2

11 0 0
                                    

Sudah 2 hari Haikal berehat dirumahnya. Motosikalnya yang telah dibaiki mula dihidupkan.

"Nasib baik Amran tolong awak sayang, kalau tak tak tahu apa nasib awakk kan huhu" kata Haikal kepada motosikal kesayangannya.

Setelah kemalangan, Amranlah yang telah menyelesaikan semua nya, bermula dari menguruskan Haikal ke hospital setelah diberitahu oleh orang awam yang menghubunginya melalui panggilan kecemasan telefon milik Haikal sehinggalah ke menghantar motosikal Haikal ke bengkel.

"Nasib orang yang langgar aku tu nak payung repair, kalau tak kau dengan aku sama lah nasib" sambung Haikal lagi kepada motosikalnya.

Haikal nekad meneruskan kerjayanya sebagai penghantar makanan panda. Peluang pekerjaan yang tipis serta hanya mempunyai keputusan Sijil Pelajaran M yang cukup makan membuatkan Haikal mengambil keputusan untuk menjadi penghantar makanan sepenuh masa. Dengan cara itu, Haikal boleh meluangkan masa bersama motosikal kesayangannya disamping menjana pendapatan. Setelah berbulan tidak mempunyai gaji, Haikal tidak mahu duduk diam lagi walaupun telah dihalang oleh keluarganya.

Penghantar Makanan PandaWhere stories live. Discover now