Bab 27

290 38 0
                                    


Sahabat terbaik

‘Turn your sadness into kindness and your uniqueness into strength. It’s okay to get lost in these process. Begin to walk one more time.’

Kakinya direndamkan ke dalam sungai yang mengalir. Kesejukan airnya langsung tidak memberi sebarang kesan ke atas dirinya. Bunyi air terjun yang kuat membuatkan dia terus tenggelem ke dalam dunianya sendiri. Dunia yang penuh dengan kekecewaan yang cuba untuk dia buang jauh. Dunia yang cuba dia gali mencari cahaya kekuatan yang baharu. Mampukah dia melakukannya selagi telinganya masih tergiang-giang setiap bait kata-kata Uwais yang sangat menyakitkan itu? Kenyataan itu memang kadang-kadang sangat menyakitkan.

‘Itu sebagai tanda sayang seorang abang kepada adiknya.’

Sayang? Sayang ke mereka pada aku kalau sanggup buang aku macam ini? Sayang ke namanya itu? Tak tahu ke mereka betapa susahnya hidup yang aku lalui selama berbelas tahun ini?

Fitri merentap jam tangan yang terpakai di lengan kanannya itu. Dia genggam erat tangan bagi melepaskan kemarahannya. Tangannya diangkat tinggi untuk bersedia mencampak jam itu jauh tenggelam ke dalam tempat jatuhnya air terjun. Pergerakannya terhenti untuk kali kedua. Hatinya ingin melakukannya tetapi jauh didasar hatinya sangat menghargai pemberian abangnya itu.
Firyal dan Armin berpandangan. Mereka tahu Fitri tidak sanggup membuang jam itu.

“Tak apa. Biar aku yang cakap dengan dia.” Ujar Armin sebaik melihat Firyal bangun untuk mendekati Fitri yang masih cuba membuang jam itu untuk kali ketiga pula. “Sakit lagi?”

Fitri tak terperanjat dengan teguran Armin. Dia sekadar menganggukkan kepalanya tanda mendengar persoalan Armin. ‘Sakit lagi?’ Rasanya sakit ini memang tak akan pernah hilang sepanjang hidup aku Am. Selamanya dia akan menjadi mimpi ngeri yang menghantui hidup aku. Selamanya.

“Banyak ke sikit?” Sekali lagi Armin cuba bertanya.

Fitri angkat kedua bahunya.

“Aik! kau dah jadi bisu ke sejak semalam Fitri?” Armin melawak pula.

Sekali lagi bahunya diangkat lemah. Tanda tiada keinginan mahu bercakap dengan sesiapa.

Armin ambil jam yang Fitri cuba untuk membuangnya untuk kali ke berapa pun dia tidak berapa pasti. Dia pakaikan kembali jam itu ke lengan kanan Fitri Balqis. “Fitri, saat kau rasa ingin berputus asa dalam hidup ingatlah ada tuhan untuk kau bersandar. Saat kau rasa diri kau berseorangan, tiada seorang pun manusia yang ingin mendengarkan luahan hati kau, ingatlah kau ada tuhan yang akan setia mendengar setiap jerih pedih yang kau lalui. Dan saat kau rasa ramai manusia yang ingin menjatuhkan kau mahupun membenci kau, ingatlah kau ada tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang. Kau perlu berpegang pada satu prinsip iaitu prinsip bahawa Tuhan tak akan sesekali tinggalkan kau keseorangan.”

Fitri memandang Armin dengan pandangan yang sayu. Lama matanya merenung Armin.

Armin menggaru kulit kepalanya yang tidak gatal. Tidak selesa dengan pandangan yang Fitri lontarkan saat ini. “Ja..janganlah pandang aku sampai macam tu sekali. Malulah aku Fitri.”

“Tuhan akan hentikan rasa sakit aku ke Am?” Soalnya dalam nada innocent.

Armin terdiam.

“Rasa sakit yang aku tanggung sudah tercalar habis di hati aku. Ia meninggalkan kesan yang tak mungkin dapat dihapuskan. Beban duka yang aku rasa teramat berat sehingga aku tak mampu membuang setiap bisikan sejarah silam yang masih sangat jelas bernyanyi di telinga aku. Akan hilang ke rasa sakit itu Am?” Armin menadah telinga mendengar luahan dari hati Fitri.

Armin mengalihkan pandangan di matanya dari memandang Fitri ke arah air terjun yang sedang asyik turun dari atas, seolah langsung tidak mempedulikan keadaan di sekelilingnya. “Tuan Izaryl pernah beritahu aku kata-kata dari Imam as-Syafi’e. Beliau salah seorang dari empat imam terbesar dalam ahli Sunnah. Katanya, ‘tinggalkanlah rasa duka semampumu kerana menanggung beban duka boleh mendorongmu hilang kewarasan. Kelmarin, Allah telah menolongmu. Percayalah esok Dia masih akan tetap menolongmu. Bersangka baiklah kepada Allah.’
Mungkin derita kau yang semalam sebagai senjata untuk kau berjalan terus kehadapan bagi mengapai kebahagian yang kau impikan selama ini dalam hidup kau, Fitri. Jadi kau perlu terus bersangka baik dengan Allah. Kerana Dia adalah sebaik-baik pertolongan.”

AJARKAN AKU ERTI BAHAGIA (prekuel Aduhai Si Kembar)Where stories live. Discover now