Mutiara 2 dengan 3 Berlian 1 , pergi timbang berat badan! Yang kamu pergi duduk di situ kenapa? Kita dah kesuntukan masa!"
Cepat-cepat aku dan Qistina pergi ke alat penimbang. Memandangkan kat situ ada satu je alat penimbang, kitorang kena bahagikan kepada dua kumpulan. Satu pergi ukur tinggi, satu lagi timbang berat badan.
Tiba giliran aku, aku bagi kertas ujian segak aku kepada seorang pelajar. Lagi tinggi dari aku dan.. oh damn it.
Akak ni. Aku tak suka betul dia. Aku tak tahu kenapa, tapi aku memang tak suka dia. Nama akak tu, Khai. Yes, nama memang macam lelaki. Khairina nama sebenar dia.
Tiba-tiba, Kak Khai pegang perut dia. Dah kenapa pulak ni? Dia letak kertas aku atas meja and aku perasan dia ada panggil seseorang.
"Weh, sini sekejap." Kak Khai melambai. Aku tak nampak orang tu sebab ada dinding sebelah aku which is height chart tu.
"Asal?"
"Tolong ukurkan ketinggian diorang. Aku nak gi tandas. Urgent ni. Bye!" Kak Khai terus menghilang dari pandangan aku.
"Woi, Khai!" Dia mengeluh.
Seorang lelaki muncul dari sebalik dinding dan berdiri di hadapan aku. Sebaik sahaja dia nampak muka aku, riaknya terus berubah menjadi terkejut.
Hah, bukan dia je yang terkejut, dengan aku aku sekali muka macam ayam berak kapur.
Dia ambik kad keras lalu aku bersandar pada dinding. Wowowowowo. Jangan fikir bukan-bukan eh. Tak nampak ke title cerita ni apa? Benci, kan? So, of course lah aku benci dia. Harap-harapnyalah.
Dia letak kad tu atas kepala aku and aku tak tahu macam mana, tiba-tiba dia peluk aku. Aku.. aku tak tahu nak cakap macam mana tapi yang aku pasti memang dia tengah peluk aku sekarang ni.
Satu, dua, tiga.
YOU ARE READING
Benci
Humor[3 April 2018] Tsk. Aku tak suka dia. Langsung. Never. "Aku benci kau." "Ada sebab untuk kau suka aku?"