1

17 0 0
                                        

Jam menunjukkan jam 1 pagi.

"Fuhhh". Haikal menghembus asap rokoknya di belakang bangunan sebuah hospital swasta di tengah ibu kota.

Setelah 6 bulan berlalu, Haikal semakin pulih. Walau bagaimanapun, mata kirinya masih lagi berbalut. Kemungkinan dalam masa lagi seminggu dua akan dibuka. Sepanjang Haikal di dalam hospital, keluarga sahabat handai serta kawan tempat kerjanya datang melawat beliau. Incas kawasan penghantar makanan panda beliau juga ada beberapa kali melawat beliau ketika beliau masih tidak sedarkan diri.

"Ran, cepat sikit. Aku ngantuk dah ni" jerit Haikal kepada Amran, sahabat baiknya dari kecil.

"Kejapp, 2 pam lagi setel" balas Amran sambil menarik dalam surya 12 nya.

Amran lah yang telah membantu serta memaklumkan kepada keluarga Haikal tentang kejadian 6 bulan lepas. Beliau juga yang menguruskan segala urusan hospital Haikal.

"Dasyat hospital ni der. Nasib baik kita pergi ambik insuran tu sama-sama tahun lepas. Kalau tak ambik aritu alamatnya spital gomen laa broo" sembang Amran kepada Haikal ketika mereka bergerak ke bilik Haikal.

Haikal dirawat di dalam satu bilik yang hanya menempatkan 2 orang pesakit. Walau bagaimanapun sudah satu minggu katil sebelahnya kosong. Kesempatan itu digunakan oleh Amran bagi menemani sahabat baiknya itu.

"tapi seram doh. Orang tak ramai. Ada orang pun tak bergaul." balas Haikal.

Di hospital tersebut hanya ada beberapa orang sahaja pesakit serta pekerja perubatan disitu. Mungkin disebabkan kos rawatan disitu yang mahal dan esklusif menyebabkan hanya golongan yang mampu sahaja dirawat disitu.

"Toilet jap, kau pegi laa tido dulu." Amran membuka mulut setelah lama mendiamkan diri.

Haikal hanya mengganguk. Suasana yang sunyi serta mata yang berat membuatkan Haikal semakin mempercepatkan langkah menuju kekatilnya. Haikal melelapkan mata sejurus baring di atas katilnya.
__________________________

"Encik Haikal, ni berapa?" Tanya Doktor Zira.

"18, doktor" gurau Haikal kepada Doktor Zira, doktor yang telah merawatnya dari mula Haikal dimasukkan ke hospital tersebut.

Setelah 7 bulan beliau menerima rawatan, akhirnya haikal akan dibenarkan pulang pada minggu hadapan. Rawatan matanya yang termasuk cebisan visor yang telah pecah itu juga semakin pulih.

"Hish kamu ni, memain kan".

"Alaa doktor, nampak lah. Gurau je" Haikal ketawa dan memandang kepada Amran.

Amran hanya tersenyum manja di kerusi yang telah disediakan bagi pelawat. Secara tiba-tiba Haikal memandang kelibat seorang budak lelaki di belakang Haikal yang berlari kearah pintu keluar.

"Woi Ran, kau bawak adik tiri ke datang sini?" Bentak Haikal kepada Amran.

Amran yang pulang pada malam sebelumnya dan hanya tiba pada pagi tersebut perpinga-pinga.

"Bila masa apak aku kahwin lain?" Tanya Amran.

"Tuu belakang kau tadi tu, siapa?"

"Ehh dalam ni aku dengan doktor ni je, mana ada orang lain" balas Amran.

Haikal yang tadinya ceria kini mendiamkan diri.

"Aku salah tengok ke?" Bisik Haikal didalam hatinya.

Penghantar Makanan PandaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang