DAY 25
“Maaa…Maaa…Maaa…ko datang la Maaa!! Datang sekarang Maaa!! Saya sudah bawa ini perempuan sini!! Datang la Maaaa! Sudah sampai masanya kita buat apa yang harus kita buat!”suara Anna mendayu-dayu memuja entah siapa. Mungkin mama dia sebab dia panggil2 ‘ma’. Mulut dia tidak berhenti membaca ayat-ayat yang saya sendiri pun tidak faham dalam bahasa apa. Kelakuan dia perlahan-lahan berubah menjadi menakutkan. Rambut dia yang tadinya teratur dan kemas dia tarik2 sendiri sambil garu2 kepala. Mata dia perlahan2 menjadi liar dan merah. Air liur dia juga meleleh2. Anna yang saya nampak sekarang bukan lagi ANNA! It was someone else..something else! Something SINISTER!! Tidak lama kemudian dia berhenti bacaan dia dan menoleh ke arah saya yang sedang terbaring di lantai dengan pandangan yang sangat tajam.
“Berdiri ko! Cepatttt!!” dia mengarah saya untuk berdiri.
“Kenapa?? A…Ap…Apa ko mau buat???” saya menjawab tergagap2 ketakutan. Tanpa menjawab pertanyaan saya dia terus meluru ke arah saya dan mengangkat tubuh saya kasar. Dia hempaskan tubuh saya ke dalam bath tub standard size dalam kamar mandi bilik dia itu. Bath tub yang dikelilingi oleh lilin yang bernyala dan dipenuhi oleh bau kemenyan yang menyengat hidung, sungguh menyeramkan.
“Oiiii! Apa ko mau buat ini??!! Arghhhhh!! Lepaskan saya!!!” saya menjerit sekuat hati dengan sisa2 tenaga yang saya ada tapi sia2. Anna yang bukan lagi Anna tiba2 berubah menjadi lebih kuat dari biasa.Saya nampak dia ambil balik pisau pemotong sayur yang berkilat2, yang tadinya dia sudah letakkan di bahagian hujung bath tub, berdekatan dengan kepala saya. Dia mengenggam erat ulu pisau tersebut dengan kedua tangan dia sambil berjalan menuju ke arah saya dengan pandangan yang tajam.
“Masanya sudah tiba Ma. Ini la masa yang kita tunggu2. Sekejap lagi kita akan lahap jantung dia Maa” kata Anna dengan suara dia yang berubah2. Sekejap suara dia..sekejap suara orang lain..sekejap garau sambil saya nampak mata dia sedang aim dada saya.Mendengar ayat Anna yang terakhir, kecut isi perut saya. Bergegar badan saya menahan ketakutan. Saya akan mati di sini hari ini. Di tangan pembantu rumah saya. Dia akan mengorek keluar jantung saya dan kemudian memakannya. Oh God! Saya terasa sangat ngeri. Saya terbayang movie cannibalism yang pernah saya tonton dulu. Semakin lama Anna semakin dekat dan dia akhirnya sampai betul2 di depan saya. Dia mengangkat tinggi2 pisau di tangannya dan aim tepat2 ke dada saya. Saya menjerit dan meronta dengan sekuat tenaga dan ikatan di tangan saya terlepas. Dengan pantas saya mencapai pasu kecil berisi abu yang betul2 berada di bahagian atas kepala saya lalu melontarkannya tepat di bahagian kepala Anna. Abu bertaburan memenuhi ruangan tandas. Anna teriak keras sambil darah merah segar mengalir di kepala dia.
ANNA POV - 4 YEARS AGO
Flashback continue.
“Boss, jangan la begini. Saya nda selesa bah. Saya tolong tuang minuman saja ah” saya cuba merayu sambil menepis tangan kasar milik lelaki yang kena panggil Denver tapi dia tidak mempedulikannya.
Saya cepat2 berdiri mahu melarikan diri tapi dengan kasar tangan saya direntap dan kemudian tubuh kecil saya di tolak sehingga terjatuh ke sofa.
“Boss! Boss mau buat apa?? Tolong la jangan begini boss. Tolong jangan apa-apakan saya!” saya merayu ketakutan bila nampak Denver berjalan menghampiri saya sambil membuka belt dia. Kawan2 dia yang lain perlahan2 meninggalkan bilik itu setelah diberi signal oleh Denver dan kini hanya tinggal kami berdua saja lagi ditemani oleh botol2 beer dan lampu samar2.“No worries beautiful! Saya nda akan apa-apakan ko. Malahan saya akan beri ko keseronokan yang nda pernah ko bayangkan seumur hidup ko” dia cakap semakin hampir pada saya. Saya berdiri tetapi di tolak balik oleh Denver sehingga saya terduduk balik ke sofa tetapi saya melawan. Saya dengan sekuat hati menolak tubuh besarnya sehingga dia terdorong sedikit ke belakang. Denver tertawa sambil mata dia yang penuh berahi.
“Ohh! So you want to play rough is it? I love it” kata dia sambil menarik baju kemeja seragam yang saya pakai. Shreetttttttt! Baju kemeja saya yang di tarik sekuat hati oleh Denver terkoyak besar menampakkan sebelah bra yang menutupi gunung kembar saya.
YOU ARE READING
40 Hari Dalam Neraka(Based On True Story)
TerrorMelanie yang baru saja melahirkan anak kedua telah mendapatkan khidmat Confinement Nanny dari agent tempatan yang bernama Qistina. Sejak bekerja dirumah Melanie pelbagai peristiwa bahaya, pelik dan menyeramkan berlaku kepada Melanie dan ahli keluarg...