PART 10

2K 161 25
                                    

PART 10

DAY40
******

Makin saya lempar barang makin marah Qistina. Menjerit2 dia kejar saya yang lari dalam keadaan berheret sebab saya tidak berapa dapat angkat pinggang saya.
"Aku bunuh kau! Aku bunuh kau Kejora!!!" jerit dia sambil berjalan kian menghampiri saya. Siapa Kejora yang dia maksudkan saya pun tidak tahu. Saya pula sudah tentu la cuba mempertahankan diri. Ketika kami sampai diruang tamu Qistina semakin dekat pada saya dengan pisau berkilat di tangan dia. Saya capai pasu antik mami dan lemparkan pada Qistina tapi dia sempat mengelak sehingga akhirnya dia sudah berada betul2 di depan saya.

"hiiiyaaa! Mati kau! Matiii kauuuu!" teriak dia sambil mengangkat pisau untuk cuba menikam dada saya tetapi saya sempat menggerakkan sedikit badan saya ke tepi dan menyebabkan dia missed. Ini membuatkan Qistina bertambah marah lalu menendang badan saya berkali2. Jantung saya meloncat2 seperti sudah mahu tercabut ketakutan. Saya hanya mampu berteriak meminta pertolongan sambil cuba untuk mengelak. Qistina pula semakin menggila. Dia ketawa mengilai sambil menjilat pisau tersebut setiap kali selepas dia mengacukan kepada saya. Ketika Qistina berada betul2 sudah dihadapan saya, dia menarik kolar baju saya lalu duduk diatas perut saya,supaya saya tidak dapat bergerak lagi. Saat itu tiada perkara lain lagi yang bermain dalam kotak fikiran saya selain mati. Macam mana pun, saya masih cuba untuk meronta.

"Maaaaaaa!Maaaaa! Kakkkk! Darah dia akan mengalir sekarang! Datang la Maaaa...hisap la semua darah dia!" Qistina mengangkat pisau tadi tinggi-tinggi dengan kedua-dua belah tangan dia sambil aim betul2 ditengah dada saya lalu menghayun laju untuk menikam saya. Saya yang masih cuba untuk meronta biarpun sudah terlalu lemah teraba batang lilin besi perhiasan mami. Dengan sekuat tenaga yang masih tersisa saya angkat batang lilin tersebut dan hentakkan pada kepala Qistina. Darah memercik keluar dengan banyak dari kepala Qistina dan dia meraung panjang. Arrrghhhhhhhhh! Saya ingatkan dia akan terus jatuh pengsan, kesakitan tetapi saya silap. Dia bangun terhuyung hayang dan menuju laju ke arah saya yang sudah beberapa beberapa langkah di depan. Saya tidak sempat mengelak lagi. Saya terasa perut saya pedih, sakit dan cecair suam...sedikit panas mula mengalir keluar dari perut saya. Gedebukkkk! Bunyi Qistina jatuh..entah pengsan..entah mati, beberapa saat selepas itu.

Serta merta saya mengalihkan pandangan ke arah perut saya dan memang terpacak pisau di situ. Dibahagian tepi perut saya, darah keluar membuak2. Banyak. Saya mula pening. Pandangan saya mulai kabur sedikit. Saya masih cuba untuk berjalan menuju ke pintu utama di ruang tamu sambil menekap perut saya kuat. Saya cuba untuk mencapai telefon rumah ditepi sofa tetapi terasa sangat jauh dan perlahan2 pandangan saya menjadi kabur sepenuhnya. Saya terlalu penat dan kesakitan. Saya ingin tidur.

DENVER POV
************

Oh..Shit! Shit!!! Saya sangat risau! Terlalu risau dan panik! Saya sudah menanyakan hampir kesemua ahli keluarga Mel yang saya kenal terutama Kimberly tetapi seorang pun tiada yang tahu dimana Mel berada. Whatsapp Mel yang terakhir menyatakan bahawa dia ke rumah Kimberly tetapi ikut apa yang Kimberly beritahu tadi paling last dia contact Mel adalah hari pertama Mel berpantang dan itu adalah 1 bulan lebih yang lepas. Kali terakhir saya melihat Mel adalah 2 minggu lepas sebelum saya ke market. Mana Mel pergi bawa baby? Selamatkah mereka? Saya tiba2 diserang rasa takut yang teramat sangat. Takut jika ada apa-apa yang tidak diingini berlaku pada Mel dan baby Amber? Macam mana saya hidup lagi jika ada apa2 yang buruk berlaku pada mereka?? Saya terlalu panik dan risau sehingga tidak dapat mengawal tangisan saya bila bercakap dengan mom dan dad Mel tadi, apa lagi bila mendengar last word father in law saya.
"Macam mana ko jaga anak saya sampai dia buli hilang dirumah saya sendiri??!" dan saya langsung tidak dapat memberi jawapan sebab saya betul2 tidak tahu apa yang terjadi pada Mel. Calm down Denver! Calm down! Caaalm down...saya cuba untuk menenangkan diri sendiri supaya saya boleh berfikir dengan tenang. Mungkin saya patut balik ke rumah dulu dan tanya maid kami. Barangkali Mel ada cerita apa2 pada mereka? Barangkali saya boleh dapat clue dari mereka. Saya memecut laju menuju ke rumah. Red light..yellow light semua saya langgar saja. Orang saja yang saya tidak langgar. Kalau boleh saya mahu terbang supaya saya sampai di rumah masa itu juga untuk bertanyakan maid kami tentang Mel.

40 Hari Dalam Neraka(Based On True Story)Where stories live. Discover now