Prolog

1.2K 72 1
                                    

Prolog I

"Jangan lama sangat duduk dalam kolam itu. Nanti kecut." Ujar suara keibuan milik mama mereka. Airil dan Airis sekadar mengangkat tangan tumbs up masing-masing.

Sejak pulang ke rumah, boleh dikatakan tiga hari sekali mesti Airil mengajak mama mereka berlatih bersama. Serius dia tidak terfikir pun mamanya seorang yang sangat hebat menggunakan kuasa maya. Mamanya boleh mengawal kuasa Maya dengan sangat mudah. Patutlah Airis cepat sahaja belajar dengan mama dulu. Atau kelebihan mama itu disebabkan benda ini? Airil merenung tanda yang dilindungi oleh sarung ditangannya.
Patutlah masa kecil-kecil dulu, mama dan papa selalu ingatkan supaya jangan pernah tunjukkan tanda itu pada sesiapa pun. Rahsia itu hanya dia dan seluruh keluarganya sahaja yang tahu. Sahabat-sahabat baiknya juga tidak pernah tahu.
Airis mencampakkan tuala ke arah Airil yang dilihatnya sedang berangan merenung lengan sendiri.

"Airis..." Suara Airil bergetar amaran. Sejak dia mula rapat dengan Airis, dia dapat merumuskan suatu benda. Kepala Airis memang jauh lebih tiga suku berbanding dia. Tapi tiga suku Airis masih boleh diterima pakai.

Airis melepaskan tawanya. "Apalah yang Ril tenungkan. Tanda itu tidak akan hilang. Percayalah."

"Kau tahu kenapa mama bersungguh sangat suruh kita semua tutup tanda ini?" Soal Airil tiba-tiba.

Airis angkat bahu. "Ris tak tahu kenapa tapi Ris hormat arahan mama dan papa."

"Kau tak teringin nak tahu ke? Mana tahu ada rahsia besar dibalik tanda yang ada di lengan tangan kanan kita adik-baradik. Semua ada tanda ini walau mereka tiada kuasa Maya. Kau tidak teringin tahu kenapa ke?" Airil cuba menduga Airis.

Sambil mengelap rambutnya yang basah. "Teringin gila nak tahu. Pernah juga Ris dan abang Af tanya mama dan papa tapi mesti mereka akan ingatkan balik supaya tutup tanda itu walau di mana pun kita berada. Katanya tanda itu akan mengubah hidup kita semua kalau ada orang yang tidak sepatutnya tahu."

Airil angguk. "Memang akan mengubah hidup kita pun."

Bulat mata Airis mendengarnya. "Jangan cakap yang Ril dah tahu apa maksudnya. Betulkan?"

Sekali lagi Airil menganggukkan kepalanya. "Memang aku dah tahu. Dan tahun depan kau bakal tahu juga. Tapi ingat pesan mama dan papa jangan beritahu sesiapa pun termasuklah Daniel kesayangan kau itu." Sempat lagi dia memerli adiknya.

Airis mengerutkan dahinya. "Apa maksud Ril? Ris tak fahamlah."

"Kau bakal faham tahun depan."

"Airil!" Panggil Airis tidak puas hati.

"Tapi aku pelik kenapa mama boleh berkahwin dengan papa. Papa tahu ke siapa sebenarnya mama? Mereka kahwin dengan restu keluarga mama ke? Aku tak percaya kalau keluarga mama akan beri restu pada perkahwinan mama dan papa. Kau pernah jumpa ke keluarga mama? Mereka pernah datang sini?" Sekali lagi Airil merepek sesuatu yang tidak Airis fahami.

Airis menggaru kulit kepalanya. "Apa yang kau merepek ini mamat senget kepala batu? Satu pun Ris tak faham. Restu? Keluarga mama? Aduh! cakap itu biarlah jelas sikit."

"Keluarga mama pernah datang sini ke?" Soal Airil sekali lagi tanpa mempedulikan kebingungan yang Airis rasakan.

"Tak pernah terfikir pun tentang mereka. Mama dan papa tak pernah sebut pun pasal mereka. Yang Ris tahu, kita hanya ada aunty Amnina sahaja. Dia satu-satunya adik papa dan dia tidak tinggal di Malaysia. Dia ikut suaminya kerja di Jepun. Atuk dan nenek belah papa sudah lama meninggal dunia masa umur kita dalam sembilan ke sepuluh tahun. Itu saja yang Ris tahu. Dan sudah tentunya keluarga belah mama tak pernah datang sini."

AJARKAN AKU ERTI BAHAGIA (prekuel Aduhai Si Kembar)Where stories live. Discover now