Bab 18

283 34 0
                                    


Fitri Balqis

‘Masa lalu. Jauh bukan? Bermimpi untuk kembali padanya pun mustahil, apatah lagi menginginkan nya kembali.’

Fitri mengerang kesakitan apabila sekali lagi mulutnya memuntahkan darah. Sakitnya memang tidak terperi lagi. Rasa seperti ditoreh isi perutnya dengan sesuatu. Fitri memegang perutnya sambil membengkokkan tubuhnya memeluk kaki bagi menahan rasa sakit itu. Dia tahu inilah balasannya kalau dia cuba melanggar arahan mereka. Hampir sahaja tadi Arya tumbang ditangannya dan bukannya Tuan Ikram.

Seseorang menarik rambut Fitri supaya dia bangun dari pembaringannya tadi. “Kau memang degil Fitri. Kau lebih mengikut keinginan kau dari arahan aku.”

“Apa yang kau nak lagi? Aku dah pun bunuh dia!” Balas Fitri sambil menahan rasa sakit di kepalanya. “Sakitlah Arya! Lepaskan aku.”

“Kau bunuh dia? Ya, memang kau yang bunuh dia tapi secara tidak sengaja. Kau sebenarnya mahu bunuh akukan? Mungkin rasa sayang kau pada Firyal dah hilang.” Arya melepaskan rambut Fitri dan memberi arahan pada seseorang untuk menarik Fitri ke dalam penjara yang berada ditingkat bawah. “Disebabkan rasa sayang kau pada Firyal dah hilang, kau dan dia tidak akan dilepaskan seperti apa yang kita putuskan dulu.” Dia menolak Fitri jatuh ke sisi Firyal.

“Arya! Kau penipu! Aku dah buat semua yang kau suruh dulu. Aku curi fail Hunter dan aku dah bunuh Tuan Ikram. Cuma Kristal Maya sahaja aku tak jumpa. Janganlah buat aku macam ini. Bebaskan kami.” Fitri merayu. Air matanya melimpah deras. Impianya untuk hidup bebas dari penjara Hunter ini, berkecai bagai terhempasnya kaca ke lantai.

Arya tersengih sinis mendengar rayuan Fitri. Dia menarik kolar baju Fitri. “Fitri Balqis kau memang bendul dan lurus. Memang kau berjaya selesaikan dua dari tiga misi kau tapi kau dah lupa ayat yang telah aku katakan pada Tuan Ikram? ‘Sekali seseorang itu terlibat dengan Hunter selamanya dia terlibat’.” Dia melepaskan tarikannya dan melibas kolar baju Fitri seolah ingin membuang kotoran yang ada. “Jadinya jangan mimpi kau boleh lari atau keluar dari sini.”

Fitri geleng. “Penipu!”

“Kau terlampau lurus Fitri. Hati kau terlampau suci untuk terfikir benda-benda seperti ini. Sehingga kau tak perasan yang kau sedang dipergunakan oleh aku. Ya. Kau memang pewaris takhta WaterMaya. Kerajaan diraja yang sangat gah suatu ketika dahulu. Tapi kalau kau keluar dari sini tak mungkin walau sekali kau jumpa kerajaan itu, yang tinggal hanya kesan kemusnahan dari letupan tujuh belas tahun lepas sahaja. Habis kau nak naik takhta apa kalau takhta kau dulu itu dah tak wujud lagi?” Sangat sinis tutur kata yang Arya lontarkan. “Aku lupa nak cerita pada kau apa yang sudah berlaku pada Am dua tahun lepas.”

Fitri mengerutkan dahinya.

“Kesian dia. Waktu Furqan lari dari penjara Hunter dua tahun lepas, semua orang terus tunding jari pada dia sebabnya dia sangat rapat dengan kau. Boleh dikatakan hampir tiap hari dia ke sini untuk berjumpa dengan kau, jadi apabila Furqan lari memang dialah orang pertama yang dituduh bersubahat. Tambahan pula, aku sendiri terdengar dia akan cuba bebaskan kau dan Firyal. Aku apa lagi, ceritalah semuanya pada ayah aku. Kau nak tahu apa yang terjadi pada Am?
Teruk dia diseksa oleh ayah aku, hampir sahaja dia dibunuh oleh ayah kandung sendiri. Kesiankan? Kau nak tahu kenapa ayah aku marah sangat? Sebabnya orang yang cuba Am bebaskan ialah kau, Fitri Balqis. Takkan kau dah lupa setiap orang yang cuba bebaskan kau, dipengakhiran hidupnya dia akan dibunuh oleh ayah aku. Sama seperti ayah Is dan ibu Ulya kau. Nasib baik hati aku ada rasa sayang gila dekat satu-satunya abang aku itu, aku pujuk ayah aku supaya bebaskan Am tetapi ayah aku bagi syarat. Sama ada dia dibebaskan dengan cara dibunuh orang lain atau pun dia dibebaskan dengan cara dibuang Hunter. Jadinya aku pilih supaya dia dibebaskan dengan cara dibuang Hunter.”

AJARKAN AKU ERTI BAHAGIA (prekuel Aduhai Si Kembar)Where stories live. Discover now