3 tahun kemudian.
"Lisa, awak rasa Hyun balik tak? Hari ni anniversarry saya dengan dia. Yang ke-3." Sayu pertanyaan Roseanna kepada rakan baiknya, Lisa. Lisa yang sedang membancuh dua mug berisi air susu coklat mengeluh pendek.
"Berhentilah berharap, Rose. Dia tak akan datang. Percayalah. Awak lupakan jelah dia. Please." Kata Lisa. Roseanna menggeleng laju. Tangannya menampung dagu pada tepi tingkap. Matanya tetap memandang dengan penuh berharap pada pagar rumahnya. Menanti pagar itu terbuka dengan sendiri apabila ada kereta masuk.
"Kenapa dia cintakan saya kalau dia tinggalkan saya, Lisa? Kenapa dia buat saya macam ni?" Mendayu-dayu suara Roseanna menanya. Teresak-esak gadis ini menangis tanpa henti. 3 tahun hidup bersendirian, tetapi masih memegang status sebagai isteri orang.
Seperti tiada guna perkahwinan ini."Saya tak ada jawapan untuk soalan tu." Kata gadis kacaukan Thailand ini. Dia membawa dua mug yang terukir namanya dan Roseanna ke meja ruang tamu. Roseanna. Bangkit dari renungannya ke luar tingkap tadi. Lantas tubuh Lisa didakap erat.
"Saya rindukan dia, Lisa. Tapi saya dah penat nak berharap." Ujar Roseanna. Lisa menggosok belakang tubuh rakan baiknya ini perlahan-lahan. Sedih dia melihat Roseanna. Setiap hari menangis. Setiap malam meracau. Tetapi keadaannya sekarang tidaklah seteruk awal kehilangan Jung Hyun dulu. Dulu, Roseanna hampir bunuh diri kerana tertekan menunggu Jung Hyun. Sehinggakan Lisa terpaksa cuti tanpa gaji dari kerjanya sebagai seorang pramugari.
"Dahlah, Rose. Awak jangan terus macam ni. Dah 3 tahun. Tapi dia tak pernah langsung call atau message awak. Buat apa awak nak berharap lagi?" Tanya Lisa, lembut. Tangisan Roseanna reda sedikit.
"Betul ke dia dah lupakan saya?" Roseanna meleraikan pelukan. Lisa tidak menjawab. Wajah Roseanna yang sembab dengan air mata diseka dengan tangan. Tak henti mengalir air mata itu.
"Awak kena move on." Kata Lisa. Roseanna mencemik. Sedih lagi. Tangannya digenggam oleh Lisa. Kekuatannya datang dari Lisa.
"Macam.. macam mana kalau saya tak boleh?" Soal Roseanna. Lisa menggangguk laju.
"Awak boleh. Siapa cakap tak? Kalau awak keluar rumah, jalan-jalan, mesti rasa tenang. Lupakan dia. Ya?" Pujuk Lisa. Bersungguh dia memujuk supaya Roseanna bersetuju. Sudah terlalu lama Roseanna tidak keluar rumah. Musim sejuk pun dia langsung tidak menapak keluar. Jika tidak, gadis itu sahaja yang teruja dengan salji yang turun.
"Kalau saya tak boleh?"
"Awak boleh. Jangan putus asa." Tegas Lisa. Roseanna menunduk. Dia menangis lagi. Tubuh Lisa dipeluk lagi.
"Saya takut saya tak kuat, Lisa. Saya takut." Teresak Roseanna. Lisa pejamkan mata. Sakit hatinya dengan kelakuan Roseanna ini. Bukan sakit hati kerana marah, tetapi sakit kerana sedih. Kalau Jung Hyun ada depan matanya sekarang, sudah lama lelaki itu makan penampar sulungnya. Bukan calang-calang orang yang hendak dicabar ini. Jung Hyun salah orang.
"Dah, dah. Jangan menangis. Nanti, kita keluar ya? Kita pergi saloon, buat rambut. Lepas tu tengok wayang, pergi spa, shopping. Ya?" Pujuk Lisa lagi. Mendapat anggukan dari Roseanna, Lisa seperti mahu melompat riang. Akhirnya! Pujukannya jalan juga. Roseanna bakal menjalani hidup baru. Baguslah.
❤📍❤📍❤
Hari demi hari, Roseanna semakin berubah. Bukan setakat penampilannya sahaja, tetapi kelakuannya juga turut berubah. Lisa senang dengan perubahan ini. Tetapi dalam masa yang sama, dia risau kerana Roseanna kerap keluar pada waktu malam sendirian.
Roseanna memakai pakaian yang agak menonjolkan bentuk tubuhnya pada malam ini. Rambut coklatnya yang ditukar warna kepada coklat sedikit gelap. Subang mutiara dikenakan pada telinga. Solekan agak garang menjadi pilihan menyebabkan gadis 24 tahun ini kelihatan cantik sekali.
"Rosie, awak nak pergi mana ni? Dah malam." Tegur Lisa yang kebetulan melalui pintu bilik Roseanna untuk pergi ke kerja dalam jangka masa yang lama.
"Nak keluar sekejap. Awak dah nak pergi ke?" Soal Roseanna sambil menjinjit sepasang kasut tumit tinggi miliknya.
Lisa mengangguk. Matanya memandang seluruh tubuh Roseanna.
"Kat luar sejuk, Rose. Janganlah pakai macam ni." Kata Lisa. Roseanna senyum. Bahu rakannya dipeluk, kemudian dia berbisik.
"Jangan risau tentang saya. Saya selesa dengan hidup saya sekarang. Jadi tolong, sokong saya walau apa pun yang saya buat. Boleh?" Terdiam Lisa. Roseanna senyum lagi. Agak sinis, tetapi Lisa tahu, perubahan ini sebenarnya bukan Roseanna yang minta. Tetapi tekanan yang menyebabkan dia rasa ingin berubah.
"Jaga diri, Rose. Saya tak nak jadi apa-apa dekat awak." Kata Lisa. Roseanna senyum dan angguk. Tubuh Lisa dipeluk.
"Saya minta maaf, Lisa. Saya minta maaf." Ucap Rose. Lisa mengangguk-angguk.
"Buatlah apa-apa yang boleh bagi awak tenang. Saya sokong semua tu." Kata Lisa. Roseanna tersenyum sambil meleraikan pelukan pada tubuh Lisa.
"Terima kasih sebab faham saya."
"Tapi awak kena janji, awak jaga diri awak. Ya?" Pesan Lisa. Roseanna mengangguk. Dia tersenyum.
"Awak pun. Jaga diri." Lisa membalas dengan mengangguk. Roseanna terus keluar. Kasut tumit tingginya disarungkan pada kaki. Sling bag LV digayakan ke tubuh sebelum berjalan menuju ke kereta Honda Jazz miliknya. Sekelip mata sahaja kereta itu bergerak dan meninggalkan kawasan rumahnya ini.
Roseanna membawa diri dengan rasa tenang dan kosong. Dia rasa bersahaja dengan perubahannya sekarang. Dia rasa bukan Park Roseanna, isteri kepada Lee Jung Hyun. Tetapi dia adalah Park Roseanna, seorang gadis yang tiada apa-apa hubungan dengan sesiapa. Single.
Tetapi, sepanjang perjalanan itu, Roseanna menangis. Dia kembali terkenang nasib dirinya yang malang bersuamikan lelaki yang tak guna. Jung Hyun tak guna.
"Lee Jung Hyun tak guna! Argh!"
YOU ARE READING
[HIATUS] Playing Hard To Get You 너를 얻기 위해 열심히 놀고있어 (Rose BLACKPINK)
FanfictionLee Jung Hyun. Park Roseanna. Mereka berkahwin atas rasa cinta. Tapi entah di mana silapnya, lelaki itu pergi tanpa jejak. Tanpa ada bayang walau sekilas! Bertahun-tahun Roseanna menahan rasa rindu dan sakit. Menanti si suami datang ke pangkuannya...