Hari ni hari Selasa. Hari yang ditunggu-tunggu oleh semua platun kawad kaki di sekolah ini. Ya, pertandingan kawad kaki peringkat sekolah. Aku dan 30 orang lagi platun akan mewakili persatuan pandu puteri dan akan bersaing dengan 4 lagi pasukan iaitu pergerakan puteri islam, kadet polis perempuan, kadet remaja sekolah perempuan dan persatuan kadet bersatu Malaysia perempuan.
Aku berasa sangat gembira hari ni kerana selepas ini, tiada lagi latihan kawad dan aku boleh pulang awal ke rumah! Siapa je yang tak gembira, kan?
Namun, ku sangkakan panas sehingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Dan aku, di sini, keseorangan di dalam bilik pandu yang jauh dari orang ramai. Mengapa? Bagaimana aku boleh berada di sini? Ini semua kerana si Bella itulah. Kalau bukan dia, siapa lagi?
_______
Aku bersiul sambil membawa kotak pakaian ke bilik pandu. Kitorang kawad dengan cemerlang tanpa sebarang kesalahan! Tidak sia-sia para senior memarahi budak form 1. Mana taknya, kawad asas pun tak reti! Apabila komander suruh pusing ke kanan, mereka pusing ke kiri.
Aku ketawa sendirian. Entah-entah aku form 1 dulu pun macam itu. Hahahahaha.
Kunci bilik pandu aku keluarkan dari poket. lepas ni, pengakap pulak kawad. Aku bukannya apa, just nak tengok 'kehancuran' kawad diorang. Tahun lepas dapat tempat kedua terakhir, itupun sebab kadet polis lelaki terlanggar kon. Pfft.
Aku masukkan kotak pakaian ke dalam almari semula. Tiba-tiba, aku dengar bunyi pintu tertutup- and dekat sangat dengan aku.
No, no - tak mungkin...
Wow. Aku berjalan ke arah pintu bilik- memulas tombol.
Dan ... dan ternyata ia terkunci.
Aku terkunci. Tak, aku dikunci!
Pintu ni, aku tolak dengan sekuat hati. tak cukup dengan tu, aku memukulnya dengan tangan.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Siapa yang berani kunci aku dalam bilik ni? Apa aku dah buat? Aku cuba mengintip dari celah tingkap.
Hmm takde orang. Sekarang ni, aku rasa ada dua orang je yang sanggup buat aku macam ni, Bella dengan Nazrin.
Cis, tak guna betul diorang ni. Memang perangai macam budak kecik. Tak matang langsung!
Sebabkan aku tak tahu nak buat apa lagi kat sini, aku pun duduk. Duduk atas karpet lama ya. Karpet lama yang berhabuk.
Dan ku... tersandar begini. Meratapi pintu yang telah dikunci. Aku sedar ini semua... kerja Bella!