Aku ada kenal seorang perempuan di Kg Batu , rupa nya sangat cantik , jelita bak bidadari dan badannya persis anak dara walaupun umurnya mencecah 50an . Namanya Ayu . Tapi aku selalu mendengar khabar angin yang Ayu ni ada memakai sesuatu .
Aku tidak mudah percaya dengan kata kata orang kampung . Jadi aku dengan jiranku Piah berhasrat utk mengorek rahsia kecantikan Ayu yg sentiasa kekal Muda .
Kami berbuat baik dengan Ayu , memberi makanan , keluar ke pekan bersama sama . Pada suatu hari , ada khabar angin yg mengatakan Ayu pakai SUSUK . Kami agak terkejut dan tak menyangka .
Jadi aku membuat keputusan utk tahu apa pantang larang SUSUK ni dengan bidan kg sebelah .
Antara pantang pantang nya
Tak boleh makan sate
Tak boleh lalu bawa ampaian
Tak boleh makan pisang tanduk dan banyak lagi ...Aku bercadang dengan piah nk buat Sate dan bagi pada Ayu , kami mahu melihat reaksi Ayu .
Pada petang tu , setelah siap membakar sate , Aku ngn Piah terus bergegas pergi ke rumah Ayu . Setelah sampai aku terus bagi kepada Ayu sate itu , aku suruh dia rasa buatanku sendiri .
Pada mulanya dia tolak , kerana dia ckp dia tak makan daging , nasibla aku buat sate ayam jugak . Dia tak boleh nk mengelak jadi Ayu terpaksa makan .
Hbs je 2 lidi Ayu makan , Aku perasan dia ttba jadi panas dan mukanya merah menyala . Ayu terus menjerit kesakitan , aku dan Piah terkejut melihat dia begitu wajahnya terus berubah menjadi orng tua yg sangt hodoh .
Dan akhirnya Ayu mengaku bahawa dia telah mengamalkan SUSUK . Dia amat menyesal dengan perbuatannya .
~tamat~
YOU ARE READING
101 KISAH SERAM
HorrorAMARAN KERAS 💢 MENGANDUNGI FAKTA DAN CERITA SERAM 👻 Kepada siapa yang penakut jangan baca okay 😘 Don't forget to VOTE for more stories ❤ love xoxo AAD DANISH 🎃