Bab 17

260 35 0
                                    

Pengkhianatan

‘I was told to follow the scars and then there wouldn’t be anything to be afraid of. Don’t forget it, the reason of smiling.’

Tuan Ikram melemparkan pandangannya ke arah ketiga-tiga cucunya dengan penuh kasih sayang. Qalbi Zikri cucu sulungnya, walaupun agak lambat berbanding yang lain dia memiliki hati yang sangat mulia sama seperti ayahnya. Zikri Aidin adik kembar Qalbi punya sifat yang tersendiri, suka main-main tapi sangat serius kalau berkaitan dengan tugas kerana itu Aidin terpilih menjadi orang terpercaya Tuan Ikram. Mungkin datang dari salahnya sendiri kerana memisahkan Qalbi dan Aidin tetapi ketika itu, itu sahaja cara yang terbaik. Dia sendiri tiada masa untuk menguruskan kedua cucunya sebab itu dia serahkan Qalbi pada Tuan Waseem dan Aidin pada Tuan Indra yang mengetuai Akademi Perlindung Akira Maya.

Wafi’ Qayyum pintar dan punya ciri-ciri orang yang bakal menggantikannya tetapi sikap dendamnya itu perlu dihapuskan dulu. Dia tahu Wafi’ sebenarnya tidak dapat menerima ayahnya mati dibunuh oleh manusia biasa semasa menjejak keluarga Qalbi dan Aidin di dimensi Manusia Biasa dulu, dan kerana itu dia terus meletakkan kesalahan itu pada mereka berdua lebih-lebih Qalbi Zikri.

“Macam mana akademi hari ini?” Tuan Ikram bertanya soalan yang biasa.

“Tiada yang berubah.” Wafi’ jawab seperti mahu tidak mahu. Paling dia tidak berkenan apabila datuknya ingin berjumpa serentak dengan si kembar Zikri ini.

“Banyak sangat drama sampai penat nak tengok.” Dalam maksud kata-kata yang Aidin lontarkan.
“Tapi tiada satu pun yang membuat Ai jatuh cinta.” Dia cuba melawak sambil melepaskan gelak yang tidak berapa nak ikhlas itu.

“Ai, ada saja lawak kamu ini.” Tuan Ikram menggeleng. Bukan ini yang dia inginkan. “Kamu Qalbi?”

Qalbi angkat bahu sambil menggeleng kepalanya. Ada sesuatu yang ingin dia tanyakan pada Tuan Ikram tetapi tidak terkeluar dari mulutnya. Dia pasti Tuan Ikram tahu tentang Fitri kerana doktor Iman ialah doktor peribadi Tuan Ikram.

“Apa yang bakal kalian lakukan kalau penuntut hak menuntut haknya yang telah dirampas?” Soal Tuan Ikram tiba-tiba. “Tetapi hak yang telah dirampas oleh perampas adalah sesuatu yang tidak mungkin untuk dikembalikan.”

“Nasi sudah jadi bubur mana boleh nak suruh jadi beras balik.” Aidin cuba melawak lagi. “Maaf salah waktu buat lawak.” Tambahnya apabila muka Tuan Ikram sangat serius tika ini.

Wafi’ yang sedang bermain pen membalas. “Minta maaf cukuplah buat apa nak pening kepala. Atok, banyak lagi benda yang boleh Fi’ lakukan dari duduk bercakap dengan budak berdua ini.” Wafi’ merungut.

“Adab kau, kau campak pergi mana Wafi’?” Qalbi rasa sakit hati dengan kelakuan agak kurang ajar sepupunya itu. Memang di hadapan mereka datuk mereka tetapi hormat tetap menjadi keutamaan.
Wafi’ masih bermain dengan pen di tangannya. Kata-kata Qalbi dibiar sepi macam masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

“Atok tak mahu ada di antara cucu-cucu atok yang bermusuhan. Kalau ada sesuatu yang terjadi pada atok nanti, tiada siapa yang boleh kamu harapkan melain sesama kamu sendiri. Ingatlah kamu bertiga tetap satu keluarga.” Nasihatnya. Dia takut rasa kebencian antara mereka menjadi nanar satu masa nanti. “Buanglah rasa benci kamu Wafi’, mereka tak bersalah.”

“Atok tak rasa apa yang Fi’ rasa.”

Tuan Ikram geleng. Pening dengan kerasnya hati Wafi’. Ini belum lagi termasuk dua adik Wafi’ yang berada dirumah itu. “Atok faham.”

Tangan Aidin terasa gegaran dari jam peringatan pasukan perlindung Akira Maya. Ada tanda merah di jam tersebut, itu bermakna ada sesuatu yang mengganggu ketenteraman Akira Maya.

AJARKAN AKU ERTI BAHAGIA (prekuel Aduhai Si Kembar)Where stories live. Discover now