RIANA duduk di sebelah Ghazi dengan perasaan yang bercampur baur. Sungguh, dia tidak tahu hendak menggambarkan apa yang sedang dirasai dalam hati ketika ini. Macam ABC. Semua rasa bercampur-baur. Gembira, gementar, risau, takut...sedih. Sampai dia tidak tahu, rasa yang mana yang hendak dirasai dulu.
Tadi, sewaktu diberitahu oleh Sean tentang keberadaan Ghazi di hospital ini, seluruh hati dia dipenuhi rasa risau. Selepas dia bertemu dengan Marion, rasa risaunya bercampur dengan rasa takut, gementar dan gembira. Dan kini, bila berhadapan dengan Ghazi, semua rasa itu berkecamuk dalam dirinya.
Bertemu semula dengan Luqman Ghazi adalah perkara terakhir yang ada dalam fikiran dia. Dia tak bodoh. Dia tahu, satu hari nanti Ghazi pasti akan muncul semula depan dia. Apa yang wujud antara mereka tak akan selamanya kekal begini. Riana tahu, bila saatnya Ghazi sudah bertemu dengan wanita yang benar-benar layak berada dalam hati lelaki itu, pasti Ghazi akan mencarinya untuk meleraikan ikatan yang ada walaupun lelaki itu punya hak untuk tidak berbuat demikian. Cumanya, itu permintaannya pada Ghazi dahulu dan Ghazi dah pun lafazkan persetujuan. Dan mengenali Ghazi, walaupun tempoh masa perkenalan mereka sangat singkat, dia yakin Ghazi adalah seorang yang menepati janji. Tengok sajalah apa yang dilalui selama tiga tahun ini!
Riana mengeluh perlahan. Perlahan, mata melirik ke wajah lelaki itu. Tiga tahun berlalu sejak kali terakhir dia bersua dengan lelaki itu, namun tak banyak perubahan yang dilihat pada lelaki itu.
Dia teringat bila Sara tanya dia macam mana rupa paras Ghazi masa dia ceritakan perihal lelaki ini pada si adik tiga tahun lepas.
“Handsome tak?” tanya Sarah.
Dia angkat bahu. “Bolehlah.”
“Bolehlah is not an answer-lah, along!”
“Habis nak suruh along jawab apa?”
“Describe-lah sikit wajah dia. Ala-ala David Gandy ke... Sean O’Pry ke...Simon Nessman ke...Ryan Burns atau...”
“Whoa!” Dia angkat tangan, minta Sara berhenti senaraikan nama lelaki-lelaki yang entah siapa-siapa itu.
“Who the heck are they?”
Sara pandang dia dengan pandangan ‘along biar benar?’“Those are some of the highest-paid male models in the world...duh!”
Dia cuma juling mata ke atas. Macamlah dia banyak sangat masa terluang sampai hendak kena ambil tahu tentang semua itu. Cukup baiklah dia kenal siapa Remy Ishak, Aaron Aziz dan Ady Putra. Tanya lebih-lebih, memang dapat mimik muka blur sahajalah sebagai jawapan daripadanya.
“Fail-lah along ni!” ngomel Sara.
“Alaa... dia handsome-lah. Kulit sawo matang, tinggi, tough, well-groomed hair, clean shaven, piercing eyes...” Dia angkat bahu. Itu sajalah deskripsi yang boleh diberi.
“Senyuman dia macam mana? Along tahu Sara ada soft spot untuk senyuman orang kan. Seksi macam Matthew McConaughey ke? Atau sleepy smile macam Ryan Gosling ke... along tak kenal pun siapa yang Sara sebut ni, kan?” tanya Sara dengan muka bosan.
“Eh, along tahu Matthew McConaughey okey!” Automatik otak terbayang senyuman pelakon Hollywood itu.Macam itu ke senyuman Ghazi? Sejujurnya, dia sendiri pun tak tahu sebab sepanjang perkenalan mereka, tak pernah sekali pun dia nampak lelaki itu tersenyum. Benar-benar tersenyum. Setakat senyum sinis itu, biasalah tengok.
“Ya, senyuman dia ala McConaughey.” Bagi sajalah jawapan macam itu. Senang. Kalau tidak, banyak lagi soalan adik dia yang seorang ini. Nanti, bila sampai masa dia kenalkan Ghazi pada Sara, biarlah si adik tengok senyuman lelaki muka ketat itu sendiri.
“Ahhhh... I think I’m in love...”
Dia pandang wajah Sara dengan sebelah kening terangkat. Baru dia beritahu benda-benda macam itu, dah dilamun cinta!
“Awak baru 16 tahun!” tempelaknya.
“So?” tanya Sara dengan muka tak bersalah. Dia cuma mampu menggeleng. Bahagia sungguh jadi remaja riang ria ini. Nak jatuh cinta, senang-senang aje!
“So?” Soalan yang sama kedengaran sekali lagi. Cuma kali ini, bukan suara halus Sara yang kedengaran, sebaliknya suara garau seorang lelaki. Suara yang membawa dia kembali ke waktu ini.
Riana pejam mata seketika, menghilangkan memori dia bersama si adik tiga tahun lalu. Sebaik sahaja mata dibuka kembali, pandangan kembali menyapa wajah Ghazi. Ya, tak banyak yang berubah tentang lelaki itu. Kecuali wajahnya yang kini sudah ditumbuhi bulu-bulu halus, kesan daripada tidak bercukur seharian. Mungkin. Atau Ghazi sekarang dah jadi lelaki yang sukakan facial hair.
“Hello, I’m waiting...” Suara garau itu kembali berbunyi.Riana lepaskan keluhan panjang. Puas dia cuba elakkan situasi ini daripada berlaku, namun dia tahu tak selamanya dia boleh tangguhkan. Lelaki itu perlukan jawapan dan Riana tahu, selagi dia tak ceritakan semuanya, sampai ke sudahlah dia akan diganggu.
“It’s complicated.”
“Jadi uncomplicated-kanlah semuanya. Aku ada banyak masa hari ini dan tengok pada keadaan, aku rasa lama juga kita akan ada dekat sini. So, tak ada alasan kau nak mengelak lagi.”
“Sean...” Riana alihkan pandangan dari wajah Ghazi lalu ditala pandangannya ke arah Sean yang duduk bersandar di kerusi bertentangan dengannya.
Dia sendiri tak tahu nak mula dari mana. Apa yang wajar diceritakan pada Sean? Kisah dari awal pertemuan dia dengan Ghazi? Atau boleh terus lajukan ke hal penting yang berlaku dua minggu selepas pertemuan pertama itu? Atau boleh dia tinggalkan semua cerita itu dan terus beritahu Sean tentang apa yang berlaku sebulan selepas ‘hal’ penting itu?
“Riana, kita kenal dah lama. Aku dah anggap kau macam adik aku sendiri. Selama ni aku ingat aku dah tahu semuanya fasal kau. Tiba-tiba hari ni, aku dapat berita yang kata kau tu isteri orang dan lelaki ni...” Jari Sean menuding ke arah Ghazi. Lelaki yang baru pertama kali dilihatnya.
“Adalah suami kau. Kalau kau kat tempat aku, apa yang kau rasa? Tiga tahun rupanya kau tu bawa title isteri orang tapi tak ada siapa pun yang tahu!” Sean bersuara kecewa.
Kecewa, keliru, tak faham. Semuanya dia rasa sekarang ini. Tadi, masa dapat panggilan telefon daripada Marion, dia rasa macam isterinya itu sedang prank dia walaupun April Fool dah lama berlalu. Macam manalah dia nak percaya, gadis di hadapannya ini adalah isteri orang. Sudah lama dia kenal Riana, dan bila dia kata ‘lama’ itu, maknanya memang lama. Bukan sebulan dua tapi dah lebih lima tahun dia tak pernah tahu pun yang Riana sudah berumah tangga. Jangan kata suami, teman lelaki pun gadis ini tak pernah ada. Jadi, bila Marion beritahu yang suami Riana kini sedang terlantar tak sedarkan diri di hospital, memang payah otak dia nak cerna. Siap dia ingat Marion salah orang. Sepanjang perjalanan ke hospital tadi pun dia masih berharap yang Marion tersilap. Ramai gadis bernama Riana Ali dekat Malaysia ni!
Tapi kalau dah terang-terangan pada kad akuan nikah yang ditemui dalam dompet lelaki itu terpampang wajah Riana, dan nama pada kad itu jelas dieja dengan nama Riana binti Ali, takkan dia nak kata Marion tersilap lagi. Dan wajah pasangan Riana dalam kad itu, memang jelas nyata wajah lelaki yang terbaring tak sedarkan diri ini. Jadi memang dia tak boleh nak nafikan lagilah. Sah, Riana Ali yang dia kenali selama ini adalah isteri kepada Luqman Ghazi!
“Bila kau kahwin dengan dia? Kenapa aku tak tahu?”
“Tiga tahun lepas. Masa tu kau kat US lagi,” beritahu Riana, perlahan. Dilirik wajah Ghazi yang nampak tenang di atas katil hospital. Tidak nampak terkesan langsung dengan suara Sean yang makin lama makin meninggi intonasinya.
“Kalau dah kahwin, kenapa hidup kau macam orang tak ada suami? Di mana dia selama ni?” tegang suara Sean bertanya. Bayang lelaki ini pun dia tak pernah nampak selama ini. Tiba-tiba muncul dalam keadaan macam ini.
Riana mengeluh untuk kesekian kalinya. Inilah bahagian yang dia katakan rumit tadi. Nampak gayanya, dia kena jugalah buka hikayat tiga tahun lepas. Haruslah dia ceritakan pada Sean tentang pertemuan pertamanya dengan Ghazi hinggalah ke saat dia ‘dilepaskan’ oleh Ghazi selepas hampir sebulan dia memegang status sebagai seorang isteri.
“Sara...” Wajah si adik menjelma di mindanya.
“Semuanya demi Sara,” sambung Riana. Dan kepingan-kepingan memori yang tercipta antara dia dan Ghazi tiga tahun lalu mula tertayang di kotak fikiran...TBC.
****
Vote and leave a comment you guys.Help this writer to get more readers, boleh? #segangilabuatpermintaanni
Saya akan buka order untuk novel ni once saya dapat harga daripada pihak penerbit. Siapa yang berminat nak beli direct dari saya boleh email/pm/dm saya untuk details. Thanks for the love! ❤❤❤
Much love,
FH
YOU ARE READING
Seperti Yang Dinanti
ChickLitWords may lie. But action will always tell the truth. ~Ghazi❤Riana