Bab 3 📍

1.7K 252 2
                                    

"Apa dia buat hari ni?"

"Pergi kelab, lepas tu pergi ke puncak bukit." Kata si pemberi laporan kepada si majikan. Majikan yang sedang memandang luar melalui cermin dinding penthousenya yang ada di Australia ini terus memusingkan tubuh. Matanya terus memandang skrin komputer Apple sebesar lebih kurang 20 inci itu.

"Pergi ke kelab? Dia buat apa dekat sana?" Soalnya lagi.

"Enjoy. Saya nampak dia tak rapat dengan sesiapa pun kecuali Irene. Tapi tadi, ada dua orang lelaki cuba dekat dia. I mean, anak tunggal Presiden Kim Woo Jin." Balas si pemberi laporan. Terus membulat mata si majikan ini. Dia kembali duduk di kerusi pejabatnya. Mendengar laporan anak buah dengan lebih jelas.

"Eun Woo?"

"Ya."

"Apa jantan tu nak? Dia nak cuba goda Roseanna ke?" Jung Hyun ketap gigi. Rasa berapi seluruh kepala.

"Kim Eun Woo cuba nak dekat dengan Puan Rose, bos. Tapi Puan Rose tak dekat dengan dia. Dia terus keluar dan pergi ke puncak bukit." Kata si pemberi laporan tadi. Jung Hyun genggam penumbuk. Bibirnya mencarut. Sudah lama dia menahan rasa di Australia ini. Lusa, barulah dia pulang ke Korea semula setelah urusannya di Australia ini selesai.

"Ikut jejak Rose setiap masa. Jangan sampai terlepas." Kata Jung Hyun. Lelaki yang sedang bersemuka dengannya ini mengangguk faham.

"Baiklah, bos."

"Aku akan balik lusa. Esok, kau dah boleh jumpa Lisa untuk bagitahu semuanya. Sebab lusa, aku nak bawa Rose ke rumah aku." Kata Jung Hyun. Anak buahnya itu mengangguk akur.

"Baiklah. Ada apa-apa lagi, bos?" Jung Hyun menggeleng.

"Kalau macam tu, saya offline. Ada apa-apa, terus inform saya." Kata lelaki itu. Jung Hyun angguk. Terus talian dimatikan. Jung Hyun meraup wajahnya yang sudah lama tidak bercukur itu perlahan-lahan. Kumis-kumis mula tumbuh sehingga menampakkan wajahnya lebih maskulin dari tiga tahun lepas. Tetapi disebabkan rasa semangat hendak bertemu isteri tercinta, dia akan cukur wajahnya dahulu dan pulang ke Korea dengan aman.

Tuk! Tuk! Tuk!

Pintu bilik pejabatnya diketuk. Wajah saudara tirinya terjenguk di muka pintu itu.

"Yes, Auntie Lea?"

"Mommy kamu dah selamat dimakamkan." Beritahu Auntie Lea dengan esakan halus. Jung Hyun mengangguk tanpa perasaan. Bukan apa, dia sebenarnya masih terkilan dengan berita mengejut ini. Mommynya meninggal dunia kerana mempunyai breast cancer stage 4 yang dirahsiakan oleh Auntie Lea sehingga mommynya menghembuskan nafas terakhir. Meradang teruk Jung Hyun semalam.

"Jung Hyun, I'm sorry, dear. Auntie langsung tak berniat nak rahsiakan. Tapi ini permintaan mommy. Auntie tunaikan." Kata Auntie Lea. Wanita 54 tahun itu masuk ke dalam bilik ini dan mendapatkan Jung Hyun. Jung Hyun masih kaku di kerusi. Dia sedih.

"Tapi mommy sakit dah dua tahun. Kenapa baru sekarang saya tahu? Teruk sangat ke saya ni sampai tak boleh nak tahu kesihatan mommy saya? Walaupun dia bukan ibu kandung saya, tapi saya dah anggap dia macam ibu kandung saya sendiri. Salah ke?" Soal Jung Hyun geram. Auntie Lea menggeleng menidakkan tuduhan tersebut. Tangan Jung Hyun digenggam erat.

"Mommy sebenarnya tak nak kamu risau. Mommy nak sangat tengok kamu dengan Wendy kahwin. Lepas dia dah tengok kamu berdua kahwin, dia gembira."

"Saya tak pernah gembira dengan perkahwinan tu." Bergetar bibir Jung Hyun tuturkan ayat tersebut. Auntie Lea mengangguk setuju.

"Ya, sebab penipuan Wendy jadikan kamu sebagai kambing hitamlah, mommy mula murung, sakit, kerap tak bersemangat. Dia ingatkan, bila kamu dengan Wendy bersatu, dia dapatlah rasa bahagia tu sekali dan nak bagitahu perihal sakit tu. Tapi tiba-tiba kita dapat tahu Wendy gugur malam lepas seminggu kahwin tu, dia terus terbantut niat." Kata Auntie Lea. Terus terbayang semula Jung Hyun tentang perkara itu. Kisah silam yang berlaku setibanya dia di Australia ini.

[HIATUS] Playing Hard To Get You 너를 얻기 위해 열심히 놀고있어 (Rose BLACKPINK)Where stories live. Discover now