PENUMPANG

215 19 0
                                    

Cerita ini adalah daripada seorang rakan saya yang juga merupakan bekas pelajar IPG. Tapi bukan IPG sama dengan saya. Dia belajar di sebuah IPG di bahagian utara juga dulu.

Sekarang dia dipostingkan di kawasan selatan tanah air. Dia pernah ceritakan kepada saya sebelum ini tentang pengalamannya bersama beberapa orang rakannya.

Pengalaman yang sangat menyeramkan dalam hidupnya. Saya rahsiakan nama dia. Sepanjang penceritaan saya akan menamakan dia sebagai Mi, bukan nama sebenar.

Kejadian ini berlaku beberapa tahun lepas ketika mereka masih menuntut di IPG tersebut.

Kawan saya Mi ni keluar berkelah dengan dua lagi kawan dia yang lain pada hujung minggu. Saya namakan kawan dia ni sebagai Pian dan Lan.

Tempat mereka berkelah ini pun saya rahsiakan. Tapi kalau anda google boleh je jumpa. Tempat ini adalah sebuah kawasan air terjun paling angker di negeri Kedah.

Biasalah orang muda. Kalau dah boleh melepak tu memang tak ingat dunia. Memang bising yang amat sebab seronok terlebih. Mereka lupa bahawa tindakan mereka itu sebenarnya bakal mendatangkan musibah kepada mereka semua.

Sepanjang mereka di air terjun tu takde apa-apa berlaku lagi. Tapi, bila mereka mula je nak balik, gangguan pun bermula.

Mula-mula ketika mereka mulakan perjalanan balik, tiba-tiba je kereta rasa berat semacam. Tapi takde seorang pun daripada mereka syak benda pelik.

Mereka ingat mungkin tu sebab masalah kereta kot. Jadi mereka buat tak tahu jelah. Mujurlah tak lama lepastu, kereta mereka okay semula.

Mereka pun drive lah balik dengan selamat. Tapi tak selamat lagi sebenarnya. Kawan saya Mi tu sebilik dengan Pian.

Malam tu, pukul 2 pagi macam tu, Mi terjaga sebab dikejutkan dengan suara teriakan Pian. Pian meracau macam orang tak betul. Dia menangis, meraung dan menjerit dengan kuat.

Bayangkan punya kuat suara dia sampai satu blok dengar. Satu blok datang ke bilik Mi untuk lihat apa yang terjadi.

Pian kerasukan. Mujurlah warden asrama yang juga merupakan seorang ustaz ditempatkan di asrama mereka tu. Ustaz tersebut pun terus datang untuk memberikan bantuan.

Setelah diruqyah dan dipaksa untuk berbicara akhirnya barulah makhluk yang berada dalam tubuh Pian untuk bercakap. Ustaz tu tanyalah kenapa dia masuk.

Makhluk tu pun jawab. Dia cakap si Pian tu ambil barang dia di air terjun siang tadi. Apabila ditanya barang apa, makhluk itu taknak jawab.

Akhir sekali makhluk itu pun bersetuju untuk keluar daripada tubuh Pian dengan syarat esok pagi mereka perlu letakkan semula barang yang diambil Pian itu di tempatnya semula.

Setelah makhluk tu keluar dan selesai semua serta Pian pun dah sedarkan diri semula, ustaz tu pun tanyalah Pian barang apa yang dia ambil.

Rupa-rupanya ketika di air terjun siang tadi, Pian ada ambil satu batu kecil bersaiz batu cincin yang dia jumpa di situ. Cantik warna batu tu. Bersinar lain macam.

Keesokan pagi, selepas Subuh, ustaz tu terus bawa mereka pergi ke air terjun tu semula untuk Pian letakkan kembali batu yang dia ambil dari situ.

Mujurlah selepas itu, tiada apa-apa lagi kejadian pelik-pelik terjadi. Apa pun, janganlah sesekali kita ambil barangan di merata tempat walaupun cantik macam mana sekalipun. Ingat, mungkin barangan itu ada penjaganya.

👻TAMAT👻

101 KISAH SERAMWhere stories live. Discover now