Bab 5 📍

1.7K 230 14
                                    

Honda Jazz milik Roseanna ini sudah beberapa kali tersengguk-sengguk apabila punat Start ditekan. Roseanna mula hendak mengeluh berat dan penat. Sudahlah dia tertidur di pejabat tadi, sekarang dia masih mengantuk, kereta pula buat hal. Bateri telefon pula mati.

"Urgh!!!" Roseanna hentak stereng. Kepala mencecah roda kawal itu. Memikirkan jalan penyelesaian masalahnya ini.

Tuk! Tuk! Tuk!

Roseanna terus angkat kepala memandang cermin apabila telinganya terdengar cermin keretanya diketuk. Buat sekian kalinya, Roseanna hendak mengamuk satu dunia.

JANTAN NI NAK APA LAGI?!

Roseanna tidak turunkan cermin. Malah dibiarkan sahaja Eun Woo memandangnya dari luar. Cermin tingkapnya gelap. Jadi hanya dia dapat melihat wajah cuak Eun Woo dari luar.

"Kereta you rosak ke?" Soal Eun Woo. Roseanna menjeling. Masih dengar. Stressnya! Roseanna turunkan juga cermin keretanya. Tapi sedikit.

"Ya. Kenapa you tak balik lagi?" Soal Roseanna. Eun Woo senyum.

"I main badminton tadi dengan kawan-kawan I. Kebetulan I tak bawa kereta ke sana, I tinggalkan kat sini. Tu ternampak kereta you kat sini, I datang dekat. Rosak eah?" Roseanna angguk. Tiada jalan lain dah. Semakin dia jauh, semakin lelaki ini sibuk hendak mendekat.

"Okey, kalau macam tu. Biar I hantar you balik. Dah lewat malam ni. Bahaya kat luar." Kata Eun Woo. Roseanna gigit bibir. Berfikir sejenak sebelum membuat keputusan.

Eun Woo yang faham pelawaannya lambat diterima tersenyum kecil. Hatinya terdetik, gadis ini sangat pandai menjaga diri. Tidak mudah menerima pertolongan orang yang tidak dikenalinya. Eun Woo semakin sukakan Roseanna.

"Kalau I ikut you balik, kereta I macam mana? Tak apalah. I stay office je. You pun mesti penatkan balik dari main badminton? You baliklah. I..."

"Roseanna, jom. I okey. Lagipun I jarang balik awal macam ni. Untung you tau." Kata Eun Woo. Roseanna mengeluh, mengembungkan kedua belah pipinya. Stress dia dibuatnya.

"Betul ni tak susahkan you?"

"Tak. I yang rela."

Roseanna akhirnya mengalah. Dia akur dan keluar dari kereta setelah kunci dan beg galas dibawa keluar. Eun Woo senyum gembira. Pelawaannya diterima.

"Tu, kereta I." Eun Woo menghalakan tangannya ke arah sebuah kereta Mercedez Benz hitam yang terparking elok di bawah pokok. Roseanna mengangguk dan mengikut langkah kaki Eun Woo ke kereta itu.

"Sini, I tolong bawa beg you." Pelawa Eun Woo lagi lalu terus dia mengambil beg galas Roseanna dari tangan gadis manis ini. Roseanna belum sempat berkata apa-apa. Tetapi lelaki itu sudah pun membawa begnya masuk ke dalam kereta.

"Let's go." Eun Woo dan Roseanna sama-sama masuk ke dalam perut kereta. Roseanna senyap. Lelaki yang ikhlas melemparkan senyumannya itu sekadar dibiarkan tanpa wujud.

"Rumah you dekat mana?" Soal Eun Woo sambil perlahan-lahan mengeluarkan keretanya dari kotak parking. Roseanna menoleh ke arah Eun Woo.

"Donghuk-ri street, No.12." Ujar Roseanna. Eun Woo mengangguk-angguk. Jalan yang agak lengang menyebabkan pergerakan kereta Eun Woo tenang sahaja. Muzik yang dipasang menjadi bahan alasan Roseanna untuk terus senyap. Fokus pada jalan raya kerana telefon bimbit kehabisan bateri.

"You memang pendiam eah? Senyap je. Laju ke I drive?" Soal Eun Woo, memecahkan kesunyian. Roseanna terangkat kening. Kepalanya menggeleng perlahan.

[HIATUS] Playing Hard To Get You 너를 얻기 위해 열심히 놀고있어 (Rose BLACKPINK)Where stories live. Discover now