PART 4
DAY 10
*******“Hun, buang saja la dia itu! I don’t like how she do things!” Denver yang duduk di sebelah sa bersuara sambil mendukung baby Amber.
“Me too but what choice do I have?? Next few days Mom and Dad fly pigi Kuching. After that, kau pun akan jalan kerja sana Semporna. Anna mana pandai jaga baby, lagi kalau dia jaga baby sepa yang urus Amanda?? Antie Liang cuti masa mom and dad pigi Kuching” saya menjawab dengan nada runsing.Kalau ikut hati saya, dari malam itu lagi saya halau budak Qistina ini balik. Saya sangat2 tidak suka dia. Bukan sebab dia nampak lebih muda dari saya tapi perangai pelik dia buat saya sentiasa seram sejuk. Tetapi dalam keadaan saya belum mampu menguruskan diri sendiri dan baby, saya memang sangat2 perlukan bantuan. Seorang pembantu yang boleh di harap. Saya rasa yang sudah jadi mommy mesti faham kesusahan berpantang tanpa bantuan sesiapa.
“Just fire her hun! I will go ask around now. I don’t want her to be around you..us!” Denver bersuara tegang.
“Okey..just make sure you can get one before mom and dad fly to Kuching” saya menjawab sambil menarik nafas panjang.Dari tengahari, petang sampai malam Denver tidak berhenti2 membuat panggilan. Semua kawan2 dia telefon..ahli keluarga dia pun dia habis call. Sampai la ke agensi pembantu rumah semua dia telefon. Namun tiada satu orang pun yang dapat tolong kami. Mommy Denver memang tidak perlu masukkan dalam list sebab dia sudah sangat berumur dan baru saja menjalani pembedahan. Kami berdua duduk termenung dalam sana sofa dalam bilik. Kami langsung tiada pilihan. Saya sendiri belum sihat untuk menguruskan even diri sendiri apatah lagi baby Amber.
“Just fire her hun, tomorrow I will go to Sin Chew Daily again to advertise. I will do anything to find one good confinement nanny for you” Denver cakap sambil mengurut lembut bahu saya.Menjelang tengah malam saya terjaga sebab teringin minum yang suam2. Saya tengok Denver sudah tertidur nyenyak di sebelah baby Amber. Saya tidak mahu kejutkan dia..saya tahu dia letih mendodoi baby Amber yang mula menangis kuat dari jam 9 tadi. Saya pun tidak mahu mengejut mami, Scarlet or Anna sbb saya tau diorang semua sudah sangat letih masa siang. Mami dengan anak2 abang saya yang kedua-duanya super hyper. Scarlet dengan kerja dia. Anna dengan karenah Amanda. Dadi dengan bisnes dia. Jadi perlahan2 saya bangun turun ke dapur untuk cari minuman panas2.
Saya melangkah dengan berhati2 sebab ruang tamu di tingkat bawah sangat gelap. Mami memang biasa menutup semua suis lampu sebelum tidur. Jimat tenaga elektrik katanya. Hanya samar2 sinaran lampu dari halaman rumah. Ketika baru mula turun tangga berhampiran dengan bilik Qistina saya mendengar hilai ketawa halus yang panjang seperti suara Qistina dibilik saya beberapa malam dulu.
'hihihihihihihihihihihi....' dari anak tangga terakhir, makin jelas kedengaran suara hilaian ketawa yang mendayu dayu pada jam 1 tengah malam dari bilik Qistina. Suara ketawa itu terasa makin lama makin dekat pada saya. Serta merta saya matikan langkah saya pada anak tangga yang terakhir. Bila saya berhenti melangkah, suara hilaian tadi juga dengan serta merta berhenti. Saya melirik ke arah pintu bilik Qistina yang berada betul2 bersebelahan dengan dapur. Gelap! Maksudnya, dia sudah tidur. Jadi suara hilaian panjang tadi datang dari mana??? Terasa seram sejuk badan saya serta merta namun saya beranikan diri untuk berjalan menuju ke dapur untuk minum air sbb tekak saya betul2 terasa sangat kering.
Ketika melintasi pintu bilik Qistina, saya terhidu bau kuat seperti kemenyan. Tidak lama kemudian bau itu perlahan2 bertukar seperti bau bangkai yang sudah busuk dan kuat menyengat hidung saya. Bau busuk tersebut seperti ada di sebelah saya saja. Saya cuba percepatkan langkah. Ketika saya sampai di ambang pintu masuk ke dapur hilaian tawa yang saya dengar tadi datang lagi.
'hihihihihihihihihi' suara hilaian itu betul2 terasa seperti di tepi telinga saya saja. Leher saya terasa seperti cramp ketakutan. Saya tidak berani menoleh ke belakang. Jadi saya meraba suis lampu di bahagian kiri dinding kerana keadaan dapur gelap gelita. Saya berfikir mungkin suara hilaian itu akan hilang jika saya hidupkan lampu.
YOU ARE READING
40 Hari Dalam Neraka(Based On True Story)
HorrorMelanie yang baru saja melahirkan anak kedua telah mendapatkan khidmat Confinement Nanny dari agent tempatan yang bernama Qistina. Sejak bekerja dirumah Melanie pelbagai peristiwa bahaya, pelik dan menyeramkan berlaku kepada Melanie dan ahli keluarg...