Tajam renungan mata Roseanna memandang Jung Hyun yang bersahaja turun dari tingkat atas. Dia memeluk tubuh, berdiri di hadapan pintu rumah. Pintu memang berkunci. Tak boleh langsung dia hendak keluar dari rumah agam ini.
“Kalau nak mandi, naik atas. Ni rumah awak, sayang. Rose’s Mansion. Semua reka bentuk rumah ni, awak sendiri yang buat. Janganlah tercegat macam ni.” Kata Jung Hyun, memujuk. Roseanna berdecit. Panas telinganya. Berdesing kerana meluat.
“Aku tak nak duduk sini. Kau faham tak?” Roseanna mencuba nasib. Dia memandang Jung Hyun yang sudah pun mandi ini. Kacak seperti biasa walaupun sekadar mengenakan pakaian biasa di tubuh. Kasual yang hanya untuk di rumah.
“Kita nak makan kat luar atau kita nak masak sama-sama?”
“Aku tak ada masa nak buat semua tu. Aku nak balik. Buka pintu ni sekarang.” Arah Roseanna, tegas dan keras. Tetapi apa yang dia terima cumalah sekadar senyuman dan kenyitan mata sahaja sebelum lelaki itu beredar ke dapur dengan niat hendak menaikkan darah gadis cantik ini.
“Awak naik atas, mandi. Semua baju ada dalam wadrobe. Pakai je mana-mana yang awak suka. Saya kat bawah, nak siapkan makanan sekejap. Spageti je boleh?” Semakin panas Roseanna dibuatnya. Dia melangkah laju mendekati suaminya ini sebelum tangan lelaki itu diraih dan dipusingkan tubuh Jung Hyun supaya menghadapnya. Wajah Jung Hyun…
Argh!
Langsung tak bersalah. Malah tersenyum.
“Kenapa, yang?”
“Aku, tak nak hidup dengan kau. Boleh tak kau lepaskan je aku?” Soal Roseanna, geram. Jung Hyun cuma senyum sebelum dahi Roseanna dicium. Roseanna pejam mata tanda geram. Dilepaskan tangan Jung Hyun kasar.
“Cepat, naik atas.”
“Urgh!!!” Roseanna angkat kaki juga dengan hentakan geram pada lantai. Jung Hyun tersenyum simpul. Terhibur melihat Roseanna yang comel sungguh pada matanya walaupun hubungan mereka masih belum reda panasnya.
Jung Hyun mula menyediakan hidangan ringkasnya bersama Roseanna. Daging hancur, cendawan butang, serta satu tin pes sos spageti diambil dari dalam peti ais yang baru sahaja terisi beberapa hari ini. Kemudian sebungkus mi spageti dicapai dari kabinet atas kepalanya. Sekejap sahaja tangan Jung Hyun bekerja mencelur mi tersebut.Memasak bukanlah kemahirannya. Tetapi duduk di Australia, menjadikan dia tahu untuk sara hidup sendiri. Setakat makan nak hidup tu, celah gigi sahaja.
Setelah selesai memasak kuah spageti, mi spageti tadi diangkat dan ditos sebelum dihidangkan di atas dua pinggan. Kuah spageti itu disiram di atas mi dan taburan keju diletak di atasnya. Ringkas dan siap!
Jung Hyun letakkan dua pinggang tersebut di atas meja. Sambil itu kepalanya mendongak memandang tangga. Belum siap lagi agaknya. Biarkan. Jung Hyun tutupkan kedua hidangan itu dengan tudung saji kecil sebelum dia naik ke atas. Pintu biliknya dipulas. Terus dia ternampak pakaian Roseanna di atas katil. Kemudian terdengar bunyi air semburan dalam bilik mandi. Tersenyum Jung Hyun dengan helaian nafas lega.
Kaki Jung Hyun begerak ke meja solek. Laci meja itu ditarik sebelum dikeluarkan ‘peneman’nya. Vape. Vanila strawberi kegemarannya menjadi perisa alat elektronik itu. Ditemukan hujung penyedut pada bibirnya sebelum disedut dalam nafas yang pendek. Berkepul-kepul asap keluar dari mulut dan hidung.
Jung Hyun mula khayal. Dia berjalan ke katil dan hempaskan tubuh. Mata tepejam, sementara mulut mula membentuk asap berbentuk ‘O’. Terus semerbak bau vanila dan strawberi di dalam bilik ini.
Khayal.
Sunyi.
Bahagia.
“Damn! What are you doing here, Jung Hyun?! Get out!” Tersentak bahu Jung Hyun dibuatnya apabila terdengar jeritan maut dari isterinya itu. Jung Hyun naikkan kepala memandang pintu tandas yang dibuka suku. Dari jauh lagi dia sudah lihat sepasang mata Roseanna sedang menikam anak matanya tajam.
YOU ARE READING
[HIATUS] Playing Hard To Get You 너를 얻기 위해 열심히 놀고있어 (Rose BLACKPINK)
FanficLee Jung Hyun. Park Roseanna. Mereka berkahwin atas rasa cinta. Tapi entah di mana silapnya, lelaki itu pergi tanpa jejak. Tanpa ada bayang walau sekilas! Bertahun-tahun Roseanna menahan rasa rindu dan sakit. Menanti si suami datang ke pangkuannya...