HANTU JEPUN 2

855 52 3
                                    

AKA MANTO

Seperti adengan yg sering ditayangkan dlm filem-filem seram jepun , tandas sekolah dianggap sebagai tempat yg menakutkan para pelajar.

Ini kerana cerita yg telah mengatakan tandas skolah telah dihantui oleh sesuatu misteri .

'Aka Manto' ialah hantu yg menghuni kubikel tandas terakhir di setiap tandas sekolah.
Kononnya , apabila mangsa menggunakan tandas tersebut , akan ada suara asing yg bertanyakan soalan sama ada mangsa mahukan kertas merah atau kertas biru .

Jika mangsa mengatakan merah , dia akan disiat sehingga seluruh berlumuran darah .

Jika menjawab biru ,dia akan dicekik sehingga mukanya bertukar warna kebiruan .

Jika mangsa cuba memberikan jawapan lain daripada apa yang ditanya oleh Aka Manto , dia akan dibawa ke alam lain dan tidak akan dijumpai sampai bila-bila .

Menurut kisah , jawapan yg sepatutnya diberikan kepada Aka Manto ialah 'tak mahu kertas' dan Aka Manto akan meninggalkan anda sendirian .

101 KISAH SERAMWhere stories live. Discover now