Bab 7 📍

2K 243 7
                                    

Roseanna cantik berpakaian cukup elegent dan memukau pada malam ini. Gincu merah gelap dicalit sehingga menaikkan wajahnya yang cantik itu. Selesai menyiapkan diri, Roseanna keluar bilik untuk mencari Lisa.

"Sa? Lisa?"

"Dapur!" Mendengar suara itu, Roseanna melangkah ke dapur. Seperti biasa, tangannya menjinjit sepasang kasut tumit tinggi 5 inci untuk dipadankan dengan pakaiannya hari ini.

"Saya pergi dulu tau." Ujar Roseanna. Lisa yang sedang membelah epal hijau mengangkat kepalanya.

"Kejap, ambil ni dulu." Arah Lisa lalu sepotong epal dihulur kepada Roseanna. Roseanna tersenyum. Lantas diambil epal itu menggunakan mulutnya. Lisa jeling.

"Amboi, hilang tangan dah?" Roseanna sengih. Kedua belah tangannya yang penuh dengan barang ditunjuk.

"Awak balik pukul berapa nanti?" Soal Lisa. Terhenti sekejap tangannya memotong epal. Gigi masih mengetap epal hijau yang dipotongnya tadi.

"Emm.. tak tahu lagi. Jangan tunggu sayalah." Lisa akur mengangguk. Dia tidak risau kerana Roseanna bakal 'dijaga' oleh orang lain nanti. Sebab itulah dia tidak bertanya lebih atau ragu-ragu.

"Yelah, jaga diri tau." Pesan Lisa. Roseanna tersenyum mengangguk. Sekilas tubuh Lisa didakap. Kemudian lembut Roseanna berbisik.

"Saya dah boleh move on. Saya dah lupakan dia." Terkedu Lisa. Tiada senyuman terbit dari bibirnya. Roseanna lepaskan pelukan bersama senyuman manis di bibir. Lisa nampak.. kegembiraan pada anak mata Roseanna. Sungguh, gadis ini benar-benar sudah lupa tentang perkara yang pernah terjadi dulu.

"Betul?" Tanya Lisa. Roseanna mengangguk.

"Ya. Saya dah tak mimpi apa-apa dah." Kata Roseanna. Lisa tidak tahu hendak memberikan reaksi yang bagaimana. Jika dulu, dia yang beria menyuruh Roseanna lupakan suaminya itu. Tetapi setelah mendengar hal yang sebenar, Lisa jadi serba salah. Dia dalam dilema.

"Baguslah kalau macam tu."

"Terima kasih sebab bagi saya sokongan selama ni. Saya sayang awak sangat, Lisa. Awak dah tolong saya lupakan dia." Roseanna kembali peluk Lisa. Lebih erat. Lisa mengusap belakang tubuh Roseanna.

"Sama-sama. Kitakan kawan?"

"Ya. Saya percayakan awak. Siaplah awak kalau ada sorok apa-apa dari saya. Saya tak nak kawan awak dah." Kedengaran agak kebudak-budakkan, tetapi bulu roma Lisa sudah berdiri tegak mendengarnya. Bagaikan petanda bahawa Roseanna bakal mengamuk jika tahu dia sudah tahu semuanya. Semuanya!

"Nak epal lagi?" Tanya Lisa. Roseanna menggeleng.

"Tak naklah. Saya pergi dulu tau."

"Okey. Take care." Lisa melambai tangan. Roseanna membalas lambaian itu. Keluar sahaja Roseanna dari pintu rumah, Lisa terus berlari ke mendapatkan telefon bimbitnya. Nombor telefon Jung Hyun didail.

Tidak sampai beberapa saat, sudah diangkat.

"Helo, Lisa."

"Jung Hyun, dia dah keluar rumah. Tapi..." tak sempat Jung Hyun hendak membalas rasa gembira, suara Lisa kembali menyambung.

"Kenapa, Lisa? Ada jadi apa-apa dekat Rose ke?"

Lisa menunduk. Mengeluh. Dia terpaksa bagitahu untuk menjadikan Jung Hyun lebih bersedia dengan segala kemungkinan yang akan berlaku.

"Dia dah lupakan kau. Dia dah move on."

❤📍❤📍

"Rose! Kau datang pun!" Irene berlari kecil mendapatkan rakan barunya ini setelah masuk ke dalam perut kelab malam. Roseanna memeluk tubuh Irene dan dipeluk erat. Kemudian hadiah yang sentiasa berada di tangannya tadi terus dihempuk lembut pada tangan Irene.

[HIATUS] Playing Hard To Get You 너를 얻기 위해 열심히 놀고있어 (Rose BLACKPINK)Where stories live. Discover now