Bab 2

500 50 0
                                    


Dunia baru

‘As you awaken from the dream of an unknown world. Spread your wings and take off.’

Cantik! Aku tidak pernah melihatnya sebelum ini. Birunya yang pernah diceritakan. Putihnya awan yang berarak selari dengan angin yang bertiup mengikut iramanya yang tersendiri. Bau yang sangat unik yang keluar dari tumbuh-tumbuhan yang berada disekeliling. Aku memang tidak pernah melihatnya.

Matanya dia alihkan ke arah dua insan yang baru sahaja dikenalinya beberapa minggu lepas. Mereka ialah insan yang telah mengubah persepsi aku terhadap kejamnya kehidupan ini dan mereka telah membuat aku merasai manisnya perhubungan.

Airis adalah nama yang dihadiahkan mereka kepada aku. Bunga Airis pun aku tidak pernah tengok sebenarnya. Perlu ke mereka melayan aku sebaik ini? Masih segar bermain ditelinganya nasihat yang diberikan doktor Iman semalam. ‘Airis kalau orang tanya kamu, kamu dari district mana? kamu kena jawab kamu dari district 9 Akira Maya. Akira Maya ini ada sembilan districts keseluruhannya dan tempat tinggal kita sekarang ini adalah Pusat Bandar Akira Maya namanya. Dan kalau ada orang tanya apa hubungan kamu dengan Yumna dan Yusra, kamu jawab sepupu.
Faham?’ Masa itu aku hanya pandai mengangguk.
Akira Maya? Ini rupanya Akira Maya. Aku tidak pernah terfikir pun untuk sampai ke sini. Sama sekali tidak.

“Jauh termenung?” Tegur Yusra tiba-tiba. Sejak dari dia sedar dia tidak pernah tersenyum. Agaknya apa yang selalu bermain difikiran budak ini. Dia kelihatan begitu teruja dengan dunia luar. Dia akan mengambil masa yang agak lama untuk mengalihkan pandangannya pada sesuatu yang baru dilihatnya. Tapi yang menghairankan langit, pokok dan sungai pun dia tengok seperti dia tidak pernah melihat.

Airis sekadar menggeleng.

“Kau teruja tengok awan?” Yusra cuba bertanya.

Dia angguk.

“Pelik. Ibu cakap orang yang hilang ingatan tidak akan lupa benda-benda yang sinonim macam ini. Mereka cuma hilang memori. Kalau setakat awan ke langit ke bintang ke, itu perkara biasa yang memang tidak akan buat orang hilang ingatan teruja.”

Airis angguk lagi.

Yusra sengih. “Dari hari itu lagi orang cakap dengan kau, kau hanya pandai angguk geleng, cuba kau jawab sikit ke. Mulutkan ada.”

“Macam mana kalau saya ini orang jahat?” Tiba-tiba Airis bersuara. Matanya difokuskan ke arah Yusra yang agak terkejut dengan pertanyaannya.
“Awak tidak kenal saya. Keluarga awak tidak kenal saya. Dan saya pun tidak kenal diri saya sendiri. Macam mana kalau saya orang jahat?”

“Perlu ke kau tanya soalan macam itu? Kalau kau orang jahat sekali pun, kau tidak akan terlepas dari Akira Maya. Tapi aku tidak rasa kau ini orang jahat.” Balas Yusra agak yakin dalam nada jawapannya.

“Kenapa awak yakin sangat?” Airis cuba menguji.

“Dan kenapa kau mahu aku nafikan?” Tambah Yusra pula.

Airis mengangkat kedua bahunya. Aku hairan dengan keyakinan yang ditunjukkan Yusra tadi. Yusra tidak pernah tahu siapa aku, kenapa dia yakin sangat dengan jawapan yang dia berikan.

“Yusra! Airis! Ibu panggil makan.” Panggil Yumna dari dalam rumah sambil terjerit ditingkap. Buruk betul perangai anak dara seorang itu. “Cepatlah orang lapar ini!” Jeritnya sekali lagi apabila melihat Yusra dan Airis tidak mengambil sebarang respons.

“Minah becok itu sudah panggil. Jom!”

Mereka seiring berjalan menuju ke pintu rumah. Langkah Yusra terhenti apabila melihat sekujur tubuh yang sedang duduk termenung di atas salah satu dahan pokok yang tidak berapa jauh dari rumahnya. Dia mengambil batu kecil dan menfokuskannya ke arah budak tersebut. Airis sekadar memerhati tindakan Yusra. Batu itu tepat kena sasarannya.

AJARKAN AKU ERTI BAHAGIA (prekuel Aduhai Si Kembar)Where stories live. Discover now