Bab 5

362 43 0
                                    

Rakan sekumpulan

‘Terkadang kisah silam menjadi nanar dalam hati, lepaskan ia sejauhnya agar seketul daging bernama hati bisa tenang kembali.’

“Nampaknya mula sahaja bulan depan, kita semua akan busy. Pagi kelas akademi, petang kelas latihan dan dalam tiga kali seminggu kena berkumpul dengan kumpulan yang bakal ditetapkan. Mana pula kita nak celahkan aktiviti berkumpulan itu?” Yumna membebel seperti biasa. “Itu pun kalau ahli kumpulan okay? Kalau tidak?”

Yusra malas nak mendengar. “Balalah apa lagi.”
Sebelum dia bangun dari duduknya sempat tangannya menarik rambut Yumna.

“Yusra!”

Terkekeh Yusra mengetawakan adiknya.

Setiap bulan kedua sesi pertama High Academy akan ditentukan ahli kumpulan yang terdiri dari empat orang yang berlainan puak; air, api, angin dan tanah. Kalau sebelum ini, kumpulan itu hanya untuk teman berlatih bersama, tetapi bermula sahaja tahun ini setiap markah akademi, praktikal puak dan kumpulan akan digabungkan bersama bagi menentukan kesemua ahli kumpulan itu boleh terus naik tahun tanpa ujian atau sebaliknya.

Biasalah pelajar, kalau dengar tiada ujian itu bagaikan mendapat khabar gembira. Tetapi itu akan menjadi khabar gembira kalau kesemua ahli kumpulannya serasi. Sehati sejiwa. Kalau tidak? Faham-faham sahajalah apa yang bakal berlaku.

“Kalian, nama dah keluar!” Jerit Mirsha dari luar apabila melihat nama yang tertampal dipapan kenyataan.

Sebaik sahaja mereka mendengar jeritan Mirsha, ramai yang terus berlari keluar untuk melihat nama masing-masing. Ada yang menadah tangan berdoa supaya tidak berkumpulan dengan orang yang tidak mereka gemari dan ada juga yang buat-buat tidak tahu. Salah seorang yang buat-buat tidak tahu itu ialah Zaihan Yusra.

“Jomlah Yusra. Kau tidak teringin ke nak tahu.” Ajak Yumna sambil menggoncang badan Yusra.

“Lambat atau cepat nanti kita tahu juga.” Balasnya dalam nada malas.

“Ala jomlah.” Ajaknya lagi sambil menanyang muka kesian.

Yusra bangun. “Yalah. Kau memang tahu kelemahan akukan.”

Fitri senyum dengan gelagat mereka.

“Ini yang seorang ini, senyum saja dia tahu.” Tambah Yusra lagi.

Mereka bertiga jalan seiring menuju ke papan kenyataan tersebut. Dapat mereka lihat, ada yang bersorak gembira dan tidak kurang juga ada yang bermasam muka. Tiba-tiba jantung ini pun berdebar-debar semacam. Harap sangat insan itu tidak satu kumpulan dengannya. Kalau tidak? Huh!

“Mana nama kita?” Soal Yumna sambil jarinya dilarikan dipapan kenyataan. “Tiada pun.” Tambahnya lagi dalam nada agak kecewa.

Yusra geleng. “Inilah. Kumpulan lima.”

Pantas mata Yumna beralih ke situ. “Zaihan Yusra. Zaihan Yumna. Haish! Kita berdua memang tidak boleh dipisahkan.”

“Terpisah juga masa praktikal puak. Aku angin, kau air. Jangan lupa ya.” Balas Yusra. Mereka kembar tidak seiras. Sama ada sumber puak mereka kedua-duanya ikut ibu atau ayah mereka, atau salah seorang sahaja.

Yumna mencebik. Matanya agak bersinar apabila membaca nama yang seterusnya. “Arya?” Dia seperti tidak percaya. Impiannya menjadi kenyataan. “Weh Arya satu kumpulan dengan kitalah.” Ujarnya keriangan.

Yusra buat muka menyampah. “Habislah bala datang.”

Yumna mencebik.

“Ini lagi satu bala. Zikri Aidin?!”

AJARKAN AKU ERTI BAHAGIA (prekuel Aduhai Si Kembar)Where stories live. Discover now