Part 2

2.3K 176 18
                                    

DAY 3
******

“Maafkan saya mrs..saya tidak dapat pujuk baby” Qistina bersuara perlahan sambil meletakkan baby Amber di pangkuan saya. Saya lihat badan baby Amber separuh biru sudah sbb terlalu kuat nangis. Cara dia nangis itu yang macam dia takutkan sesuatu. Biarpun masih dalam kesakitan, saya cepat2 mendukung baby Amber untuk menenangkan dia tapi agak lama juga baru dia berhenti menangis.

“Kenapa baby tiba2 menangis sampai begini teruk?” saya tanya sambil memandang Qistina yang cuma tertunduk memandang lantai. Mungkin rasa bersalah sbb gagal menjalankan kerja dia dengan baik.
“Saya tidak tau mrs..saya di dapur tadi bersama Madam. Mungkin dia lapar” jawab Qistina. Walaupun tidak berpuas hati dengan jawapan dia tapi saya tidak panjangkan sudah. Mungkin baby Amber memang lapar, jadi saya pun susukan baby Amber sambil memerhatikan Qistina yang berlalu turun ke tingkat bawah.

Tidak lama lepas itu mami saya muncul dipintu bilik.
“Kenapa baby nangis begitu kuat Mel?”
“Nda tau Mi..Qistina dukung pun dia masih nangis kuat macam kesakitan” saya jawab mami ringkas.
“Dia ini pun satu, sudah mami cakap tunggu sana bilik jaga baby dia pergi masuk bilik dia pula” mami meluahkan rasa tidak puas hati dia.
“hahh?? Masuk bilik dia? Tapi dia cakap tadi dia sana dapur mi?” saya jawab mami kehairanan.
“Tadi dia memang di dapur tapi mami suruh dia naik atas jaga baby…sekali dia bukan dia naik terus. Dia masuk bilik dia” mami jawab separuh marah.

“Aikkk…pembohong juga dia itu…dia bagi tau saya lain pula” saya jawab dengan nada kurang puas hati.
“Itu la..jangan selalu tinggal baby seorang dengan dia Mel. Dia nampak macam kurang bertanggung jawab dan tidak sepandai macam yang dia cakap ari itu” mami berpesan lagi sebelum keluar dari bilik. Saya cuma diam mendengar pesanan mami. Saya mula rasa risau sebab confinement lady yang saya harapkan untuk menjaga saya tidak dapat diharap.

Selepas selesai berpakaian saya menyarung sweater dan stokin panjang serta tutup kepala saya dengan cap, saya jalan keluar untuk sidai tuala mandi saya di luar, beranda bilik saya. Entah apa angin, saya pergi buka sliding window dan memandang ke luar..ke halaman rumah yang dipenuhi dengan bunga Orchid dan bonsai milik mami. Walaupun baru hari ketiga berpantang tapi saya bosan terkurung dirumah. Saya bukan jenis yang biasa duduk2 dirumah diam2 kalau bukan kerana terikat dengan pantang. Dari beranda bilik saya, terdengar suara seseorang berbisik2 dalam nada yang marah. Oleh sebab saya tidak berapa dengar dengan jelas suara tersebut maka saya buka lebar sikit jendela sliding tersebut dan menjenguk ke bawah.

“Kau jangan jadi bodoh ah! Jaga gaya kau itu, nanti kau kedapatan kena hantar kau pigi sana. Mau kau kena kurung sana?!! Kalau kau nda mau bagus kau hati2. Faham?? Faham ka??! Kenapa kau diam2 ini?! Jawab bah buduh! Kau faham ka nda!!?” sa dengar suara separa berbisik tadi seolah2 sedang bertengkar dengan seseorang. Mendengar perbualan tadi terus saya menjenguk ke bawah. Hati saya dipenuhi dengan perasaan ingin tahu. Siapa juga yang bertengkar ini?? Mustahil parents saya..atau ka adik saya Scarlet bertengkar dengan boyfriend dia Micheal?? Setiap baris kata2 yang baru saya dengar tadi menimbulkan sangat banyak tanda tanya.

Bila saya menjenguk ke bawah..dihalaman rumah tepi gate yang agak terlindung, saya nampak Qistina sedang menampar2 setangkai bunga Orchid mami dengan mimik muka bercampur2. Sekejap marah…sekejap takut. Nda lama lepas itu dia cium2 pula itu bunga..nda lama kemudian dia marah lagi. Saya yang sedang berdiri di balcony memerhatikan dia cuma mengeleng gelengkan kepala sambil menutup sliding window. Ketika saya mau pusingkan badan untuk masuk berjalan masuk saya nampak Qistina dibawah sana memandang tepat ke arah saya dengan tajam sambil mulut dia dia kumat kamit seolah-olah sedang memarahi saya. Pelik betul gaya dia ini bisik hati kecil saya.

Saya berhenti sambil memerhatikan dia yang masih menuding nudingkan jarinya ke arah tingkap dimana saya sedang berdiri. Mata dia tajam dan dia nampak sangat marah. Nasib baik jendela yang bertinted sudah saya tutup tadi, jadi dia tidak boleh nampak saya dari tempat dia berdiri dibawah. Kenapa dia tuding2kan jari dia ke arah jendela bilik saya? Dia marah siapa tadi? Ataukah dia mungkin ada masalah diluar jadi dia cuba untuk melepaskan tekanan dia dengan bermonolog sendiri?? Ahhh…biarlah dia getus hati kecil saya. Asal dia jaga baby Amber dan saya baik2 sudah la. Dia bukannya akan bekerja dengan saya untuk jangka masa yang lama. 40 hari saja pun. Saya tidak fikir banyak lagi tentang apa yang saya nampak sebab saya sendiri pun selalu juga bercakap sendiri dengan bunga2 mami..bahkan dengan Maia, anjing belgium shepherd mami.

40 Hari Dalam Neraka(Based On True Story)Where stories live. Discover now