TENTERA JEPUN

605 28 0
                                    

Lebih 10 tahun lalu, kata Zul, dia bekerja di sebuah kilang kelapa sawit. Masalahnya, jarak antara rumahnya ke kilang berkenaan lebih 40 kilometer menggunakan jalan besar. Tetapi kalau menggunakan jalan pintas melalui kebun kelapa sawit penduduk sekitar, jaraknya 20 kilometer sahaja. “Saya pilih untuk guna jalan pintas. Hari pertama, saya ikut kawan saya, Amzan. Dia dah dua tahun kerja di kilang itu. Kami keluar pukul 5.30 pagi supaya dapat sampai ke kilang sekitar pukul 6.15 pagi. Sempatlah sarapan dan pergi tandas. Pukul 7.00 pagi, kami mula kerja.

Masalah timbul bila esoknya Amzan kena kerja shift malam dan saya perlu pergi seorang diri. Pukul 5.30 pagi esoknya saya keluar dengan motor kapcai buruk. Beberapa kilometer di dalam kebun sawit, saya sampai di sebuah simpang empat. “Alamak… saya mula keliru, simpang mana hendak diambil. Dipendekkan cerita, disebabkan lupa, suasana yang masih gelap dan panik, saya tersesat. “Saya berhentikan motor dan menggaru kepala. Ketika itulah saya nampak bayangan seorang lelaki sedang mengayuh basikal, keluar dari simpang. Saya terus kejar. “Semakin dekat, saya nampak pakaiannya berwarna hijau dan memakai topi yang mempunyai kain penutup hingga ke bahu. Saya ikut sebelah pak cik itu, beri salam dan beritahuyang saya sedang mencari arah jalan.
Lelaki itu berhentikan basikalnya dan perlahan-lahan menoleh ke arah saya. Ya-Allah! Waktu itu saya rasa macam nak terkencing sebab mukanya kosong! Kepalanya tidak ada. Yang ada hanya topi saja! “Saya terus pecut motosikal. Tapi disebabkan terlalu takut, saya terbabas. Waktu hendak mengangkat motosikal, lelaki itu melintas sekali lagi di sebelah saya dan menolehkan ‘kepalanya’. Memang betul, mukanya kosong. Bukan itu saja, di pinggangnya bukanlah parang, tapi pedang. Basikalnya bergerak, tapi saya tak nampak kakinya mengayuh pedal. Basikalnya juga tidak berlampu. “Saya angkat motosikal dan terus berpatah balik. Pagi itu saya terpaksa tunggu di tepi jalan sampailah hari siang. Pukul 9.00 pagi barulah saya sampai ke kilang. “Saya terus ceritakan pada kawan-kawan apa yang berlaku.Ceh, rupa-rupanya sebelum itu dah beberapa orang pernah mengalami kejadian serupa.” ~TAMAT~

101 KISAH SERAMWhere stories live. Discover now