4

10 0 0
                                        

Setelah kepala kuarters dibuka, mereka mula bergegas ke pejabat. Mahu lapor diri katanya. Haikal yang dari tadi mendiamkan diri mula bertanya kepada Amran.

"Wehh ran. Kau memang datang sorang je ke?"

"Aku sorang jelah broo. Dah berapa lama aku single bebal. Kau yg asyik dapat orang yang aku nak try."Sindir Amran.

"Ehh kau ni. Aku tanya lain lah si bijak pandaii".

Haikal masih memikirkan budak lelaki yang dilihatnya itu sebelum Arman sampai dan menyergahnya.

"Ya, baju merah tu dengan seluar hitam, muka comot dengan rambut tidak bersikat, sejibik budak aku nampak kat hospital aritu" bisik Haikal didalam hatinya.

Setelah selesai urusannya, Haikal memulakan tugasnya kembali sebagai seorang penghantar. Baju oren dimasukkan didalam seluar. Pas pekerja dipakai tanda Haikal seorang pekerja yang profesional. Aplikasi nya dibuka kembali setelah lama beliau tinggalkan. 2 pesanan diterima. Haikal memilih untuk pergi ke tempat yang dekat dahulu. Mata kirinya masih lagi sakit akibat digosok pagi tadi namun Haikal cekal meneruskan kerjanya. Haikal memeriksa cermin sisinya sebelum memulakan tugas.

Sekali lagi kelibat budak berbaju merah melintas dibelakangnya diikuti oleh pasangan suami isteri. Haikal yang terkejut terus menoleh kebelakang.

"Eh budak ni, kau buat ku terpaku sepertinya diriku" Haikal menyanyi memulakan tugasnya untuk meredakan hatinya yang berdebar namun reda setelah pasti budak tersebut bukan budak yang dinampaknya pada sebelah pagi tadi.

Penghantar Makanan PandaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang