Aku nak ceritakan pengalaman seram aku semasa menetap di rumah lama sebelum aku sekeluarga berpindah ke rumah baru dalam tahun 2005. Jarak dari rumah lama ke rumah baru aku ni tak jauh mana pun. Rumah lama aku terletak di kampung seberang je. Nama kampung tu adalah Kampung Raja Uda atau singkatannya KRU di Port Klang, Selangor.
Untuk maklumat korang kat kawasan rumah lama aku ni, ada lebih kurang dalam 34 buah rumah yang dibina sederet. Rumah nombor 1 hingga nombor 8 terletak berhadapan dengan perkuburan Islam, rumah nombor 9 hingga nombor 14 pula di depan rumah teres dan yang selebihnya semua kat depan loji. Rumah lama aku ni terletak yang betul-betul depan kubur.Pada masa itu kalau ada orang tanya tinggal di mana, rata-rata penghuni kat situ akan jawab depan kubur je. Bagi sesaapa yang tinggal di Kampung Raja Uda tahu la kat mana tempatnya. Tetapi kubur ini tidaklah seram walaupun ada pokok ketapang yang rendang di situ. Kubur tu dah macam taman syurgawi, penuh dengan lampu-lampu jalan kat dalam kawasan kubur tu. Aku dan kawan-kawan aku pernah bermain besbol kat dalam tu. Kalau masa dekat-dekat nak raya tu lagi seronok, siap main meriam buluh lagi dalam kawasan kubur tu. Sebab apa main kat kubur? Sebabnya kalau bapak kitorang kejar, sempatlah kiranya nak lari jauh sikit.
Aku masa kecik-kecik dulu memang agak nakal, gaya pun ala-ala tomboy gitu. Sebelum aku mulakan cerita seram ini, diingatkan kepada para pembaca bahawa cerita ini bukanlah bertujuan untuk mengaibkan sesiapa. Cuma sekadar sebagai renungan dan juga ingatan untuk kita bersama.
Alkisahnya, cerita ini berlaku pada tahun 90-an. Aku tak berapa pasti sama ada ianya berlaku pada tahun 1998 atau tahun tahun 1996. Pada masa itu ada perlawanan bola sepak World Cup atau Euro, tak ingat pula aku perlawanan yang mana satu sebab aku bukannya peminat bola. Pada masa itu ada salah seorang daripada penduduk kampung ni meninggal dunia (al-Fatihah). Arwah ini ada pertalian saudara jauh jugak dengan aku. Selepas kematiannya, berlaku gangguan-gangguan misteri di kampung aku selama lebih kurang 30 hari.
~tamat~
YOU ARE READING
101 KISAH SERAM
TerrorAMARAN KERAS 💢 MENGANDUNGI FAKTA DAN CERITA SERAM 👻 Kepada siapa yang penakut jangan baca okay 😘 Don't forget to VOTE for more stories ❤ love xoxo AAD DANISH 🎃