Roseanna tersedar dari lenanya buat kali ke tiga. Kali ini jam menunjukkan angka 5 pagi. Akhirnya! Dah pagi. Dia terlalu bersalah untuk mengejutkan Jung Hyun untuk meminta maaf. Banyak kali dia sedarkan diri dalam keadaan tidur yang tidak lena semata-mata untuk menunggu Jung Hyun sedar dan waktu pagi.
Tetapi pagi ini, ada sesuatu yang lain berlaku. Roseanna menoleh ke kanan. Katil kosong. Bermakna, Jung Hyun tiada.
Buat sekian kalinya Roseanna kecewa. Marahkah dia? Sehingga tidak melihat langsung Jung Hyun sedar sejak balik malam tadi. Roseanna ketuk kepala banyak kali.
"Bodohnya kau, Rose!" Roseanna duduk. Dia turun dari katil untuk mencari kelibat Jung Hyun. Di tandas tiada, di balkoni tiada. Tangan mencekak pinggang. Mula fikir yang bukan-bukan. Beginilah rasa takutnya ketika Jung Hyun pergi 3 tahun yang lepas. Tetapi rasa takutnya itu tidak lebih dari rasa bersalah. Kali ini memang salahnya. Dia mengaku, memang salahnya. Tapi di mana Jung Hyun?
Roseanna terkontang-kanting sendirian selama beberapa jam. Dari pagi sehingga jam 2 petang, Roseanna langsung tak mandi, tak makan. Risaukan Jung Hyun. Berkali-kali juga Roseanna mendail, tetapi tiada langsung sahutan. Hanya masuk peti suara. Tetapi sekurang-kurangnya dia lega. Jung Hyun tak sekat nombornya.
Rasa bersalah terus menyelubungi Roseanna sehinggalah telinganya terdengar bunyi getaran telefon bimbitnya yang berada di dalam poket baju tidur. Pantas telefon bimbitnya dan menatap terus skrin telefon. Berkerut dahi Roseanna. Nombor yang tiada nama ini bukan pemilik nombor individu. Tetapi nombor pejabat.
"Haih.. siapa ni?" Keluh Roseanna. Tetapi diangkat juga panggilan itu.
"Helo."
"Helo, selamat petang. Puan Kim Rose ada?" Soal seorang wanita dari hujung talian. Roseanna kehairanan.
"Ya. Saya bercakap. Siapa ya?"
"Oh. Macam ni puan, saya jururawat dari Hospital Hansung. Saya nak sampaikan berita yang suami puan, Tuan Kim Jung Hyun ada dekat emergency ward sekarang ni. Dia kemalangan."
"Apa?!" Roseanna terkedu. Menganga mulutnya kerana terkejut. Tangan menekup mulut yang ternganga.
"Macam.. macam mana boleh kemalangan?! Saya... oh my God, Jung Hyun. I'm sorry." Bertakung air mata Roseanna dibuatnya. Dia bingung dan terkejut dengan berita ini. Tapi dalam masa yang sama dia takut.
"Puan bertenang. Sekarang keadaan suami puan dah stabil. Cuma dia masih dalam tidur lagi sebab doktor jahit bahagian bahu yang cedera sikit. Kalau puan nak datang, boleh datang sekarang. Sebab doktor nak pindahkan suami puan ke wad biasa." Terang jururawat tersebut.
"Terima kasih, nurse. Saya datang sekarang." Roseanna terus berdiri tegak. Sudah bersedia untuk mempersiapkan dirinya ke hospital. Dalam fikirannya sekarang hanyalah Jung Hyun. Jung Hyun dan Jung Hyun.
❤📍❤📍
Kelam kabut Roseanna mematikan enjin kereta dan keluar. Bergegas dia melangkah besar menuju ke wad pesakit kecemasan untuk mendapatkan suaminya. Sungguh, pada ketika ini hanya wajah dan nama Jung Hyun sahaja yang terlintas di minda. Kelakuan buruknya terhadap Jung Hyun serta-merta berbekas rasa kesal dalam hati. Ya Tuhan.. adakah ini khilaf yang telah dibuat terhadap Jung Hyun tempoh hari?
"Eh, puan! Cari siapa ya?"
"Ermm.. suami saya. Kim Jung Hyun." Jelas Roseanna.
"Oh! Puan Rose ya?"
"Ya, saya."
"Okey, suami puan dah dipindahkan ke wad sebab ada pesakit lain nak masuk emergencg ward tadi. So puan naik tingkat 3, Wad Bunga. Kat situ." Ujar jururawat tersebut. Roseanna pantas mengangguk. Selepas mengucapkan kata terima kasih, pantas dia berlari menuju ke wad yang dikatakan oleh jururawat itu. Entah kenapa, dia rasa bagai dihambat rasa bersalah yang amat sangat. Air matanya terlalu murah untuk bertakung dan mengalir. Dia kesal dengan perbuatan sendiri yang hendak mempertahankan ego daripada maruah suami.
YOU ARE READING
[HIATUS] Playing Hard To Get You 너를 얻기 위해 열심히 놀고있어 (Rose BLACKPINK)
FanficLee Jung Hyun. Park Roseanna. Mereka berkahwin atas rasa cinta. Tapi entah di mana silapnya, lelaki itu pergi tanpa jejak. Tanpa ada bayang walau sekilas! Bertahun-tahun Roseanna menahan rasa rindu dan sakit. Menanti si suami datang ke pangkuannya...