Park Roseanna menanggalkan aksesori yang melekat pada kepalanya. Pin rambut yang berpuluh-puluh melekat perlahan-lahan ditarik. Tapi dalam masa yang sama, dia tersenyum melihat persalinannya di cermin.
Gaun pengantin berwarna putih, berlabuci dan kembang cantik.
"Hyun.." Roseanna memusingkan tubuh. Memandang wajah si lelaki yang baru beberapa jam tadi menjadi suaminya.
"My Rose...." Jung Hyun sengih. Tangannya memeluk pinggang Roseanna.
"What do you feel?" Soal Jung Hyun. Roseanna menunduk senyum. Di hujung senyumannya, dia tertawa.
"Saya tak ada jawapan untuk tu. Saya cuma rasa gembira je." Kata Roseanna, riang sekali nada itu. Sekelip mata tubuh Jung Hyun didakap erat. Jung Hyun tersenyum sambil mengusap rambut isterinya ini.
"Saya pun happy. Dapat juga kahwin dengan budak ni." Roseanna ketawa kecil. Dia mengambil nafas panjang.
"Saya tak akan sesekali tinggalkan awak, Hyun. Sekalipun awak pergi, saya akan kejar. Sekalipun awak jauh, saya akan dekat. Sekalipun awak hilang, saya akan cari. Saya janji."
Jung Hyun mati senyum mendengarnya. Tubuh mereka masih melekat. Malah makin merapat.
"Betul awak akan kejar saya walaupun saya pergi?" Jung Hyun menguji. Roseanna mengangguk.
"Ya. Sayakan bayang-bayang awak. Ke mana awak pergi, saya akan ikut. Walaupun tak ada matahari, tapi saya tetap akan jadi bayang-bayang awak." Kata Roseanna lagi. Jung Hyun pejamkan mata. Dia diserang rasa sebak.
"Terima kasih, sayang."
"Sama-sama. Emm.. esok, kita nak buat apa?" Tanya Roseanna. Jung Hyun menggumam panjang sebelum kedua belah bahunya diangkat. Tak tahu.
"Saya ingatkan, nak jalan-jalan dekat kawasan pantai. Main banana boat, mandi-mandi. Nak? Lepas tu kita pergi makan dekat Abalone Restaurant. Ya?" Cadang Roseanna. Kepalanya yang berada di dada bidang Jung Hyun terus terdongak meminta pendapat tentang cadangannya itu.
"Boleh je, sayang. Tapi Abalone Restaurant tu saya tak setuju. Awak makan sorang je."
"Alahhh.. lupa suami saya tak boleh makan seafood. Tak apalah, kita makan kat tempat lain je esok." Menyengih Jung Hyun mendengarnya. Kepalanya terangguk.
"Dah, pergi mandi. Saya nak keluar ke balkoni sekejap. Ambil angin." Ujar Jung Hyun. Roseanna tersenyum comel. Perlahan-lahan tubuh suaminya dilepaskan.
Gadis kacukan darah dari Australia ini memang memikat Jung Hyun sejak pertama kali mereka berjumpa. Tak henti Jung Hyun usaha, akhirnya dia berjaya.
"Janji tau esok kita keluar?" Roseanna kecilkan mata, jari telunjuk dihalakan comel pada muka Jung Hyun.
"Ya, kita keluar. Janji." Terhibur dengan wajah comel itu, Jung Hyun cuit hidung Roseanna. Roseanna sengih. Sekilas tubuh Jung Hyun dipeluk dan terus memyambung meleraikan ikatan rambutnya.
Jung Hyun menapak ke balkoni. Dia mengeluarkan vape dari poket. Ditemukan hujung penyedut dengan bibirnya sebelum disedut lembut. Kemudian dihembus asap yang berkepul-kepul keluar dari mulut. Tenang.
Matanya bergetar. Jelas, tidak tenang sekali renungan itu memandang ke luar. Makin galak tangan menciumkan hujung penyedut vape pada bibir. Berkepul asap keluar dari celah bibirnya. Berasap kawasan ini dengan bau yang berperisa. Salah satu tabiat Jung Hyun yang Roseanna sendiri tak boleh hentikan.
Iphone X dikeluarkan dari poket seluar. Kertas dinding skrinnya dipandang dengan wajah yang sedih. Nafas panjang terhela kuat.
Kuatkah dia? Mampukah dia? Sanggupkah dia pergi untuk menjaga hati si ibu tiri yang tidak pernah mengerti akan kemahuannya? Tetapi wanita itulah yang telah menjaganya selama 24 tahun ini. Wanita itulah yang sedaya-upaya mencari rezeki untuk teruskan hidup sehingga dia berjaya menjadi seorang pemandu helikopter peribadi milik seorang menteri wilayah Australia. Tetapi kerana ingin menjaga hati si ibu, dia terpaksa merahsiakan perkahwinannya ini bersama Roseanna. Dia tahu, ibunya pasti tidak merestui.
YOU ARE READING
[HIATUS] Playing Hard To Get You 너를 얻기 위해 열심히 놀고있어 (Rose BLACKPINK)
FanfictionLee Jung Hyun. Park Roseanna. Mereka berkahwin atas rasa cinta. Tapi entah di mana silapnya, lelaki itu pergi tanpa jejak. Tanpa ada bayang walau sekilas! Bertahun-tahun Roseanna menahan rasa rindu dan sakit. Menanti si suami datang ke pangkuannya...