Third person P.O.V
Sebaik sahaja Qistina keluar dari biliknya, Farzana menoleh.
"Tadi kau ke yang mesej aku?"
Qistina mengeluh. "Iyalah. Dah kau lambat sangat. Aku fikir kau tak nak datang tadi."
Farzana melihat nombor yang di'block'nya tadi. Seingat dia, dia sudah save nombor Qistina di dalam telefonnya.
"Aku guna nombor abang aku."
Farzana sebagai aku.
Wait- what?!
Qistina guna nombor abang dia? No, no. Maksudnya, aku ada nombor abang Qistina? Aku tak percaya.
"Seriuslah, Qis."
Qistina tengok aku dengan pandangan malas. "Iya, betul. Dia baru je keluar tadi."
Aku tekup mulut aku. Kenapa? Lol, aku dah lama kot crush dekat abang Qistina. Tapi, malangnya dia dah ada girlfriend. Tsk, sama dengan si tak guna tu.
Eh?
Kenapa aku kena ingat dia? Aku segera menggeleng-gelengkan kepala aku. Cuba membuang segala fikiran dan bayangan tentang dia.
"Dah ah, jom start. Aku nak habiskan benda ni hari ni. Aku dah tak sanggup tangguh kerja lama-lama." Qistina mencapai kertas mahjung di hadapanku. Tahu pun dia, tak baik tangguh-tangguh kerja.
_______
Aku menghempas badanku ke atas katil. Hajat di hati ingin melelapkan mata seketika. Namun, aku teringat sesuatu.
Aku ada number phone crush aku.
Sepantas kilat aku mencapai telefon bimbit ku dan membuka perbualan kami tadi. Aku tekan butang unblock. Profile picturenya serta merta muncul.
Gambar apa tu? Ah, aku tak kisah. Apa saja yang crush aku buat, semuanya nampak okey di mataku.
Aku dah unblock dia ni, takkan aku tak save pulak kan? Add to contacts > Asyraf. Yes, nama dia Asyraf.
Sumpah weh, Asyraf ni handsome gila. Muka dia jenis yang 'eyesmile'. Kalau dia senyum, dengan mata-mata dia sekali senyum. Nak kena bagi contoh ke?
Aku memang suka lelaki macam ni. Muka macam orang cina. Tapi aku tak tahulah kenapa Qistina tu tiba-tiba sesat. Semua adik beradik diorang muka elok kot!Aku ketawa sendiri bila teringatkan Qistina. Oh ya, disebabkan aku telah 'kurang ajar' dengan Asyraf tadi, aku mengambil keputusan untuk meminta maaf.
Faz
Asyraf
Ni Faz
Sorry tau tadi
Faz ingatkan Asyraf ni orang lainAsyraf
Sorry, Faz mana eh?Faz
Kawan QistinaAsyraf
Oh
Okay'Okay' je dia balas? Dia tak selesa dengan aku kot. Oh, no. Fazzz, apa kau dah buat ni?
YOU ARE READING
Benci
Humor[3 April 2018] Tsk. Aku tak suka dia. Langsung. Never. "Aku benci kau." "Ada sebab untuk kau suka aku?"