"Roseanna in the house!" Jeritan-jeritan keriangan itu menyambut langkah Roseanna masuk ke dalam kelab malam terkemuka ini. Tersenyum Roseanna kerana disambut meriah begitu. Rakan-rakan gadisnya dipeluk seorang demi seorang.
"Tak nak hug I?" Soalan itu berbisik lembut pada telinga Roseanna apabila sesi peluk-memeluk tadi tamat sehingga Irene sahaja.
Roseanna menoleh laju. Terkejut wajahnya memandang lelaki ini. Lelaki itu tersenyum. Mengangkat kedua belah tangan, sedia untuk menerima pelukan dari lelaki ini.
"Oh my God. You Daniel, kan? Daniel, boyfriend Jennie masa dekat NZ dulu?" Soal Roseanna. Sesaat sahaja tubuh Daniel dipeluk. Tetapi Daniel melebih sedikit. Mahu berlama-lama gadis ini di dalam pelukannya.
"Yes. Tapi tu dulu. I dah putus dengan Jennie. Dah lama."
"Eh, since when? I tak tahu apa-apa pun. Jennie tak bagitahu." Kata Roseanna separuh kebingungan. Lelaki half korean yang tinggi lampai ini hampir menyamai ketinggian dengannya kerana dia memakai kasut tumit tinggi. Tetapi Daniel masih tinggi sedikit darinya.
"A year ago. Dahlah. Malas nak ingat lagi. Kita enjoy berdua je." Bisik Daniel, nakal. Roseanna sekadar tersenyum nipis sahaja. Dia mengambil tempat duduk di sebelah Irene.
"Kau minum tak?" Soal Irene. Roseanna menyandar sambil menggeleng.
"Tak kut. Tengoklah kalau rasa nak minum hari ni." Kata Roseanna, lembut menolak pelawaan Irene. Irene merapatkan tubuh dengan Roseanna.
"Come on, Rose. Lupakan semuanya. Hari ni kita minum sampai mabuk. Okey?" Kata Irene. Terpaksa berbisik pada telinga Roseanna kerana muzik tiba-tiba bertukar kencang dan lantang.
Roseanna ketawa. Dia tiada pilihan. Mudah dihasut dengan godaan Bae Irene yang lebih tua darinya ini. Irene juga pernah kecewa. Malah lebih teruk kerana perkahwinannya gagal. Inilah pengakhirannya. Irene berjimba, bergaul dengan semua lelaki. Hatinya tiada ketetapan. Sekejap dengan itu, sekejap dengan ini.
"Aku tak boleh balik tau kalau mabuk." Kata Roseanna sambil menyambut huluran gelas kecil berisi Margarita yang ada campuran garam sedikit pada gelas ini.
"Thank you."
"Enjoy. Lupakan semuanya." Kata Irene sambil tersenyum sinis. Roseanna meneguk sekali minuman berperisa lemon itu dengan rasa perisa yang keras dan perit pada tekak. Kuat.
"Hei," tegur Irene. Roseanna menoleh memandang Irene. Gelasnya kosong tadi kembali dipenuhi dengan Margarita lagi. Roseanna mendekatkan telinga pada bibir Irene.
"Apa dia?"
"Aku nampak lelaki tu asyik tengok kau je dari tadi." Kata Irene. Roseanna memandang ke tempat yang Irene pandang. Matanya mengecil, agak sukar untuk dia dapatkan perhatian yang tajam kerana lampu kelab yang sentiasa berubah arah.
"Mana? Aku tak jum..."
"Dia bangun, berjalan ke arah sini." Roseanna tajamkan pandangan. Dan ya... lelaki itu. Tinggi, rambut blonde, matanya tajam memandang Roseanna yang duduk di sofa ini. Roseanna menoleh ke arah Irene.
"Blonde tu ke?"
"Yes. Actually bukan hari ni je dia perhatikan kau. Semalam, semalamnya, kelmarin pun dia pandang kau je." Kata Irene. Meremang bulu roma Roseanna. Mula rasa kurang enak dengan kata-kata Irene.
"Aku nak pergi toi..."
"Hai Irene!" Roseanna terbantut terus hendak bangkit dari duduknya untuk ke tandas apabila lelaki itu datang menegur Irene. Irene mendongak, tersenyum memandang lelaki yang datang ke arah sini tadi. Roseanna meneguk Margarita lagi.
YOU ARE READING
[HIATUS] Playing Hard To Get You 너를 얻기 위해 열심히 놀고있어 (Rose BLACKPINK)
FanfictionLee Jung Hyun. Park Roseanna. Mereka berkahwin atas rasa cinta. Tapi entah di mana silapnya, lelaki itu pergi tanpa jejak. Tanpa ada bayang walau sekilas! Bertahun-tahun Roseanna menahan rasa rindu dan sakit. Menanti si suami datang ke pangkuannya...