Bab 6

2.1K 72 24
                                        

LIMA minit kemudian, Riana sudah tegak berdiri di pintu masuk tapak pembinaan itu. Dengan kulit yang perit digigit cahaya matahari yang terik tengah hari itu, Riana bergerak menemui pengawal keselamatan yang sudah berdiri memandangnya dari dalam bilik pengawal.

Selepas diberitahu tujuan dia berada di situ, pengawal tersebut menunjukkan tempat yang harus ditujui.
Tidak dihiraukan usikan dan siulan yang diterima sebaik sahaja dia melangkah laju masuk ke tapak pembinaan kondominium lima belas tingkat yang sudah hampir siap pembinaannya.

Dengan muka tak ada perasaannya, dia mengatur langkah menuju ke tiga buah kabin kontena yang terletak hampir 50 meter daripada pintu masuk. Sebaik sahaja langkah terhenti di kabin pertama, pintu kabin terbuka dari dalam. Riana mendongak memandang lelaki yang sudah terjengul kepalanya ke luar dari pintu.

“Eh, Riana!” Sapa lelaki yang memakai sepasang khakis dan kemeja lengan pendek itu dengan senyuman lebar terukir di wajah.

Riana cuma tersenyum memandang lelaki berambut pendek potongan askar itu. Tak terkejut pun lelaki itu tahu siapa dirinya kerana setiap hari lelaki yang diketahui bekerja sebagai penyelia tapak pembinaan itu makan di gerai Kak Rose. Seingat Riana, dia pernah terdengar rakan-rakan lelaki ini memanggilnya Joe.

“Nak hantar makanan ke?” tanya Joe.
Riana angguk.

“Maaf, lambat sikit. Kami kekurangan pekerja hari ni...” ujar Riana, sekadar berbasa-basi.
Inilah salah satu resam masyarakat Asia. Perangai ‘abuden’ itu memang sudah sebati dalam jiwa. Kalau sudah tangan dia sarat dengan plastik berisi bungkusan makanan yang dipesan oleh orang-orang di pejabat ini, apa lagilah tujuan dia ke mari. Takkan nak buat konsert percuma pula!

“Eh, masuklah. Mari, saya tolong...” Joe tunduk, seraya menghulurkan tangannya ke arah Riana.

Tanpa sebarang kata, Riana hulurkan bungkusan berisi makanan di tangan kanannya kepada lelaki itu. Dia terus membuntuti Joe masuk ke dalam kabin yang dipasang penyaman udara itu. Lega sedikit badannya yang sudah berpeluh-peluh itu.

“Wow! Cik Riana!” Masuk sahaja ke dalam kabin, dia dengar namanya diseru seseorang. Pantas mata mencari siapa yang bersuara.

Ah! Seorang lagi pelanggan tetap Kak Rose. Yang ini dia cukup tahu namanya sebab lelaki ini tidak pernah jemu memperkenalkan dirinya pada Riana. Zarul. Nama lelaki ini Zarul.

“Yes! Makanan dah sampai! Aku dah kebulur dah ni.” Seorang lagi lelaki yang sedang duduk bertentangan dengan meja Zarul bersuara.
Riana letakkan bungkusan makanan di tangannya di atas meja berhampirannya. Melihat meja itu cuma ada sebuah komputer riba di atasnya, dia buat andaian tiada siapa yang menggunakan meja itu. Mungkin sekadar tempat meletakkan barang.

“Ada resit? Boleh saya buat bayaran terus,” tanya Joe.

“Oh, sekejap.” Riana raba poket jeansnya. Senyum nipis dihadiahkan kepada Joe bila dia terasa resit yang diberi oleh Kak Rose tadi ada dalam poket yang sama dia sumbat telefon bimbitnya tadi. Ditarik telefon bimbitnya keluar, diletakkan di atas meja sebelum dia menarik keluar resit yang sudah sedikit keremut itu. Diserahkan resit tersebut kepada Joe.

“Riana tunggu dulu ya. Saya pergi ambil duit untuk bayaran,” ujar Joe lalu berjalan ke arah sebuah meja yang dipenuhi fail dan gulungan pelan.

“Okey.”

“Wah... Cik Riana masak ke ni?” tanya Zarul sambil bergerak menghampirinya.

“Bro, ambilkan aku satu!” pinta lelaki yang menjerit teruja tadi.

Zarul membelek satu persatu pek-pek makanan yang ada di dalam plastik. Sambil mencapai sebekas pek makanan, lelaki itu melabuh duduk di sisi meja, hampir dengan Riana.
Riana kawal diri daripada menjuling mata ke atas. Kawan dia sudah kebulur sangat hendak makan, boleh pula dia hendak berbual-bual kosong di sini.

“So, Cik Riana kita apa khabar hari ni?” Zarul sudah mengukir senyum senget. Tidak berputus asa mahu mengajak Riana berbual.

“Sihat,” ringkas jawapan Riana. Mata sudah memandang ke arah Joe. Lambatnya nak ambil duit!

“Riana dah berapa lama kerja dekat gerai makan tu?”
Riana cuma senyum nipis.

“Dah ada boyfriend?” Zarul angkat sebelah kening.

Riana hela nafas panjang. Cepatlah Joe! Dah rimas sangat ni! Gumamnya dalam hati.

“If you take your work as serious as your flirting, Zarul, your work would have been finished by now.” Tiba-tiba ada suara garau kedengaran di belakangnya.

Entah kenapa, suara itu kedengaran sangat biasa didengar. Riana berpaling ke belakang. Melihat kelibat lelaki yang sedang berdiri dengan sebelah tangan di dalam poket, mata Riana membulat.
Dia? Macam tidak percaya pula dengan apa yang dilihat. Tahulah bandar ini kecil, tapi dia tidak sangka pula sekecil ini. Boleh pula dia jumpa Mr Arrogant Ass ini di sini.

Diperhatikan sekilas penampilan lelaki itu hari ini. Berbeza dengan semalam, hari ini lelaki itu dilihat berpakaian sedikit santai. Cargo pants, t-shirt berkolar warna putih dan kakinya tersarung sepasang but keselamatan.

“Err... bos.” Tanpa sebarang kata lagi, terus Zarul angkat punggung, lalu bergerak pantas ke mejanya.

Riana segera alihkan pandangan bila Ghazi bergerak ke kerusi kosong di meja yang digunakan Riana untuk meletakkan bungkusan makanan tadi.

“Dah tukar kerjaya ke?” soal Ghazi bersahaja sambil tangan sudah mengetuk kekunci komputer ribanya.

Riana kerut dahi tak faham. Dipandangnya wajah Ghazi yang tidak beriak.

“Tak ada rumah nak cuci ke hari ni?”
Riana tarik nafas pantas. Oh, apa masalah lelaki ini dengan dia sebenarnya?

“Ada sesetengah orang, ada keupayaan cuci rumah sendiri,” balas Riana dengan nada sedikit rendah. Antara nak beri lelaki itu dengar dan tak nak. Kalau dengar, bagus. Kalau tak, nasiblah!

Dan melihat bibir lelaki sedikit tersungging, Riana tahu yang lelaki itu dengar jawapan balasnya tadi.

“And put you out of a job? Now that would be inconsiderate, don’t you think?”

Riana hampir jatuh rahang. Spontan badannya berpusing menghadap Ghazi. Lelaki ini memang ada penyakit suka menyinis orangkah? Kalau tidak, takkanlah suka hati sahaja mulut dia cakap lepas macam ini. Sakit pula hati dibuatnya!

Baru nak buka mulut menempelak Ghazi, Joe sudah berada di sisinya.

“Riana...” Riana tala pandangannya ke arah Joe. Namun sempat juga dia menjeling lelaki yang tak lepas daripada memandang skrin komputer.

“Ni bayaran untuk makanan ni. Terima kasih, ya?” Joe senyum sambil menghulurkan beberapa keping not sepuluh ringgit.

Riana balas senyuman Joe. “Sama-sama. Enjoy the food. Saya balik dulu...” pamit Riana. Dijeling sekali lagi Ghazi.

Kali ini, pandangannya bersabung dengan pandangan lelaki itu yang rupanya sedang memandangnya. Tanpa sebarang kata, dia terus menapak keluar dari kabin itu. Kalau dia berada di situ lebih lama, bimbang pula meletus perang mulut antara dia dengan Ghazi.

Ketika dia sudah menghampiri pintu keluar dari kawasan pembinaan itu, tiba-tiba telinganya menangkap suara orang menjerit memanggilnya. Dengan hati yang jengkel, Riana berpaling. Kenal dengan pemilik suara itu. Dilihat Ghazi berjalan pantas ke arahnya.

“Your phone,” beritahu Ghazi sambil menghulurkan telefon bimbit yang ada di tangannya.

“Oh!” Baru Riana teringat tadi dia keluarkan telefon dan diletakkan di atas meja Ghazi. Terlupa hendak capai sewaktu keluar dari kabin itu tadi.

“Terima kasih,” ucap Riana acuh tak acuh.

“Ada panggilan tadi. Mulanya I tak nak jawab tapi sampai tiga kali pula dia call, I jawabkan. Takut kalau ada hal kecemasan.”

Riana pantas menyapu skrin, memeriksa recent call yang diterima. Melihat nombor yang kelihatan seperti biasa dilihat itu, dadanya dihentam debaran yang kuat.

“Ada seorang cikgu yang call. Nak beritahu you about someone named Sara?”

Telinga mendengar kata-kata Ghazi, jari sudah laju menyapu ikon hijau di atas skrin. Pantas telefon dilekapkan di telinga.

Tiga kali deringan, panggilannya bersambut.

“Helo? SMKTI? Saya Riana Ali. Tadi saya ada dapat panggilan...” Belum sempat dia habis memperkenalkan diri dan menyatakan tujuan panggilan dibuat, Riana sudah terdiam. Dadanya tiba-tiba menjadi sempit dan lututnya terasa longgar mendengar apa yang diberitahu oleh cikgu sekolah Sara.

“Ya Allah, Sara...” Hampir sahaja Riana hendak jatuh terduduk namun sempat dipaut Ghazi.

“Hey, are you okay?” tanya Ghazi. Kedua-dua belah tangannya sudah memaut bahu Riana.

“Sara... I need to get to Sara.” Hanya itu yang mampu diucap oleh Riana.

*
*
*
*

And read the rest of it in Seperti Yang Dinanti versi cetak ya... 😎😎😎

❤Thank you for reading.

❤Semoga anda berpuas hati dengan naskhah ini kelak.

❤Saya akan kembali mengerjakan Hey, it's okay! Yeay!

❤Selamat berpesta di PBAKL 2018 guys!

❤Selamat berpesta di PBAKL 2018 guys!

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: Apr 26, 2018 ⏰

Tambah cerita ini di Pustaka anda bagi pemberitahuan tentang bahagian baharu!

Seperti Yang DinantiTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang