Vrum vrumm. Enjin LC135 merah kacak dihidupkan. Haikal menyarung helmet arai klonnya sambil memeriksa telefon bimbit beliau dan membuka aplikasi penghantar makanan panda. Rumah Nasi ayam adalah destinasi yang perlu dituju. Kemudian ke Cheras. Masa lebih kurang 40 minit diberikan. Dengan pantas Haikal membakar sebatang rokok yang sememangnya terselit di beg pinggangnya dan memulakan perjalanan.
Setibanya di lokasi, haikal memesan makanan yang telah ditugaskannya. Setelah selesai, haikal cargas ke Cheras dengan bantuan peta waze nya bagi menyelesaikan penghantaran tersebut. Setelah 20 minit berlalu, haikal tiba di sebuah rumah teres. Seorang pemuda terpacak di depan pintu pagar dan menjemput beliau masuk ke dalam.
"Semua sekali RM51.40 bro".
"Kejap bro, aku ambil duit" balas pemuda tersebut.
Haikal melihat jam tangannya serta aplikasi penghantar makanan panda. Senyuman bangga terpancar di riak wajahnya.
"Ada lagi 10minit. Panda pun tak laju macam gua" monolog Haikal di dalam hatinya.
Jelas reaksi wajahnya yang bangga dengan tugasnya yang diselesaikan dengan awal.
"Aaa bro, nah RM55. Keep the change".
Haikal tersenyum mesra. Setelah urusan bertukar tangan. Haikal mula memandu mencari kedai mamak. Terasa haus di tekaknya selepas melihat teh limau nipis ais klientnya sebentar tadi.
___________________________Mamak, sirap limau satu" jerit Haikal kepada pekerja di kedai tersebut.
Haikal menyisip rapi rambutnya.
"Perghh hensem" bisik Haikal.
"Adey minum sahaja kah? Makan?" Mamak tersebut menyapa Haikal sambil menghulur minuman yang dipesan.
"Takpa ney, aku haus je" balas Haikal.
Beliau kembali membuka aplikasi makanan panda dan memeriksa pesanan yang telah dihantarnya.
"Tengahari je dah 10 job aku accept. Asyukkk".
Dengan pantas Haikal membuka aplikasi mobil lejen.
"Satu game jalan ah" Haikal memberi alasan kepada dirinya sendiri.
Sedang leka Haikal penta-kill, secara tiba tiba Haikal disapa oleh seorang lelaki buta dipimpin oleh seorang wanita separuh abad.
"Assalamualaikum nak, tisu?"
Haikal memandang lalu menyeluk saku poket nya dan mengeluarkan sekeping not berwarna biru sambil membuat isyarat tangan tidak perlu diberikan tisu.
"You have been slain" telefon bimbit nya berbunyi.
"Adoiiii lambattt" sambil Haikal memaki hamun didalam hatinya.
"Winner" skin telefonnya mula terpapar.
"Nasib menang" dengan muka bangganya Haikal memanggil mamak supaya mengira airnya. Selesai membayar. Haikal kembali memulakan tugasnya.
"Pukul 4 last aku amik order. Lama tak berbasuh motor merah kacak aku nihh".
___________________________Jam menunjukkan pukul 3.30 petang. Haikal mengambil keputusan untuk menerima pesanan yang terakhir sebagai seorang penghantar makanan panda.
"Ahh ni last. Dah masyuk sangat dah arini" bisik hatinya.
Pesanan diterima disekitar Pudu. Haikal kembali memecut motosikalnya. Sedang asyik Haikal memecut, secara tiba-tiba keluar sebuah kereta honda bandar dari simpang kirinya. Haikal yang ketika itu sedang leka melihat papan tanda telah dilanggar dari sisinya. Terpelanting jauh Haikal dari motosikal kesayangannya. Mendarat dengan kepala, Haikal terbaring dan tidak sedarkan diri. Pecah visor helmetnya sehingga masuk kedalam mata beliau. Haikal parah di tempat kejadian.

YOU ARE READING
Penghantar Makanan Panda
HororHaikal merupakan seorang penghantar makanan sepenuh masa. Beliau hidup dalam keadaan normal aman dan harmoni sehinggalah beliau terlibat di dalam sebuah kemalangan yang sekaligus mengubah hidupnya. Hijab matanya telah terbuka! Pelbagai hal mistik d...