Bab 21

236 37 0
                                    


Pengembaraan

‘Jika kau menangis di sebuah tempat yang aku tidak bisa melihatnya dan tidak bisa bersama kau. Senyuman ku akan sentiasa bersama kau dan akan sentiasa menemani kau.’

Armin memerhati pokok besar yang berada di hadapannya. Dia cuba memastikan bahawa pokok itu akan menuju ke Pulau Maya. Dia melepaskan keluhannya lantas membuka pintu dimensi dan mengajak Fitri dan Firyal supaya mengikut langkahnya.

“Jom.”

“Kau yakin ke?” Soal Fitri. Dia tahu Armin mengeluh kerana ini bukanlah pintu ke Pulau Maya. “Kalau nasib kita tak baik kali ini, boleh jadi pintu ini ke Hunter.”

“Tak sanggup aku masuk sangkar serigala balik.” Omel Firyal.

Armin terus melangkah masuk dengan yakinnya. “Ini memang bukan pintu ke Pulau Maya tapi ini juga bukan ke Hunter. Kalau Hunter ada kesan rekahan yang mengeluarkan cecair berwarna jingga. Tempat ini aku tak tahu apa namanya.”
Fitri dan Firyal yang memang tidak tahu menahu tentang semua itu, terus sahaja langkah mereka mengekori Armin. “Dah tahu ‘bukan’ yang kau masuk kenapa?”

“Manalah tahu dari pintu ini kita akan jumpa pintu ke Pulau Maya.” Balas Armin selamba.
Firyal yang sedang memerhati keadaan sekeliling merasa bulu romanya meremang tiba-tiba. Tempat ini suasananya sangat menyeramkan. Bunyi cengkerik yang agak kuat menambahkan lagi keseramannya. Inilah tempat yan paling teruk dari kesemua tempat yang mereka telah jejaki.

“Err.. kalian tak rasa ke apa yang aku rasa?” Firyal bertanya dalam nada seram sejuk. Matanya masih memerhati keadaan sekeliling. Daun pokok seperti mahu gugur dari rantingnya. Anginnya yang sejuk menolak gerimis ke tubuh mereka menambahkan lagi suasana seram. Nafas mereka juga mengeluarkan kabus sejuk.

Fitri mengerutkan dahinya. Tanda dia tidak faham dengan persoalan Firyal tadi. ‘Rasa apa yang perlu aku rasakan?’ Omelnya. “Kau rasa apa Firyal?” Matanya juga turut berlari seiring dengan mata Firyal. “Kau pandang apa? Ada yang pelik ke?”

“Kau tak rasa ke Fitri? Aku rasa seram sejuk semacam je tempat ini. Rasa macam tempat ni berhantu. Macam ada penunggu pun ada. Tempat apalah yang kau bawa kami ni, Am? Seram aku.” Balas Firyal. “Jomlah kita cari pintu dimensi lain ataupun kita masuk balik pintu yang kita masuk tadi.”

Automatik Armin dan Fitri mengerutkan dahi masing-masing dan berpandangan sesama sendiri. Beberapa saat selepas itu mereka melepaskan tawa apabila melihat ketakutan yang tergambar di wajah Firyal. Lucu sangat wajahnya.

“Aku seriuslah! Boleh pula kalian gelakkan aku. Nanti kalau keluar betul-betul hantu, baru kalian menyesal.” Omel Firyal apabila dirinya diketawakan oleh mereka. Punyalah jantung dia rasa nak tercabut boleh pula mereka main-main.

“Mana ada hantu dalam dunia ini yang ada cuma manusia yang bertopengkan hantu sahaja. Atau lebih tepat orang-orang Hunter.” Bidas Fitri.

‘Pap!’

Bunyi itu serentak selepas Fitri menuturkan kata-katanya. Mereka menelan air liur masing-masing. Sekali sahaja bunyinya kedengaran dan selepas itu bunyinya lesap.

“Aku dah cakap tempat ini semacam je.”

“Binatang agaknya itu.” Armin membidas sangkaan Firyal bagi menyedapkan hatinya.
“Jomlah kita pergi cari pintu dimensi sebelum ada yang meraung dekat sini nanti.  Tak sanggup aku nak pujuk. Kau sanggup Fitri?”

“Am, kalau kau nak rasa penumbuk Firyal silakanlah.” Fitri membalas sambil menunjukkan muka geram Firyal.

Firyal dengan muka geramnya. “Jangan cakap besar sangat Am. Orang yang cakap besar ini akan terjerat dalam lubang yang dia sendiri gali nanti. Masa itu kalau kau meraung sekali pun aku tadah saja, malas nak ambil tahu.”

AJARKAN AKU ERTI BAHAGIA (prekuel Aduhai Si Kembar)Where stories live. Discover now