DAY 1
“Hi Mrs…nama saya Qistina dari T****. Umur saya 52 dan saya memang berpengalaman luas dalam bidang confinement ini” ujar Qistina sambil meletakkan bagasi dia di depan pintu bilik saya. Dia merupakan confinement lady segera saya setelah confinement lady yang sudah kami book berbulan bulan lebih awal sebelum due date saya lari begitu saja setelah menerima deposit 1k lebih.
Oh..ya! Nama saya Melanie(bukan nama sebenar). Saya baru saja melahirkan anak kedua saya.. baby girl dan sekarang dalam pantang. Saya sebenarnya menetap di KL mengikut laki saya tapi sebab saya mau berpantang dirumah mami, maka saya balik KK lebih awal. Anak pertama saya juga girl sudah 3 tahun lebih juga saya bawa balik KK bersama baby sitter yang kami hire untuk menjaga Amanda. Anak pertama saya.
Urusan mencari confinement lady ini sepatutnya laki saya yang handle tapi oleh sebab laki saya outstation di Dubai utk 2 bulan maka saya dengan dibantu oleh mami dan adik perempuan saja yang urus semua persediaan untuk bersalin. Begitu la kalau laki kerja O&G..masa dia lebih banyak diluar rumah daripada dalam rumah. Pencarian baby sitter ini pula saya serahkan pada agen yang memang menguruskan hal2 confinement nanny bernama Mitchell Wong, sbb diorang ini pun ada persatuan kecil diorang sendiri.
Okey…berbalik kepada cerita confinement lady ini, orang yang kami sudah book awal2 berserta dengan deposit 1k hilang tidak dapat dikesan 1 minggu sebelum due saya bersalin. Puas ditelefon, malah dicari dirumah dia tapi tidak tau lari pergi mana sudah. Dalam satu minggu itu la Mitchell tunggang langgang advertise sana daily express,borneo post,sin chew sama internet utk cari orang. Mitchell cakap lagi kalau dia dapat orang dia akan suruh call saya terus dan dia pun suruh saya cari2 sendiri juga. Tekanan betul saya masa ini. Tinggal beberapa hari saja bersalin tapi masih belum jumpa orang yang akan menguruskan saya dan baby nanti.
Tidak ramai yg call bertanyakan iklan2 yang Mitchell buat. Mungkin sbb semua pun masing2 sudah ada job pada masa itu. Mencari confinement lady ini mmg susah kalau last minit. Tapi, setelah tinggal beberapa hari saja lagi dari due saya finally ada orang call. Qistina ini la orangnya dan tanpa banyak fikir saya terus suruh dia datang. Nasib juga Mitchell sangat cekap cari orang fikir saya lagi. Mesti ramai yang hairan kenapa bukan mami saya sendiri yang jaga saya. Mami saya bukan tidak mau jaga saya tapi dia terpaksa handle 2 orang cucu dia yang lain iaitu anak2 abang saya(yg satu masih baby 7mths), memandangkan bini dia pgi kursus selama 3 minggu. So memang tidak cukup tangan la mami saya.
Ada juga adik perempuan saya tapi dia sendiri pun terikat dengan jadual kerja yang padat. Lagipun, mana la dia berpengalaman urus ibu yang sedang berpantang dan newborn.
“bah..Qistina..mari saya kasi tunjuk bilik ko sana tingkat bawah” suara adik saya Scarlett, memutuskan lamunan saya.“Saya turun simpan barang dulu ah mrs..nanti saya datang balik” Qistina menoleh ke arah saya yg sedang baring sebelah baby Amber yang baru berumur sehari. Saya perasaan mata dia bukan tertumpu pada saya..dia tgk baby saya saja. Saya senyum sendiri sbb dalam hati bercakap sendiri yang saya sudah jumpa orang betul. Dia memang suka pada baby.
“Bah..sa jawab pendek sambil menggerakkan badan sa perlahan menoleh ke arah dia. Sa perhati ja dia berlalu dari bilik sa bersama dengan adik sa.Orang dia nampak sangat2 muda..sa fikir dia belum sampai 50 kalau nda nampak I.C dia. Tinggi orangnya lebih kurang 163cm tapi berbadan besar. Kening dia tebal dan muka dia kelihatan bengis dari jauh. Tapi bila dia bersuara…halus saja. Sa menarik nafas lega sbb confinement lady susah kalau kurus nanti susah mau tolong sa buat itu ini. Sepanjang 40 hari ini dia la yang akan menguruskan makan minum, mandi,rawatan sa serta baby. Pendek kata semua yang berkaitan sa sama baby dia yang akan urus. Kedengarannya mcm sangat banyak kerja dan memang pun tapi memang begitu la kerja diorang. Setimpal dengan gaji sebanyak 6k yang mana2 confinement lady akan minta masa ini.
YOU ARE READING
40 Hari Dalam Neraka(Based On True Story)
HorrorMelanie yang baru saja melahirkan anak kedua telah mendapatkan khidmat Confinement Nanny dari agent tempatan yang bernama Qistina. Sejak bekerja dirumah Melanie pelbagai peristiwa bahaya, pelik dan menyeramkan berlaku kepada Melanie dan ahli keluarg...