PART 7
*******DAY 23
"You???!!" mata saya terbuntang besar melihat Anna melangkah masuk dalam bilik sambil menutup pintu cepat dan rapat2.
"Oiii...princess!! Kenapa ko buat bunyi ah?! Ko mau panggil laki ko ka itu?! Ko ingat ah anak ko ada di tangan sa! Ko sayang anak ko, diam2 ko dalam bilik!! Jangan ko buat sebarang bunyi. Kalau nda sa tanam anak ko hidup2!!" jerit dia sambil memegang dagu saya dan kemudian menolaknya ke atas, setentang dengan muka dia. Bergegar jantung saya bila dengar ugutan dia tadi."Sial ko Anna!! Kenapa ko buat begini sama sa?!! Sa layan ko macam ahli keluarga sendiri tapi begini balasan ko!! Apa salah sa?!!" saya menjerit kuat. Tetapi sayang mulut saya tertutup jadi suara saya hanya tersekat di tengkorakan.
"ya...ya..!! sa tau apa ko mau cakap! mesti ko terkejut nampak sa kan?? mesti ko nda sangka kenapa sa buat begini kan??! jangan ko susah princess kita ada banyak masa...sa akan jelaskan semuanya sama ko. Ingat..ko buat bunyi sekali lagi ko nda akan dapat jumpa anak ko lagi..faham?!! Faham ka nda??!!" dia cakap sambil tolak kepala sa ke belakang sehingga saya terhantuk ke dinding.Saya terdorong ke belakang. Tanpa disedari air mata saya mengalir laju. Saya tidak sangka Anna yang sudah bekerja dengan saya bertahun2 sanggup buat begini pada saya. Rupanya dia la dalang di sebalik semua ini! Argahhhhhh!! Saya menjerit dengan suara yang tertahan. Saya sangat risaukan keselamatan baby Amber. Apa yang perlu saya lakukan sekarang?? Tuhan, tolong saya!!
"Suara apa dalam bilik Qistina itu Anna?"sa dengar Denver bertanya pada Anna sebaik saja Anna keluar dari bilik.
"Anu bos..anak anjing jiran kita kasi. Qistina mau bawa balik jadi dia simpan dalam bilik dulu"
"aikk...napa pula simpan haiwan dalam bilik? Kenapa nda simpan di luar?"
"bahaya ini anak anjing boss..garang! Takut Amanda kena gigit"
"ermm..." saya dengar suara Denver menjawab ringkas.
“Daddy, where is mommy?? I want mommy..I missed her. I want to hug her” saya dengar suara halus Amanda merengek manja.
“I know baby..Daddy missed her baby Amber too but mommy do not want to be disturb now”
“Says who?”
“Auntie Anna”sakit betul hati saya mendengar perbualan Amanda dan Denver.Jadi Anna beritahu Denver yang saya tidak mahu di ganggu??Perempuan sial!! Apa bah dia mau sampai buat saya begini?? Kenapa dia boleh berubah menjadi kejam sekelip mata?? Dari dalam bilik yang gelap gelita ini saya masih mendengar suara Amanda menangis sayup2 sambil di tenangkan oleh Denver dan Lily. Hati saya terasa seperti di siat2 mendengar tangisan Amanda. Mahu saja saya pergi memeluk dia. Bagaimana pula nasib baby Amber??
“Saya bawa dia balik rumah la. Ko tunggu sini rumah la just in case Mel tiba2 balik” saya terdengar suara Lily dan kemudian di ikuti oleh bunyi pintu utama di buka dan di tutup balik.Saya terbangun ketika tubuh saya digerak-gerakkan perlahan. Dalam kesamaran malam saya nampak Qistina sedang duduk bersimpuh di tepi saya. Saya menjerit pada dia biarpun suara sa tersangkut di kerongkong.
“Ssssssshhhhhhhhhhhhhh…diam mrs! Nanti mereka terjaga…kalau mereka terjaga, saya nda akan dapat tolong mrs” dia berbisik ditepi telinga saya saja sambil mengurut urut bahu saya dengan tapak tangan dia yang sejuk seperti ais di dalam gelap. Oh..Tuhan! Datang lagi perangai pelik dia! Gwad! Tolong saya…saya berdoa di dalam hati. Saya sudah mula ketakutan dengan perangai pelik dia mengengsot sedikit tetapi baru saya sedari yang seluar saya sudah basah oleh darah.
“Mrs, ko sangat menyelerakan..ermmmm..” Qistina mendekat sambil menjilat2 tangan saya, muka saya sampai kaki saya. Masa itu saya tidak tahan lagi..saya sudah terlalu takut lalu paksakan diri untuk mengengsot lebih jauh. Saya menjerit2 walaupun tahu suara saya tidak akan keluar. Sedang saya dalam ketakutan tiba2 pintu di buka dan lampu bed side yang agak samar di nyalakan.
“Qistina!!! Berhenti2 dulu kunun ko jadi gila!!” Anna masuk dan menutup pintu bilik dengan cepat lalu membentak Qistina.
“Tapi kak, dia sangat ‘lazat’” jawab Qistina sambil merangkak ke arah Anna.
“Kita masih perlukan dia ‘bongok’! Control2 bah dulu kegilaan ko itu! Jangan kasi rusak rancangan kita! Banyak lagi yang kita perlu buat. Matlamat utama kita belum tercapai! Bersihkan dia dulu. Nanti bau dia keluar sampai sana luar!!” bentak Anna lagi dan kemudian berjalan menuju ke arah saya.
YOU ARE READING
40 Hari Dalam Neraka(Based On True Story)
HorrorMelanie yang baru saja melahirkan anak kedua telah mendapatkan khidmat Confinement Nanny dari agent tempatan yang bernama Qistina. Sejak bekerja dirumah Melanie pelbagai peristiwa bahaya, pelik dan menyeramkan berlaku kepada Melanie dan ahli keluarg...